Tuesday, 29 May 2012

AKU INGIN PULANG KE NEGERI ABADI DALAM KEADAAN TENANG



  • Rabeah Mohd Ali shared her own photo.
     ·  ·  · Monday at 8:22am · 
    • You and Werdys Kalbary like this.
      • Rabeah Mohd Ali BIAR DUNIA TAHU BETAPA AKU SAYANGKAN SEMUA PENGHUNI DUNIA!

        Teman...
        kau di antara kawan ku yang bisa mengerti akan daku...
        Kau tidak pernah membatu dan membisu...
        cumanya bila kau sibuk jadi sepi....
        ketahuilah kau...kau di antara kawan sejatiku....
        Insya-Allah Amin.

        Jangan kau cuba sepikan daku dalam dunia kesibukanmu...
        kerna aku amat perlukan sokongan ikhlas darimu...
        agar aku tak mudah tewas di medan juang pabila berpena yang tidak pernah mengenal erti musuh dan kawan...yang aku cuma tahu tulis...tulis...tulis...mengikut gerak hati...gerak pacaindera agar mereka mengerti apa itu kasih setulus hati kerana-Nya.
        Biar dunia tahu betapa sayangnya aku pada semua penghuni dunia...
        biar dunia tahu... aku rela jadikan darahku sebagai tinta demi kasihku pada mereka semata-mata ingin mendapat redha-Nya dan cinta-Nya.

        Karya Putri Rimba Niagara
        20 Mac 2012
        Monday at 8:31am ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali SALING FISABILILLAH KERANA-NYA

        Dan akan kuhayutkan rindu ini jika
        dalam hati ada iri
        dalam hati ada benci
        dalam hati ada dendam kesumat
        dalam hati ada prasangka
        kerana yang kumahukan
        cuma kata-kata
        indah
        semangat
        sokongan
        sayang menyayangi kerana-Nya
        saling berkorban fisabillilah kerana-Nya
        kerana masaku terlalu suntuk untuk berleka
        dengan pesona cinta dunia
        moga Allah SWT mengirimkan aku
        hamba-hamba-Nya
        untuk sama-sama
        mencari redho-Nya Ilahi
        tidak kira di mana berada
        pagi petang siang dan malam
        hingga ke nafas terakhir
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
        Monday at 8:35am ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali SYUKUR ALHAMDULILLAH DIBERIKAN-NYA PELUANG UNTUK BERNAFAS

        Syukur Alhamdullilah di pagi yang indah ini aku diberikan-Nya
        peluang untuk bernafas...

        Ya Allah jika nafas yang Kau pinjamkan padaku ini boleh memberikan manfaat buat roh dan jasadku ..
        Kau teruskan pernafasannya sehingga aku mampu juga memberi manfaat roh dan jasad kepada semua yang ada di muka bumi-Mu ini.
        Yang aku mahu cuma jalan-jalan redho-Mu Ya Allah .
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
        Monday at 8:56am ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali KATA-KATA INDAH YANG TERAKHIR...

        Di ombak rindu bukan untuk luahkan semua yang sakit di hati tapi di ombak rindu membuang segala sakit hati dan kecewa di hati dengan bahasa yang menenangkan hati tanpa prasangka pada sesama....anggaplah kita semua seperti ahli Syurga...mana tahu kita benar menjadi ahli Syurga dengan Ehsan dan Izin-Nya Aamin. Justeru jika kita anggap inilah kata-kata indah yang terakhir kutinggalkan kepada rakan-rakanku yang tersayang dan terkasih kerana-Nya...pasti bahagia setelah kita tiada di dunia ini....percayalah ku sayang kalian kerana-Nya justru hargailah kasih sayangku ini...duhai yang terkasih di kalbu di ombak rindu ... di benua sana dan di benua sini...

