Thursday, 31 May 2012

GURINDAM PUISI CINTA KERANA-NYA 5




SEHINGGA KE SYURGAWI KITA BERCINTA

Duh kanda
Gurindam puisimu selalu
Bikin hatiku dialun ombak rindu
Dan aku rindu

Duh kanda...
Aku rindu serindu-rindunya
Pada tawa selokamu
Bersahaja membaitkan kata-kata
Seloka yang bikin hatiku ketawa

Duh kanda...
Aku ketawa dalam duka
Dukaku pun hilang ditelan pelangi cinta

Duh kanda...
Indah saat di kala itu
Senyumanku senyumanmu
Sesuci cinta di embunan pagi
Sesuci air mata kekasih
Laila Majnun

Duh kanda...
Kita sama ketawa
Kita sama rindu
Kita sama cinta
Dalam lautan cinta
Bersahaja kerna
Kita diketemukan
Untuk sama mematrikan
Cinta yang sudah tercatat
Di Lauhmahfuz-Nya

Duh kanda...
Indahnya di kala
Kau melafazkan
Akulah bidadari
Dunia akhiratmu

Duh kanda...
Indah....indahnya cinta kita
Seperti kita berada di taman-taman Syurgawi
Menyulam rindu
Menyulam cinta hingga ke Syurgawi kita bercinta
Insya-Allah Aamin

Karya: Putri Rimba Niagara
16 Mei 2012
 · 

  • Werdys Kalbary likes this.

    • Rabeah Mohd Ali JIKA AKU PEMILIK TULANG RUSUK KIRI MU

      Duhai kaum Adam...
      Jika aku pemilik tulang rusuk kiri mu
      Bertuahlah aku
      Kerna kau ditakdirkan untukku
      Kerna aku ditakdirkan untukmu
      Kita sama-sama cinta
      Kita sama-sama sayang
      Kita sama-sama rindu
      Cinta sayang dan rindu
      Membara-bara
      Rasa bahagia
      Terima kasih cinta
      Syukur kepada Pencipta Cinta
      Mengizinkan kau dan aku
      Melayari cinta suci kerana-Nya
      Iya kerana-Nya
      Kau dan aku
      Ditemukan cinta
      Untuk saling melengkapi
      Hidup yang sempurna
      Dengan cinta terpatri
      Sampai mati
      Hingga ke Syurgawi

      Karya Putri Rimba Niagara
      17 Mei 2012

      May 17 at 6:14pm ·

      (PETIKAN DARIPADA WALL ERDYS KALBARY)
      1 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;