Thursday, 31 May 2012

MOGA PERSAHABAAN KITA DI ALAM MAYA INI DAPAT DITERUSKAN DI SYURGAWI INSYA-ALLAH AAMIN YA RABBAL A'LAMIN




KEINDAHAN KASIH SAYANG DI SYURGA

Duhai kanda peniup roh untuk dinda terus berkarya
Sentiasa memahami dan menghargai karya-karyaku
Di kala semangatku hilang ditelan kabus malam
Di kala airmata sentiasa menjadi tintaku berpena
Menulis sepenuh hati sepenuh jiwa
Hanya yang mengerti bahasa hati bahasa jiwa
Betapa hidup ini didambakan kedamaian hati nurani nan suci indah
Moga Allah memakbulkan segala usaha kita
Dan ada Nilaian Di Sisi-Nya
Pabila kita sampai ke Pangkuan Ilahi
Insya-Allah Aamin

Bila tiada kita nanti
Karya-karya yang ditinggalkan
Adalah lambang cinta kita
Pada semua anak cucu
Yang tercinta di muka bumi ini
Berkat menghayati karya-karya kita
Mereka sentiasa menghargai
Cinta sesama atas dasar
CINTA DAN SAYANG KARNA-NYA
Pasti hidup bagaikan ahli Syurga
Sayang menyayangi
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi mengharap redha Ilahi
Tika hidup dan mati
Itulah dunia yang kita dambakan di kala hidup
Kini dihayati dan dialami oleh
Anak cucu dunia yang tercinta!

Syukur Ya Allah...
Di kala usiaku yang tersisa ini
Kau masih memberi aku peluang
Untuk mengukirkan puisi gurindam syair pantun
Mengenai betapa agungnya cinta kasih dan sayang
Kepada sesama makhluk-Mu setulus ikhlas
Hanyalah Kerana-Mu...

Dengan Kuasa-Mu Yang Maha Berkuasa
Dengan Nama-Mu Yang Maha Agung
Dengan Sifat Pemurah-Mu Yang Tak Terbatas
Dengan Sifat-Mu Yang Maha Penyayang Pada Semua Hamba-Mu
Dengan Limpahan Nur Hidayah Kasih-Mu

Kau kumpulkan kami dan anak cucu kami
Di Syurgawi bersama menikmati
Keindahan kasih sayang di Syurga
Yang abadi selama-Nya
Seabadi Cinta-Mu pada hamba-Mu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

DOA MOYANG UNTUK SELURUH ANAK CUCU PENGHUNI BUMI TERCINTA!
KENANG MOYANG DALAM DOAMU SAYANG...

MOYANG YANG SENTIASA MENYAYANGIMU KARNYA-NYA
MOYANG RABEAH MOHD ALI
31 Mei 2012
 ·  ·  · 5 hours ago

  • Musz Blues likes this.

    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih DJ Musz Blues kerana sudi menyukai puisi ini. Moga persahabatan kita di alam maya ini dapat diteruskan di Syurgawi nanti Insya- Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
  • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SSLfm)
    31 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;