"Negeri kita ni...semuanya ada tapi malangnya satu yang kurang," kata hulubalang. "Maksud tuan hamba?" Tanya Datok Bendehara kebingungan. "Negeri kita tak beraja...walaupun negeri kita gagah perkasa tapi tidak dihormat orang kerana kita tak mempunyai raja, apa kata..." kata Hulubalang terhenti di situ. "Teruskan...Teruskan... saya sedia mendengar pendapat tuan hamba." "Apa kata kita buat surat permohonan untuk memohon Raja dari Sumatera untuk ditabalkan menjadi Raja kita." "Bagus benar cadangan tuan hamba itu...saya akan membuat surat permohonan manalah tahu anak Raja Sumatera itu setuju." Datuk Bendehara terus mengarang surat dan surat itu hulubalang membawa bersamanya untuk dikemukakan kepada Raja Sumatera. Sepurnama sampailah hulubalang ke Sumatera. Dia disambut baik oleh Raja sumatera. "Ampun Tuanku sembah patik harap diampun," sembah hulubalang. "Apakah hajat tuan hamba hingga sampai di Istana Beta," tanya baginda dengan nada lembut. "Ada pun patik datang adalah untuk menyanpaikan warkah ini kepada Tuanku." Hulubalang memberikan surat Datuk Bendehara kepada Raja Sumatera. Raja Sumatera membaca dengan penuh kusyuk sambil mengganggukka kepala. "Beta sungguh gembira menerima berita ini...beta mempunyai lima orang Putera, suruhlah Datuk Bendehara mimilih salah satu di antaranya." "Kalau begitu titah tuanku , patik akan mengiringi kelima-lima Putera Tuanku, tahulah kami siapa yang layak di antaranya.
"Ada pun patik datang adalah untuk menyampaikan warkah ini kepada Tuanku," hulubalang memberikan surat Datok Bendehara kepada Raja Sumatera. Datok Bendehara begitu tertarik sekali dengan Tengku Arsyad Indradi iaitu anak Raja Sumatera yang sulung. Tambahan pula anak gadisnya Dang Seri Purnama telah jatuh hati dengan TengkuArsyad Indradi. Di hari perkahwinan mereka berdua ditabalkan menjadi Raja dan Permaisuri. Rakyat jelata bergembira kerana mereka sudah mempunyai Raja dan Permaisuri. Alaupun sudah ditabalkan menjadi Raja, Tengku Arsyad Indradi masih ragu-ragu lagi terhadap keempat-empat kesemua adindanya iaitu Tengku Arif Rachman, Tengku Agus Susanto, Tengku Agustus Nugroho dan Tengku Ady Syah Putra. Tengku Arsyad Indradi memanggil kesemua adindanya sambil berkata. "Tujuan kanda memanggil adinda semua ke mari adalah untuk memberitahu..." "Apa dia kanda?" Tanya Tengku Agus Susanto. "Dinda-dinda bolehlah pulang....kesihan ayahanda dan bunda kesunyian." "Kanda ...bukan dinda tak mahu pulang tapi dinda rasa dinda belum puas lagi hendak tinggal di sini," jawab Tengku Arif Rachman. "Bagaimana pula dengan dinda-dinda bertiga?" "Dinda pun begitu," jawab mereka bertiga serentak. Tengku Arsyad Indradi berasa kecewa kerana semua adindanya tidak mahu pulang. Baginda mengupah tukan masak Istana menaruh racun pada makanan yang akan menjadi santapan keempat-empat adindanya. "Dengar sini... Rahsia ini biar pecah di perut jangan pecah di mulut! Faham tak?" ugut Tengku Arsyad Indradi. "Patik faham Tuanku...patik akan simpan rahsia ini walaupun nyawa patik menjadi taruhan." "Bagus tu...ambil ini sebagai upah," Tengku Arsyad Indradi memberikan dua keping syiling emas kepada tukang masak Istana lalu beredar dari situ. "Ha...sedapnya lauk hari ni...rasanya dinda tak sabar lagi hendak menjamahnya," kata Tengku Agustus Nugroho terus menjamah makan yang terhidang. Selesai saja makan dia rebah dan mulutnya berdarah. "Dinda...! Dinda...! " Laung Tengku Arif Rachman. "Aduh....! Sakitnya dinda ...larilah cepat dari sini kalau kanda lambat ...kanda akan mati dibunuh... pergilah beritahu kanda-kanda yang lain...aduh bisanya... Tengku Agustus Nugroho menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tidak berapa lama kemudia Tengku Susanto dan Tengku Ady Syah Putra datang. "Apa sudah jadi dengan dinda Tengku Agustus Nugroho?" Tanya Tengku Ady Syah Putra. "Dinda Agustus Nugroho telah pergi meninggalkan kita." "Apa?" "Marilah kita lari dari sini kanda...kita sudah kesuntukan masa." Mereka bertiga meninggalkan istana, melarikan diri masuk ke dalam hutan belantara. "Beta mahu kalian kejar mereka sampai dapat...kalau perlu bunuh mereka semua? Faham?" Tengking Tengku Arsyad Indradi kepada hulubalang Istana. "Faham Tuanku." Tiga orang Putera Raja itu tidak menyedari bahawa mereka sedang diburu oleh pengawal-pengawal kekanda mereka Tengku Arsyad Indradi. "Kanda berdua