Tuesday, 29 May 2012

KAMI RELA BERKORBAN NYAWA DEMI KASIH SEJATI KERANA-NYA


    • Rabeah Mohd Ali shared her own photo.
      SALING KASIH SETULUS HATI
       ·  ·  · Monday at 7:33am · 
      • You and Werdys Kalbary like this.
        • KAMI RELA BERKORBAN NYAWA DEMI KASIH SEJATI

          Puteri Rimba Niagara:

          Selamat pagi Putra Rimba....hamba singgah di sini untuk menyapa teman-teman ombak rindu...sudilah terima kedatanganku ini....kalau tak sudi ku pulang saja ke rimba....

          Putra Rimba :
          Kedatangan mu dialu-alukan wahai Puteri Rimba...

          Puteri Rimba Niagara:

          Terima kasih duhai Putra Rimba...
          Kerna sudi terima kedatangan hamba...
          Jangan kau cuba mengguriskan hatiku
          Berjanjilah kau berkata manis seiring hatimu
          Jika hatimu penuh racun
          Bisa saja kurela minum racun itu
          Daripada kata-katamu yang beracun
          Kerana kami di penghuni rimba
          Saling berkasih sayang setulus hati
          Tanpa ada iri di hati
          Kasih sayang penawar jiwa lara
          Dan kami saling berkorban nyawa demi kasih sejati
          Harap kau mengerti apa maksudku duhai Putra Rimba
          Terimalah aku apa adanya
          Kerna aku menerimamu lebih adanya ....

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          21 Mac 2012

          Putri Rimba Niagara:

          Terima kasih dinda Teungku Sayyid Deqy...
          Terima kasih dinda Sha Izani...
          Kerna rela pertaruhkan nyawa demi kasih sejati
          Bikin hatiku terharu dalam syahdu...
          Saat ini kumenangis dan penghuni rimba juga menangis terharu....
          Lalu penghuni rimba menyapu air mataku dengan daunan kasih
          Lalu terus memukul gendang sambil menari tarian rimba
          Lalu aku tergelak tak jadi nangis...

          Putri Rimba Niagara:

          Cinta memang luar biasa,
          Kerana cinta mengejar cita-cita;
          Berusaha selagi mampu tanpa putus asa,
          Akan tercapailah cinta juga cita-cita.

          CINTA KERANA-NYA

          Cinta ungkapan terlalu mudah disebut
          Untuk menjadikan cinta itu seikhlas hati
          Agak sukar dimengertikan
          Mula cinta jadi benci
          Mula sayang akhirnya melayang
          Mulanya bicara manis
          Akhirnya menjadi bicara yang merosakkan hati
          Lalu hati terluka
          Masing-masing tidak berkenan di hati
          Apakah itu namanya cinta?

          Makanya sebelum melahirkan ungkapan
          Cinta dan sayang
          Tanya pada diri
          Adakah aku ikhlas mencintainya?
          Atau aku saja untuk menyakitkan hatinya?
          Pabila dia kecewa itu adalah matlamatku....
          Kalau beginilah cinta pura-pura terjadi
          Amat malanglah yang empunya diri
          Membalas cinta pada si pendusta cinta!
          Makanya sebelum hati terlara segera putuskan
          Kerana akan meracuni jiwamu

          Jika hatimu terlara kerana cinta palsu
          Binalah keyakinan semula
          Menyatakan
          Allah sayang padamu
          Kerna Dia
          Telah merencanakan cinta yang terbaik untukmu
          Cinta yang boleh membawamu ke Syurga-Nya
          Jika kau sabar dengan setiap KETENTUANNYA
          Pasti kebahagiaan dunia akhirat menanti
          Di masa itu baru kau tahu betapa nikmatnya
          Penantian cintamu kerana-Nya
          Bercinta kerana-Nya
          Membalas cinta kerana-Nya
          Terpatri cinta dari dunia hingga ke Syurgawi
          Insya-Allah Aamin

          Karya Putri Rimba Niagara
          28 Mei 2012

          (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
          28 Mei 2012
          Monday at 7:43am ·  ·  1

0 comments:

Post a Comment

 
;