Wednesday, 30 May 2012

AGAR BERSAMA-NYA SETIA DALAM CINTA KARYA WERDYS KALBARY & PUTRI RIMBA NIAGARA



      • OMBAK RINDU

        Kekasihku…
        Umpama ombak yang senantiasa mendera pantai
        Begitu pula kasih ku padamu yang tak sanggup ku lerai
        Ku cintai dirimu
        Dengan segenap rinduku
        Walaupun ku tahu
        Tanganku terkulai
        Meraihmu dalam gapai
        Ku langkahkan jua kakiku
        Mengejar pesonamu
        Walau kutahu jika pada akhirnya
        Kan terdampar di ombak rindu

        kekasihku…
        tengadahkan wajah pualammu ke wajahku
        untuk kucium bibirmu di birai waktu
        agar saatnya nanti tiba
        kereta kencana menjemput kita
        kau dan aku
        telah sedia…
         — with Wan Suwandy and Rabeah Mohd Ali.
         ·  ·  · Monday at 12:05pm
        • You, Wan SuwandyHamizar Bazarvio Ridwan and 5 others like this.
          • Werdys Kalbary terima kasih Jingga Abu-abu telah like di puisi 'lebay' ku kikikikii :)
          • Rabeah Mohd Ali DI HAMPARAN SEJADAH CINTA

            Kekasihku...
            Jika itu adalah suratan
            Takdir cinta Anugerah daripada Ilahi
            Kuterima dengan rasa syukur

            Di hamparan sejadah cinta
            Doaku termakbul
            DIA mengurniakan cinta
            Yang kudambakan
            Agar sama-sama
            Membawa bekalan pulang
            Ke negeri abadi

            Cincin Cinta Permata Syurga adalah bukti
            Cinta kita tulus ikhlas kerana-Nya

            Pabila kereta kencana menjemput kita
            Kau dan aku telah bersedia
            Duduk bersanding
            Di pelamin cinta Syurga Ilahi
            Kasihmu kasihku
            Bermula di situ
            Kerana di situlah
            Bermulanya cinta
            Dalam redha Ilahi
            Bahagia...
            Bersumpah setia untuk meneruskan percintaan
            Hingga ke Syurga-Nya
            Kerana yakinkan cinta suci kerana-Nya

            Hanya DIA kusandarkan harapan cinta kita
            Moga selamanya bahagia...

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            28 Mei 2012
            Monday at 12:56pm ·  ·  2
          • Werdys Kalbary duhai adindaku...
            indah lembut tutur katamu menaburkan benih kasih di hamparan gersang padang hatiku
            sejuk segar pesona goresan aksaramu menyita pandang mata hatiku
            sedang istiqomqhmu kepadaNYA telah menautkan rinduku
            untuk berlutut dan bersujud bersamamu
            di hamparan sajadah cinta
            untuk mematrikan hati kita
            agar selalu bersamaNYA
            setia dalam cinta...
            Monday at 10:47pm ·  ·  2
          • Werdys Kalbary terima kasih ya telah singgah ; bang Hamizar Bazarvio RidwanSaifun Arif KojehLa Tahzan Kaka, dan Fachmy Constable, selamat malam ya :)
            Monday at 10:50pm ·  ·  1
          • Rabeah Mohd Ali duhai kandaku...
            di hamparan sajadah cinta
            cinta kita terpatri
            mengharap kasih dari Ilahi
            agar mengizinkan kita
            mematri cinta hingga di Syurgawi
            karena tanpa limpahan Nur Hidayah Kasih-Nya
            tuk meneruskan percintaan suci ini
            akan banyak halangan yang ditempuhi
            maka bersabarlah dalam mencari jalan-jalan
            pulang menuju cinta Ilahi
            di situ cinta yang hakiki
            buat kita yang bercinta ikhlas demi-Nya
            moga cinta kita dalam persiapan bertemu dengan-Nya
            ada nilaian Kasih dan Rahmat dari-Nya
            Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
            Monday at 10:57pm ·  ·  1
      KARYA WERDYS KALBARY & PUTRI RIMBA NIAGARA
      30 Mei 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;