Thursday 31 May 2012

MAJLIS MEMARTABATKAN KEBUDAYAAN, KESENIAN & WARISAN MELAYU NUSANTARA 2012


  • Rabeah Mohd Ali shared Majlis Memartabatkan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Melayu Nusantara 2012's photo.
     ·  ·  · about an hour ago · 
    • You like this.
      • Rabeah Mohd Ali HARI YANG DITUNGGU TELAH TIBA

        Hari yang ditunggu telah tiba
        Hari yang dinanti-nantikan
        Oleh semua pencinta kebudayaan, Keseniaan & Warisan Melayu Nusantara ...
        Majlis tersebut diadakan bagi memartabatkan kebudayaan,
        Keseniaan & Warisan Melayu Nusantara

        Meriahnya hari tersebut kerana:

        Semua kerabat diRaja Melayu
        Nusantara akan setuju hadir
        Baginda akan mencemar duli
        Dengan membawa 'PAYUNG'
        Angkatan masing-masing
        Pasti penuh dengan kegemilangan
        DiRaja penuh megah menjadi Raja Melayu
        Untuk dihargai oleh semua rakyat yang mencintai Raja Melayu

        Pemerintah negara melayu nusantara
        Pun setuju hadir
        Dengan berpakaian penuh
        Kemelayuan bagi menyokong
        Majlis yang penuh kegemilangan

        Pencinta-pencinta kebudayaan
        Juga hadir kerana inilah hari yang dinanti-nantikan
        Oleh mereka kerana impian mereka untuk memartabatkan
        Kebudayaan, Keseniaan & Warisan Melayu Nusantara
        Menjadi kenyataan akhirnya

        Kepada mereka yang menganjurkan majlis bagi
        Memartabatkan Kebudayaan, Keseniaan & Warisan Melayu
        Nusantara diucapkan sekalung tahniah yang tidak terhingga
        Mogalah Allah SWT saja yang dapat membalas-Nya. Aamin

        DEMI SENYUMAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA
        MAKANYA HAMBA DARI ISTANA RIMBA NIAGARA MEMANJATKAN
        KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT KERNA TELAH MEMAKBULKAN
        DOA HAMBA AKAN WUJUDNYA HARI YANG DINANTIKAN INI.

        Pada Allah Syukur Alhamdulillah
        Pada kalian sekalung budi dengan ucapan terima kasih
        Hamba di sini tersenyum bagi pihak anak cucu rumpun melayu
        Kerana hari yang ditunggu telah tiba...

        Karya Putri Rimba Niagara
        15 April 2012

        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & MAJLIS MEMARTABATKAN KEBUDAYAAN KESENIAAN & WARISAN MELAYU NUSANTARA 2012)
        31 Mei 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;