        Asalkan ombak rindu tidak menjadi tsunami sudahlah... moga dijauhkan dari segala iri hati dan hasad dengki sesama...adatlah manusia mulanya menjadi murni akhirnya luka melukakan....kerana soal hati hanya DIA yang mengerti...berkatalah dari hati yang ikhlas pasti menenangkan hati yang mendengarnya....apapun ombak rindu pencetus inspirasiku berkarya agar terus rindu....rindu...serindunya pada ikatan suci kerana-Nya.

        Tak salah ramai sahabat malah mengundang rahmat-Nya Insya-Allah asalkan ada hati nan ikhlas...ada taman bunga-bunga cinta kerana-Nya.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
        Monday at 9:03am ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali SYUKURLAH APA YANG DIKURNIAKANNYA

        Seseorang yang memuji wanita itu cantik sebenarnya dia sedang memuji Allah SWT kerana wanita itu adalah Ciptaan Allah SWT dan termasuk juga kamu dan termasuk semua yang ada di langit dan di bumi....cumanya wanita itu jangan membangga diri dan menghina yang tak cantik kerana dia harus tahu cantik itu cumalah tempelan kulit ditarik kulit cuma yang ada tengkorak ...boleh kau bayangkan bagaimana rupa tengkorak? justeru jangan berbangga apa yang ada syukurlah apa yang diKurniakan-Nya.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
        Monday at 9:09am ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali PASTI KAU MERINDUINYA SELALU

        Mereka bilang...
        Apakah ahli group ombak rindu ini semuanya jiwang-jiwang belaka?
        Kujawab iya...
        Takkanlah dah berkeluarga masih lagi jiwang-jiwang ye?
        Selagi namanya manusia takkan lari dari jiwang-jiwang
        Mereka ketandusan kasih ke? Justru mereka sepi?
        Habis kasih mu dah sempurna ke? Dan hidupmu tak pernah sepi ke?
        Detik...hatiku mereka yang jiwang-jiwang ni ...fikiran mereka mesti menerawang...
        Maksud kau?
        Menerawang di dunia fantasi bukan realiti
        Ah! Kau apa tahu bahasa kalbu bahasa jiwa bahasa hati...
        Yang kau tahu cakap buat orang sakit hati bawa ke mati...malangnya nasib diri...
        Kenapa kau cakap aku macam tu apa maksudmu,....
        Mana satu kau nak pilih bahasa menempa dosa atau bahasa mengundang hidayah-Nya
        Pastilah bahasa mengundang hidayah-Nya
        Jusetru jadilah ahli group Ombak Rindu...pasti kau merindu-Nya selalu.
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
        Monday at 9:24am · 
      • Rabeah Mohd Ali TERIMA KASIH SAHABATKU

        Terima kasih sahabatku...
        kau antara sahabatku ...
        nun jauh di sana menyokong dan
        meniup bara api perjuanganku ...
        moga kita bisa ketemu di alam realiti
        untuk saling mengeratkan kasih sayang
        ukhuwah di antara kita ...
        tiadalah aku melemparkan senyuman di ombak rindu senja...

        Semua hamba-Nya mendambakan redha Allah SWT di masa hidup dan mati.
        Semuanya sudah dalam pengetahuan Allah SWT sudah tercatat di Lauhmahfuz Aamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
        Monday at 9:30am · 
      • Rabeah Mohd Ali SETEGA ITU CINTAKU KAU PERSIAKAN!

