Friday 1 June 2012

LAKSAMANA MAS PEJUANG RAKYAT NUSANTARA




DEALOVA
1 ·  · 
  • You and 9 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali LAKSAMANA MAS PEJUANG RAKYAT NUSANTARA!

      Laksamana Mas
      Darahmu ada darah kepahlawanan
      Kepahlawanan Laksamana Hang Tuah
      Biarpun Laksamana Hang Tuah telah lama bersemadi
      Tapi roh perjuangan sucinya hidup bersama semangatmu

      Biarpun rintangan
      Datang dari segenap penjuru
      Tak akan kau hiraukan lagi

      Rakyat dan Raja di bumi pertiwimu
      Adalah lambang kekuatan untuk kau berjuang
      Memperjuangkan hak mereka yang selayaknya
      Mereka kecapi
      Bagimu keamanan ibu pertiwi Indonesia
      Adalah matlamat perjuanganmu
      Dan semangat itu
      Tak akan luntur
      Sampai kapanpun!

      Hidupmu adalah perjuangan
      Perjuangan
      Hak Rakyat
      Hak Raja
      Hak Pemerintah
      Semuanya ingin kau gabungkan
      Agar tiada yang rasa terpencil
      Pabila bergabung ...ibu pertiwi pasti aman
      Pembangunan akan pesat membangun
      Dan boleh bersaing di persada dunia

      Hari-hari adalah perjuangan
      Tiada hari melainkan perjuangan
      Di mana kau pergi dan ke mana kau berada
      Adalah perjuangan
      Demi membela
      Agama, bangsa dan ibu pertiwi Indonesia

      Darah dan keringatmu
      Pasti akan terbayar juga
      Samada kau masih hidup
      Atau kau telah tiada di bumi ini
      Karena Allah sentiasa bersamamu
      Allah sentiasa bersama semangatmu
      Dan Allah memakbulkan doamu
      Yang mahu melihat anak cucumu
      Tersenyum ikhlas menerima pengorbananmu
      Senyuman anak cucu adalah senyuman
      Yang amat bermakna buatmu
      LAKSAMANA MAS!

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      1 Jun 2012
      (KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU LAKSAMANA MAS)
      21 hours ago ·  ·  3
    • Laksamana Mas Kanda Rabeah Mohd Ali , Injih..amin,...tiada kata yang pantas ku haturkan, selain dr ribuan trimaksiah ku kepada mu Kanda,...sekali lagi trimakasih,......; Anak Jantan Marantau Jauh - Merantau Jauh ke Tengah Hutan - Sudah Lama Badan Tak Pulang Tika Rindu Menatap Bintang - Bila Masa di Tunggu Datang Izinkan Badan Pulang Menyambang,......................
      16 hours ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Anak jantan pulang merantau,
      Berbekal azam terus membara;
      Takkan hilang semangat dikau,
      Semangat tetap membara-bara.
      16 hours ago ·  ·  2
    • S Ishadi Oedhe PUISI BERISI.
      12 hours ago ·  ·  1
    • Laksamana Mas Kanda Rabeah Mohd Ali , Injih....sip,..hehe..trimakasih ye,...
      12 hours ago ·  ·  1
    • Laksamana Mas Mas S Ishadi Oedhe , Injih...nuwun
      12 hours ago ·  ·  1

      (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS)
      2 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;