Saturday 2 June 2012

SENJA KITA KARYA WERDYS KALBARY & PUTRI RIMBA NIAGARA


  • SENJA KITA

    Senja mengantarkan rona di sekeping rindu
    Susuri muara Kapuas yang melayahi hatiku
    Saat malam terlambat datang
    Menggiring mimpi – mimpi jatuh di pematang
    Di sini ku tunggu kau !
    Di batas jarak beribu pulau
    ah !, andaikan rindu kuasa melipat jarak
    melipat pula ribuan kenang
    kenang akan bayangmu yang tak pernah hilang...
    -------
    Sintang Kalbar 2 Juni 2012
    #lagisukamotretmotretnih*
    Werdys Kalbary
     — with Teratai Abadi and 14 others.
     ·  ·  · 58 minutes ago · 
    • You, Wan Suwandy and 2 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali DIBALAS DENGAN CINTAMU CINTAKU

        rindu dua insan mengayikkan
        lebih mengasyikkan rinduku rindumu
        mengingatkan rindu-serindu kepada
        Maha Pencipta Rindu dan Cinta
        Pasti rindu dan cinta-Nya terbalas
        Dibalas dengan cintamu cintaku
        Hingga ke Syurgawi

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        2 Jun 2012
        53 minutes ago ·  ·  2
      • Saving MyHeart senja kita
        senantiasa rona memerah unguan jingga
        masih gemuruh riak-riak sungai beralun damai
        di selang seli bayu memuput rindu bergulung
        bermain-main lagu alam ketika beburung pulang
        saat itu kenangan tak pernah terbuang
        alir mengalir hingga biduk bermuara

        aduhai tak nyambung nih balasku Way...minda.lelah.com

        Cantik fotonya juga larik-larik sajakmu, tambah mantap oooi #terusterusinmotretdannulispuisimelowmilo# xixixi met mlm met rehat wss illaliqa moga bertemu lagi di lain episod
        53 minutes ago ·  ·  2
      • Saving MyHeart dik Rabeah met mlm jg, wah puisimu asyik sekali...
        51 minutes ago ·  ·  2
      • Nina Saat mksh y Way..puisi yg indah...
        50 minutes ago ·  ·  1
      • Nina Saat jg bukti keAgungan Allah yg bgtu indah...
        47 minutes ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Biarlah rindu yang menghayutkan kita pada cinta Ilahi
        Kerana Cinta Ilahi tak akan pernah padam pada mereka
        Yang tahu betapa berarti Cinta Ilahi yang coma diberi
        Peluang untuk mencintainya tika di dunia saja.. di akhirat
        Sudah terlepas peluang...ahhh ruginya jika begitu moga
        Cintaku cintamu dan cinta para semua hamba-Nya
        Yang mendambakan diri mencintai-Nya dibalas-Nya
        Tika hidup dan mati. Aamin Ya Rabbal A'Lamin
        42 minutes ago ·  ·  1
      • Werdys Kalbary Dinda Rabeah::
        sememangnya rindu kepadaNYA di atas segala rindu
        rindu yang mengharung di sepanjang ruang dan waktu
        berderai tangisan berlarian ke ujung-ujung ufuk
        tangiskan rindu yang menggumpal bersenyawa di pusaran cinta semesta...
        -----terimakasihya---
        37 minutes ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi menghayati mesej puisi yang ingin disampaikan dan terima kasih juga atas sumber inspirasi untuk terus menghanyutkan rindu kepadaNya. Rindu serindu-rindu-Nya.
        34 minutes ago ·  ·  1
      • Werdys Kalbary Saving MyHeart:::
        senja teduh itu mampir di pesisir angin
        saat keheningan jadi jingga
        mentaripun redup pudar nyala
        adakah yang lebih dahaga dari cinta
        bila kenangan luput
        dan rindu hilang makna...?
        ----hehehemaksihbanyakya, yupakukan terusmemotretdanberpuisihihihih----
        28 minutes ago ·  ·  1
      • Werdys Kalbary Nina Saat :::
        terima kasih wahai sahabatku
        yang telah bertandang di laman rindu
        menerawang kembali kenangan yang lalu
        saat masa-masa ceria kita dahulu...aduhh rindu heheheh :))
        17 minutes ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali PENAMAT PELAYARAN

        Hidup adalah satu pelayaran
        Pasti ada persinggahan
        Jika setiap persinggahan itu
        Aku leka dengan pesona dunia
        Hingga melupakan aku
        Untuk meneruskan pelayaran
        Tinggallah aku dalam pesona dunia
        Amat rugilah aku
        Malang nasibku dunia akhirat
        Biarpun di dunia ini aku
        Miliki segalanya
        Kalau itulah matlamat aku
        Berhidup di dunia ini
        Makanya jadilah aku
        Manusia yang rugi
        Dan ruginya tak tertebus
        Biarpun kucagarkan
        Harta pesona dunia
        Yang kumiliki
        Tak akan dapat tertebus!
        ALLAHU AKHBAR!
        Moga Allah jauhkan
        Aku daripada pesona dunia
        Yang melalailkan
        Yang melekakan
        Ya Allah aku hambaMu
        Yang lemah
        Untuk menghadapi dugaan
        Apabila diuji dengan pesona dunia
        Janganlah pesona dunia ini
        Melalaikan! Melekakan aku
        Daripada terus menjadikan
        Aku hambaMu yang tak tahu
        Akan tanggung jawab
        Sebagai seorang khalifahMu
        Makanya izinkan aku
        Untuk membawa bekalan
        Amalan yang Kau terima
        Untuk kubawa ke negeri
        Pasti dan itulah
        Penamat pelayaranku
        Di dunia yang fana ini
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya Putri Rimba
        10 April 2012
        17 minutes ago ·  ·  1
      • Werdys Kalbary Rabeah Mohd Ali, alhamdulillah, sama2 terima kasih ya, aamiin, Allahumma aamiin...
        17 minutes ago ·  ·  1
      • Werdys Kalbary terima kasih juga telah singgah bro Awank Ihsan Wirabuana, sis Vous Est Grande, dan bro Wan Suwandy..met malam ya :)
        14 minutes ago ·  ·  1

        KARYA WERDYS KALBARY & PUTRI RIMBA NIAGARA & SAVING MYHEART
        3 Jun 2012

3 comments:

Werdys said...

Assalamualaikum wr wb
sebelumnya terima kasih ku ucapkan kepada dinda Rabeah yang telah muatkan puisiku di blogmu ini. aku doakan semoga dinda berjaya meraih apa yang dicita-citakan dan diidamkan dalam hidup dinda, dan semoga apa yang dinda hasilkan dari karyamu dapat berbuah dan membawa berkah bagi semua orang yang dapat menikmatinya...aamiin ya Rabbul alamin...wassalam kanda Werdys Kalbary.

Sasteraku Duniaku said...

Waalaikummussalam wr wb
Terima kasih kanda Werdys kerana sudi mendoakanku
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Moga Allah SWT saja yang dapat membalas segala kebaikanmu padaku.
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Moga kanda tidak jemu untuk memberi sokongan pada dinda untuk terus menulis sehingga terhenti nafas terhentilah pena. Aamin Ya Rabbal A'Lamin....Dinda Rabeah Mohd Ali.

Unknown said...

Assalamualaikum wr wb
singgah di blog kanda Rabeah ini saya dibuat takjub dengan produktivity kanda Rabeah yang sungguh luar biasa
bertebaran ribuan karya sastera yang mempesona, tahniah ya kanda Rabeah semoga perjalanan sasteramu ke depan semakin lancar dan sentiasa berjaya amiin
wassalam

Post a Comment

 
;