        Setega itu kau bilang cintaku membunuhmu
        Setega itu kau bilang kebalnya hatiku
        Setega itu kau bilang kau tak sempurna
        Setega itu kau bilang aku menyakitkan hatimu

        Tapi kau lupa akan janjimu padaku
        Bersumpah akan setia denganku
        Takkan melupakan aku
        Takkan memutuskan cinta

        Dalam senyap kau yang sengaja
        Memutuskan kasih dan cinta
        Yang telah kita bina
        Atas dasar keluhuran cinta sejati

        Kau sepi tanpa berita
        Kau menghilang entah ke mana
        Aku yang menanggung rindu
        Aku yang terdera rindu

        Di ombak rindu aku melepaskan rinduku padamu
        Pada ombak rindu kulaungkan namamu
        Tapi launganku tak kau balas
        Laungan itu bergema balik padaku
        Aku tersenyum sambil mengesat air mataku
        Seakan balikkan laungan rinduku itu adalah
        Jawapan rindumu untukku...
        Aku berlari-lari di gigi pantai
        Sambil bermain air laut yang mula pasang
        Rupanya dari pagi ke petang
        Aku menunggumu di pantai
        Yang sepi tapi bergema dengan laungan
        Ombak rindu...

        Hanya ombak rindu yang mengerti
        Perasaan cintaku padamu....

        Adakah pengorbanan cintaku ini
        Kau anggap aku menzalimi cintamu?

        Bukalah matamu
        Bukalah hatimu
        Jika kau tahu menilai cinta suciku
        Tak setega itu kau bilang aku membunuh cintamu

        Kerna menantimu satu penyeksaan
        Merinduimu satu penderaan jiwa
        Mencintaimu memakan diriku
        Makanya aku lepaskan sengsara cintaku ini
        Di ombak rindu...

        Moga aku tidak ternanti-nanti lagi
        Cintamu nan palsu...
        Maafkan aku duhai
        Kekasih yang telah melukakan hatiku
        Bagaikan ombak menghempas pantai!

        Karya Putri Rimba Niagara
        28 Mei 2012
        Monday at 9:35am · 
      • Rabeah Mohd Ali CINTAILAH AKU SEPERTI SETIANYA OMBAK PADA PANTAI

        Kasih yang terkasih
        Aku tak tahu bagaimana hendak kuluah hatiku ini
        Sejujurnya kukatakan aku amat mengasihimu
        Biarpun kutahu terlalu amat payah untuk kau membalas kasihku
        Mungkin kau masih tercari-cari cinta yang sebenar siapakah yang layak
        Bertahta di hatimu ...dan begitu lama aku menanti jawapanmu itu

        Ombak rindulah yang menyaksikan penantian yang amat menyeksakan!
        Aku cemburu pada pantai
        Aku cemburu pada ombak
        Biarpun ombak mendera pantai
        Tapi pantai masih setia pada ombak
        Pantai bilang....
        Duhai ombak....
        Seksalah aku semahumu! Kalau itu boleh membahagiakan mu...
        Percayalah aku tetap setia padamu....
        Selagi kau mendera aku
        Selagi itulah kau heret rinduku bersamamu
        Dan aku terharu apabila mendengar deruanmu ombak
        Aku tahu kau membalas cintaku
        Kalau tak masakan kau membawa rinduku sekali bersamamu...
        Biarpun kita terpisah benua
        Namun deruan rindumu rinduku
        Tak akan terpisah selamanya
        Tahulah aku yang kau kasih dan sayangkan aku
        Makanya terimalah senyumanku untukmu duhai ombak yang kucinta..

        Justeru duhai kasih
        Berjanjilah padaku yang kau akan cintai aku
        Seperti setianya ombak pada pantai...
        Ke mana kau pergi bawalah rinduku bersamamu
        Biarpun aku sudah tiada di dunia ini...
        Kenang daku dalam doamu.

        Karya Putri Rimba Niagara
        28 Mei 2012
        Monday at 9:42am · 
      • Rabeah Mohd Ali MENTARI KAMI MAHU MENJADI SEPERTIMU!

