Tuesday, 29 May 2012

YAKINKAN CINTA SUCI KERANA-NYA


    • Rabeah Mohd Ali shared her own photo.
      CINTAILAH AKU SEBAGAIMANA SETIANYA OMBAK MENGHEMPAS PANTAI!
       ·  ·  · Monday at 11:13am · 
      • You and Werdys Kalbary like this.
        • Rabeah Mohd Ali CINTAILAH AKU SEPERTI SETIANYA OMBAK PADA PANTAI

          Kasih yang terkasih
          Aku tak tahu bagaimana hendak kuluahkan hatiku ini
          Sejujurnya kukatakan aku amat mengasihimu
          Biarpun kutahu terlalu amat payah untuk kau membalas kasihku
          Mungkin kau masih tercari-cari cinta yang sebenar siapakah yang layak
          Bertahta di hatimu ...dan begitu lama aku menanti jawapanmu itu

          Ombak rindulah yang menyaksikan penantian yang amat menyeksakan!
          Aku cemburu pada pantai
          Aku cemburu pada ombak
          Biarpun ombak mendera pantai
          Tapi pantai masih setia pada ombak
          Pantai bilang....
          Duhai ombak....
          Seksalah aku semahumu! Kalau itu boleh membahagiakan mu...
          Percayalah aku tetap setia padamu....
          Selagi kau mendera aku
          Selagiku itulah kau heret rinduku bersamamu
          Dan aku terharu apabila mendengar deruanmu ombak
          Aku tahu kau membalas cintaku
          Kalau tak masakan kau membawa rinduku sekali bersamamu...
          Biarpun kita terpisah benua
          Namun deruan rindumu rinduku
          Tak akan terpisah selamanya
          Tahulah aku yang kau kasih dan sayangkan aku
          Makanya terimalah senyumanku untukmu duhai ombak yang kucinta..

          Justru duhai kasih
          Berjanjilah padaku yang kau akan cintai aku
          Seperti setianya ombak pada pantai...
          Ke mana kau pergi bawalah rindku bersamamu
          Biarpun aku sudah tiada di dunia ini...
          Kenang daku dalam doamu.

          Karya Putri Rimba Niagara
          28 Mei 2012
          Monday at 11:19am ·  ·  1
        • Werdys Kalbary Kekasihku…
          Umpama ombak yang senantiasa mendera pantai
          Begitu pula kasih ku padamu yang tak sanggup ku lerai
          Ku cintai dirimu
          Dengan segenap rinduku
          Walaupun ku tahu
          Tanganku terkulai
          Meraihmu dalam gapai
          Ku langkahkan jua kakiku
          Mengejar pesonamu
          Walau kutahu jika pada akhirnya
          Kan terdampar di ombak rindu

          kekasihku…
          tengadahkan wajah pualammu ke wajahku
          untuk kucium bibirmu di birai waktu
          agar saatnya nanti tiba
          kereta kencana menjemput kita
          kau dan aku
          telah sedia…
          Monday at 11:52am ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Kekasihku...
          Jika itu adalah suratan
          Takdir cinta Anugerah daripada Ilahi
          Kuterima dengan rasa syukur

          Di hamparan sejadah cinta
          Doaku termakbul
          DIA mengurniakan cinta
          Yang kudambakan
          Agar sama-sama
          Membawa bekalan pulang
          Ke negeri abadi

          Cincin Cinta Permata Syurga adalah bukti
          Cinta kita tulus ikhlas kerana-Nya

          Pabila kereta kecana menjemput kita
          Kau dan aku telah bersedia
          Duduk bersanding
          Di pelamin cinta Syurga Ilahi
          Kasihmu kasihku
          Bermula di situ
          Kerana di situlah
          Bermulanya cinta
          Dalam redha Ilahi
          Bahagia
          Bersumpah setia untuk meneruskan percintaan
          Hingga ke Syurga-Nya
          Kerana yakinkan cinta suci kerana-Nya

          Hanya DIA kusandarkan harapan cinta kita
          Moga selamanya bahagia...
          Monday at 12:22pm ·  ·  1
    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & WERDYS KALBARY
    30 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;