Thursday, 31 May 2012

KUNTUMAN BUNGA PUISI




PUISI

Kita sekuntum puisi
yang muntahkan helaian uban
di detak jari

kita berlabuh di sini
cemburu terselam mutiara kalbu
datang dengan tafsir berliku
gumpalan hati pun bersungai
di sudut binar
luka tatapan.

Seorang puisi telah lama, dewasa
disuap keramat
berjuta cela
aku ke kamu.

7:43pm20120528
@deemptyhhousedeempthyheart~@@@
 · 
  • You, Werdys Kalbary and 36 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali BERJUTA CELA

      Seorang puisi telah lama berpuisi
      disuap rindu cinta dan kasih setulusnya
      tapi tetap disepikan
      berjuta cela
      yang celanya aku
      yang indahnya kamu

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      28 Mei 2012
      May 28 at 9:09pm ·  ·  3
    • AbdulRahim Abdullah aku ..kelopak layu gugur dari kuntuman bunga puisi
      ditiup badai semalam bersama hujan pagi memanjang
      lalu hanyut terapung ke ganas lautan hidup bergelora
      disisih buih bercempera
      hilang tanpa kesan.
      May 28 at 11:01pm ·  ·  1

  • (PETIKAN DARIPADA WALL TERATAI ABADI)
    1 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;