Assalamualaikum wr wb... Ombak rindu Aku rindukanmu Aku kehilangan cintamu Aku rindu bayangan mu selalu Di pantai ombak rindu Aku tak jemu menunggu bayanganmu Tapi tidak juga muncul dikau Duhai ombak rindu Adakah kau merajuk ombak rindu Baru aku gila bayang dengan mu Kau menghilang entah di mana Apa salahku ombak rindu yang tercinta Candamu selalu ada di hatiku Dan aku senang banget Kita saling bergurau senda Seperti dulu lagi... Tapi entahlah Ini entah apa mimpimu kau muncul Sejujurnya aku tak tega kehilangan mu ombak rindu Jika aku ada kesalahan puisiku padamu ombar rindu Aku mohon dimaafi ye... Aku mengaku kesalahanku Kerana aku insan yang tak pernah sempurna Duhai ombak rindu Kalau nak merajuk jangan lama-lama ye... Nanti saya tak tahan menanggung beban rindu... Aku rindu mu ombak rindu
Kawan-kawan ombak rindu maafkan aku ye Kerana telah melukakan hati kalian semua Di bulan Rejab yang mulia ini Aku mohon dimaafkan Segala kesalahanku Samada sengaja atau Tak sengaja... Percayalah dalam hati ku ini Cuma ada kamu Yang sentiasa kurindu Salam teramat kasih dariku Putri Rimba Niagara 25 Mei 2012
Like · · Unfollow Post · Friday at 6:44pm Ahmad Tajuddin and 4 others like this.
PASTI KAU MERINDUINYA SELALU
Mereka bilang... Apakah ahli group ombak rindu ini semuanya jiwang-jiwang belaka? Kujawab iya... Takkanlah dah berkeluarga masih lagi jiwang-jiwang ye? Selagi namanya manusia takkan lari dari jiwang-jiwang Mereka ketandusan kasih ke? Justru mereka sepi? Habis kasih mu dah sempurna ke? Dan hidupmu tak pernah sepi ke? Detik...hatiku mereka yang jiwang-jiwang ni ...fikiran mereka mesti menerawang... Maksud kau? Menerawang di dunia fantasi bukan realiti Ah! Kau apa tahu bahasa kalbu bahasa jiwa bahasa hati... Yang kau tahu cakap buat orang sakit hati bawa ke mati...malangnya nasib diri... Kenapa kau cakap aku macam tu apa maksudmu,.... Mana satu kau nak pilih bahasa menempa dosa atau bahasa mengundang hidayah-Nya Pastilah bahasa mengundang hidayah-Nya Jusetru jadilah ahli group Ombak Rindu...pasti kau merindu-Nya selalu. Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA 28 Mei 2012
KATA-KATA INDAH YANG TERAKHIR...
Di ombak rindu bukan untuk luahkan semua yang sakit di hati tapi di ombak rindu membuang segala sakit hati dan kecewa di hati dengan bahasa yang menenangkan hati tanpa prasangka pada sesama....anggaplah kita semua seperti ahli Syurga...mana tahu kita benar menjadi ahli Syurga dengan Ehsan dan Izin-Nya Aamin. Justeru jika kita anggap inilah kata-kata indah yang terakhir kutinggalkan kepada rakan-rakanku yang tersayang dan terkasih kerana-Nya...pasti bahagia setelah kita tiada di dunia ini....percayalah ku sayang kalian kerana-Nya justru hargailah kasih sayangku ini...duhai yang terkasih di kalbu di ombak rindu ... di benua sana dan di benua sini...
Asalkan ombak rindu tidak menjadi tsunami sudahlah... moga dijauhkan dari segala iri hati dan hasad dengki sesama...adatlah manusia mulanya menjadi murni akhirnya luka melukakan....kerana soal hati hanya DIA yang mengerti...berkatalah dari hati yang ikhlas pasti menenangkan hati yang mendengarnya....apapun ombak rindu pencetus inspirasiku berkarya agar terus rindu....rindu...serindunya pada ikatan suci kerana-Nya.
Tak salah ramai sahabat malah mengundang rahmat-Nya Insya-Allah asalkan ada hati nan ikhlas...ada taman bunga-bunga cinta kerana-Nya.
PUTRI RIMBA NIAGARA 28 Mei 2012
OMBAK RINDU AKAN KUNANTIKAN KARYAMU
Duhai rakan group yang disanjungi Maafkan aku kerana tak dapat setia denganmu Aku cuba pertahankan kesetiaan Untuk setia selamanya denganmu Tapi tak tahu entah badai mana Yang datang hingga aku tak tega Mempertahankan kesetiaan
Ketahuilah kalian Sekali tangan berjabat salam Selamanya akan setia Sesetia ombak pada pantai
Aku tak tega terjangan ombak Teramat dahsyat Hingga aku dilambungkan tinggi Lalu dihempaskan Tanpa ehsan
Kecederaan di tubuhku Masih lagi aku boleh bertahan Tapi luka parah di hatiku Bagaikan ditoreh-toreh Hancur berkecai Hingga aku tak mampu Untuk mengungkapkan Kata-kata bermadah Pujangga pada kalian
Aku tak tahu Apa khilafku Hingga ombak Yang mengaku setia pada awalnya Telah berubah Madu yang kuberi Racun yang dibalas
Ombak bicaralah padaku.... Apa salahku padamu?
Kenapa kau mengundangku Untuk merinduimu Tapi setelah kuberikan hati setulusnya Ini balasan yang kau berikan padaku? Bilang samaku? Bilang? Bilang?
Jikalah terjanganmu itu boleh Memuaskan hatimu Karna ingin membalas dendam Tapi kenapa aku????
Apa dosaku padamu? Jahat sangat ke aku Hinggga kau lukakan Hatiku sebegini rupa
Air mataku yang mengalir deras ini Lukaku yang parah ini... Boleh membuatkan kau ketawa puas Silakan... Jika kau rasa tak bersalah silakan
Karna aku tak tahu apa salah aku Padamu... Biarlah pena bisu ini menjadi saksi Yang aku telah buangkan namamu Di ombak rindu Biarpun hatiku menafikan Aku kena akur Yang kau bukanlah kawan Yang boleh menjanjikan bahagia Untuk aku berkarya bersamamu...
Ketiadaan aku... berkaryalah semahumu Percayalah dari jauh aku sentiasa Menyokong kamu berkarya Karna dunia karyamu adalah duniaku
Maafkan aku rakan group Kerna terpaksa berpisah denganmu Tanpa pintaku Moga kalian bahagia di samping Teman-teman kalian yang hebat Berpuisi... Apapun aku ucapkan terima kasih Pada kalian yang telah mengundang aku Ke group kalian untuk berkarya... Salam kemaafan puisi Salam perpisahan untukmu Cuma satu harapanku sudi doakan aku Kebahagiaan dunia akhirat untuk aku Setiap karya kalian sentiasa Tersemat di hati ku Biarlah aku selamanya menjadi Pungguk rindukan rang bulan Di ombak rindu kan ku nantikan Karyamu ...
Karya Putri Rimba Niagara 28 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP OMBAK RINDU) 28 Mei 2012
0 comments:
Post a Comment