berehatlah di sini...kanda nak pergi mencari buah-buahan," kata Engku Ady Syah Putra. "Baiklah dinda....hati-hati dinda," teriak Tengku Agus Susanto. Alangkah terperanjatnya Tengku Ady Syah Putra apabila didapatinya kedua-dua kekanda yang disayanginya mati dibunuh. Tanpa membuang masa lagi dia terus melarikan diri meredah hutan belanta. Sampai di sebuah kampung Tengku Ady Syah Putra menukarkan nama kepada Abdul Rahman. Di kampung itulah Abdul Rahman memulakan hidup baru tanpa diketahui oleh semua penduduk kampung , dialah adik kepada Tengku Arsyad Indradi. "Saya berkenan dengan si Abdul Rahman . Orangnya rajin dan baik hati pula," kata Mak Munah kepada suaminya. "Saya faham apa maksud awak itu ye," jawab Pak Deli. "Si Azizah pun dah suka dengan Si Abdul Rahman tu... apa lagi yang hendak ditunggu. apa kata kita adakan kenduri perkahwinan mereka berdua pada penghujung tahun ini. Apa pendapat awak?" kata Mak Munah. "Kalau awak setuju...saya pun setuju," kata Pak Deli merestui perhubungan anak gadisnya dengan Abdul Rahman. Abdul Rahman berkahwin dengan Azizah ketika berumur dua puluh tujuh tahun. Azizah ketika itu berusia sembilan belas tahun. Hidup mereka bahagia hinggalah dikurniakan lapan orang cahayamata tiga lelaki dan lima perempuan. Tiga puluh lima tahun telah berlalu. Abdul Rahman ketika itu berusia enam puluh dua tahun. Isterinya Azizah telah meninggal dunia sebelumnya. Telah empat tahun Abdul Rahman kehilangan isteri. Selama itulah Abdul Rahman pergi ke kubur isterinya membacaYasin pada setiap hari. Pagi dari pukul tujuh hingga lapan, petang pukul empat hingga lima. Hinggakan tanah perkuburan yang berhampiran dengan isterinya dibersihkan. Hari itu cuaca mendung. Hujan akn turun bila-bila masa saja. "Bapak...Hari nak hujan... Tak usahlah bapak pergi kubur emak hari ni ye...bapak pun tak sihat," nasihat anaknya Seman. "Seman sudah empat tahun bapak pergi ke kubur emak kau... Hujan atau ribut bapak tetap pergi. Kalau bapak tak pergi, bapak rasa macam tak lengkap aje hidup bapak ni..." Abdul Rahman terus berlalu meninggalkan anaknya Seman. Sampai di tanah perkuburan kepala Abdul Rahman terasa sakit. Dipaksakan juga berjalan walaupun perlahan-lahan. Akhirnya sampai juga Abdul Rahman ke kubur isteriyang dicintainya itu. Habis saja dia membaca surah Yasin Abdul Rahman terus rebah. Hujan turun dengan lebatnya. "Bang...Pergilah tengok bapak tu...Risau pulak hati Midah...hujan terlalu lebat," kata Hamidah isteri Seman. "Bapak tu degil...Orang kata jangan pergi nak pergi juga..." rungut Seman sambil menyarungkan baju hujannya. Dia keluar dengan basikal usangnya. Alangkah terperanjatnya dia apabila di lihat dari jauh bapanya rebah di tanah sambil tangannya memegang batu nisan isterinya. "Bapak!!!" Laung Seman. Daun pintu diketuk, "Midah...Midah..." jerit Seman. "Abang!! Apa dah jadi dengan bapak ni?" Tanya Hamidah cemas. "Bapak....Bapak...dah pergi...." "Apa? Innalillah Wainnailaihirajiun..." Semua anak-anak Abdul Rahman balik. Baik yang jauh mahupun yang dekat. Seman teringat peristiwa seminggu yang lalu. "Apa yang bapak buat tu....boleh Seman tengok?" "Tak boleh....Kalau kau nak tengok tunggulah bapak dah mati. Kau tengoklah apa yang ada dalam peti besi ini." "Bapak ni dengan Seman pun nak berahsia...Seman ni bukan orang lain...darah daging bapak juga....!" kata Seman berjenaka. "Apa yang abang fikirkan tu..."tanya Siti Hawa adik Seman. "Baru abang teringat..." Seman terus masuk ke bilik bapanya. Dibuka peti besi. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati dari dokumen yang ada dalam peti besi itu bapanya adalah keturunan Raja Sumatera. Seman memberikan dokumen kepada Tuk Penghulu. "Bapak kau ni berdarah Raja...Sebelum dia dikebumikan eloklah kita pergi ke Istana untuk mendapatkan pengesahan samada benar ataupun tidak." Dokumen itu ditunjukkan kepada Raja yang memerintah iaitu anak kepada Tengku Arsyad Indradi. Baginda telah pun mangkat tiga tahun yang lalu. "Memang benarlah Tengku Ady Syah Putra bapa saudara Beta. Beta mahu bapa saudara Beta dikebumikan secara adat istiadat diRaja," titah Tengku Badaruddin. "Baiklah Tuanku." Kemangkatan Tengku Ady Syah Putra menjadi tanda tanya kepada penduduk kampung yang tidak tahu salasilah Abdul Rahman yang sebenarnya berdarah anak Raja Sumatera Indonesia.
0 comments:
Post a Comment