        Selamat pagi sang mentari,
        Pagi ini kau menjelmakan dirimu dengan senyuman manismu...
        Aku amat suka sangat senyuman mu itu sang mentari
        Sinar mu yang indah itu bikin air laut di ombak rindu ini berkilauan
        Sesiapa memandang pasti menyilau mata tapi masih mahu memandang kilauanmu...
        Bersinarlah kau...bersinarlah kau sang mentari untuk kami
        Agar kami sentiasa bersyukur pada-Nya kerana mengurniakan kamu pada kami
        Tanpamu pasti kami dalam kegelapan dan tak bererti hidup kami
        Kau menerangi sinarmu untuk kami tapi dirimu terbakar sendiri tak kau Kisahkan malah kau masih bisa tersenyum...
        Malunya kami dibandingkan denganmu yang patuh perintah Pencipta-Mu tanpa sesaat pun lalai dengan tanggungjawabmu untuk menerangi kami...
        Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
        Moga kami dapat jadi sepertimu yang taatkan perintah Pencipta kami dan Penciptamu juga.
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
        Monday at 9:58am · 
      • Rabeah Mohd Ali KASIHMU TAK AKAN KUTIMBANG-TIMBANG LAGI

        Kasihmu tak akan ku timbang-timbang lagi malah terus terpatri di kalbuku cumanya satu kupinta harap dapat hargai kasihku jika kau sudi terima dengan seikhlas hatimu...

        Pabila gugusan cinta mawar putih ada di hatimu makanya rinduku dan rindumu terpatri hingga ke Syurgawi. Aamin.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali NAMASTEE DI HATI INI

        Engkau kah itu Raja Namastee
        Biarpun kau anggap dirimu abdi
        Aku tetap hormatkan mu....
        Kerana sifat hormatmu padaku
        Biarpun aku bukan minta dihormati
        Tapi engkau masih mengiakan mahu aku dihormati
        Aku tak tahu kenapa kau begitu mahu aku dihormati
        Sedangkan mereka tidak pernah ada rasa hormat denganku
        Aku pun bukan gila sanjungan
        Bukan gila glamor
        Bukan gila nama
        Bukan gila kuasa
        Bukan gila harta
        Semuanya bukan
        Cuma yang aku mahukan terima aku dan karya aku apa adanya
        Barulah aku boleh terima mereka lebih adanya
        Justeru pada rakan fbku yang bisu dan sepi
        Maafkan kerna terpaksa hanyutkan namamu di ombak sepi
        Namun kalian tetap ku , "NAMASTEE" di hati ini...

        Karya Putri Rimba Niagara
        28 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali HAMBA

        Aku berkawan bukan kerna darjat atau pangkatnya
        Asalkan dia bersikap hamba itu sudah memadai...
        Sebab dia hamba aku pun hamba
        Hamba apa?
        Hamba Allah lah...
        Engkau tak tahu ke?
        Tahu saja buat-buat tak tahu
        Kenapa buat-buat tak tahu
        Yelah kekayaan..pangkat dan segalanya telah membutakan aku....
        Ooo...selama ini kau butalah...
        Ye...selama ini aku buta hati...sekarang ni dah celik hati....
        Syukur Alhamdulilllah
        Kita sama-sama celik hati untuk selamanya ye...hamba...
        Aamin.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali AKU INGIN PULANG KE NEGERI ABADI DALAM KEADAAN TENANG

        kan kunyanyikan lagu ombak rindu padanya....Tuhan....tolongsampai air mata rindu kasihku yang membara-bara ini padanya agar dia bisa mengerti yang aku rindu dan kasih padanya....panjangkanlah usia kami berdua agar dapat bertemu untuk saling melepaskan rindu dan kasih demi-Mu Tuhan...Tuhan tolong jangan pisahkan kami....Aamin.
        Hingga saat ini aku rasakan aku adalah insan yang tak pernah sempurna...sebelum sampai waktu ....aku ingin pulang ke negeri abadi dalam keadaan tenang ...seabadi cinta semua yang mengasihi aku kerana-Nya. Aaamin...

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
        Monday at 10:48am ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali DI AKHIRAT NANTI SUDAH TIADA PENYESALAN KERANA RAYUAN SUDAH TIADA LAGI

        Hingga saat ini aku rasakan aku adalah insan yang tak pernah sempurna...sebelum sampai waktu ....aku ingin pulang ke negeri abadi dalam keadaan tenang ...seabadi cinta semua yang mengasihi aku kerana-Nya. Aaamin...

        Damailah negeriku damailah negerimu damailah bumi ini dan damailah semuanya berkat kasih sayang sejati demi-Nya.

        kan kunyanyikan ombak rindu padanya....Tuhan....tolong sampai air mata rindu kasihku yang membara-bara ini padanya agar dia bisa mengerti yang aku rindu dan kasih padanya....panjangkanlah usia kami berdua agar dapat bertemu untuk saling melepaskan rindu dan kasih demiMu Tuhan...Tuhan tolong jangan pisahkan kami....Aamin.
        Hingga saat ini aku rasakan aku adalah insan yang tak pernah sempurna...sebelum sampai waktu ....aku ingin pulang ke negeri abadi dalam keadaan tenang ...seabadi cinta semua yang mengasihi aku kerana-Nya. Aaamin...

        aku tak perlu dipungut oleh raja kerana aku bukan permaisuri diraja
        aku juga tak mahu menjadi sampah plastik
        yang aku mahu kewujudanku berbakti pada manusia, makhluk Tuhan yang ada di bumi dan di langit semata kerana-Nya.

        Tak baik itu macam ...janganlah berperangka sesama ye...berkata yang baik itu satu sedekah juga...mulai sekarang kita bertiga jadi kawan baik nak tak...jangan gado-gado lagi...jom aku belanja pi makan gado-gado nak tak...aku jamin selepas makan gado-gado tak akan gaduh-gaduh lagi...semuanya gembira...tak mahu ke mati dalam keaadaan tenang...saling bermaafan sesama. Sakitkan hati orang kalau dia tak maafkan susah roh nak keluar dari badan...betul tak???? justeru demi-Nya saling terima apa adanya dan saling memaafkan. Tak rugi de....untung ada lagi... mana tahu ini adalah hari terakhir kita bernafas...

        Aku terkeicewa kini...kata-kata bermadah pujangga kuberikan padamu tapi kau lemparkan padaku kata-kata beracun memedihkan urat saraf kalbuku mendengarnya...setega itu kamu duhai rakan seperjuangan yang selama ini kusanjungi di segenap penjuru hatiku... sedih....pedih...hatiku bagaikan ditoreh sembilu pilu....!!!!

        Ha..macam tulah...weeiii manangis aku terharu denganmu...hihihi kejap lagi ku suruh si kunta kinte buatkan gado-gado untukmu...untuk pengetahuanmu aku tinggal di rimba niagara...penghuni rimba adalah rakan-rakanku yang sangat sayang dan setia padaku...sesekali aku hendak juga berkawan dengan wargakota....harap kau sudi terima aku apa adanyanya....

        Weeii napa kau kata kau putera kejahatan...kalau kau nak kawan dengan aku tukarlah putera kebaikan...boleh tak tapi bukan demiku tapi demi-Nya...mana tahu kita jadi kawan dari dunia bawa ke Syurga...macama mana setuju tak? dengan cadangan aku ini...

        Sharkrulez O'neil:

        Rabeah Mohd Ali tak ape la.. aku ke neraka seorang-seorang... kalau tak nak follow pun tak apa... da biasa pnn..

        Rabeah Mohd Ali:

        Masya-Allah kau tahu...Allah itu Maha Penyayang...dia akan ampunkan kita selagi nyawa belum sampai di kerongkong...kita usahalah cari-cari jalan-jalan yang diredhoi-Nya nak tak...apa pendapat mu ? Janganlah berputus asa....di akhirat nanti sudah tiada penyesalan kerana rayuan sudah tiada lagi.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        28 Mei 2012
        Monday at 11:04am · 

        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
        30 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;