- 
SYAIR GURINDAM RINDU BUAT ADINDA :
 Dinda...kau pesona penuh cahaya
 Mawar yang berbinar di gelap gulita
 benderang wajahmu menyeri dunia
 cermin palitan cahaya jiwa
 Dinda..kau kuntuman mengharum taman
 putik mahkotamu taburan intan
 duhai adindaku paduka tuan
 kutitip rinduku di bayangan bulan
 Duhai..ratuku di rimba cinta
 kutadah kasihmu di daun surga
 semoga kelak di suatu masa
 kita bersama menganyam rasa
 Aduhai dinda...kuraba hatimu di tabir rindu
 berdetak syahdu mengalun sayu
 adakah waktu bisa menunggu
 saatnya berlabuh di haribaanmu
 Dinda...dengarlah gelora ombak rindu
 berdebur-debur di pantai hatiku
 meraba jauh ke dasar hatimu
 menyeru hasrat ingin bertemu
 dinda ..kuimpikan sinar purnama
 mencium paras wajah adinda
 bertabur wangi sejuta aroma
 duduk bersanding di pelaminan cinta
 -------------
 Sintang West Borneo, 22 Mei 2012
 Werdys Kalbary
 GURINDAM RINDU SEPENUH JIWA
 Duhai kanda yang jauh di sana,
 Dekat di hati jauh di mata;
 Bayanganmu sentiasa tersirna,
 Dalam kalbu rindu tak terkata.
 Siang dan malam terbayang-bayang,
 Wajahmu kanda penyejuk jiwa;
 Semakin hari semakin sayang,
 Gurindam rindu sepenuh jiwa.
 Semakin hari semakin rindu,
 Rindukan kanda di benua sana;
 Bila nak datang kutahu,
 Jika datang sukalah semua.
 Duhai kuda kembar jelmaan,
 Datanglah ke sini kekasihmu menunggu;
 Sumpahan mu tamat menjadi putera idaman,
 Buat kekasih yang lama menunggu.
 Moga Allah Perkenankan hajat,
 Untuk bersama menjayakan cita;
 Bersamalah kita bermunajat,
 Agar dimakbulkan segala cita.
 Aamin Ya Rabbal A'Lamin
 GURINDAM PUISI UNTUK KANDA WERDYS KALBARY
 DARIPADA DINDA PUTRI RIMBA NIAGARA
 23 Mei 2012
 May 23 at 4:02am · · 2 2
 
 Rabeah Mohd Ali CINTAILAH AKU SEPERTI SETIANYA OMBAK PADA PANTAI
 Kasih yang terkasih
 Aku tak tahu gimana hendak kuluahkan hatiku ini
 Sejujurnya kukatakan aku amat mencintaimu
 Biarpun kutahu terlalu amat payah untuk kau membalas kasihku
 Mungkin kau masih tercari-cari cinta yang sebenar siapakah yang layak Bertahta di hatimu ...
 Begitu lama aku menanti jawapanmu itu
 Ombak rindulah yang menyaksikan penantian yang amat menyeksakan!
 Aku cemburu pada pantai
 Aku cemburu pada ombak
 Biarpun ombak mendera pantai
 Tapi pantai masih setia pada ombak
 Pantai bilang...
 Duhai ombak...
 Seksalah aku semahumu! Kalau itu boleh membahagiakan mu...
 Percayalah aku tetap setia padamu....
 Selagi kau mendera aku
 Selagiku itulah kau heret rinduku bersamamu
 Dan aku terharu apabila mendengar deruanmu ombak
 Aku tahu kau membalas cintaku
 Kalau tak masakan kau membawa rinduku sekali bersamamu...
 Biarpun kita terpisah benua
 Namun deruan rindumu rinduku
 Tak akan terpisah selamanya
 Tahulah aku yang kau kasih dan sayangkan aku
 Makanya terimalah senyuman ku untukmu duhai ombak yang kucinta..
 Justru duhai kasih
 Berjanjilah padaku yang kau akan cintai aku
 Seperti setianya ombak pada pantai...
 Ke mana kau pergi bawalah rindku bersamamu
 Biarpun aku sudah tiada di dunia ini...
 Kenang daku dalam doamu.
 Karya Putri Rimba Niagara
 23 Mei 2012
 May 23 at 5:58am · · 2 2
 
 Rabeah Mohd Ali CINTA DALAM REDHA-NYA
 Kanda Werdys Kalbary Yang Tercinta...
 Semakin kuatnya terjangan ombak ke aku
 begitulah kuatnya rinduku ke kamu....
 comanya aku tak tega menangung sakitnya
 terjangan ombak itu hingga aku terjaga dari lena ...
 Ya... aku benar-benar rindukan kamu dan kerana terlalu rindu,
 aku tidak boleh terima kau sepikan aku dalam hidupmu...
 sejujurnya aku tak tega kehilangan kamu sehinggalah
 nyawa menjemputku pulang.
 Tahu ke kau sehari tidak mendengar kabar berita darimu ...
 serasa bagaikan bertahun-tahun lamanya...jika seminggu...
 berbulan ...lagi aku tak boleh terima...jika terlalulah sibuknya dikau...
 aku rela kau sepikan aku...dan buanglah namaku jauh-jauh dari di sudut hatimu...kerana aku tak larat lagi mengharap balasan rindu darimu...aku tak larat lagi pergi ke ombak rindu...menyatakan aku rindu padamu dan bukan kau yang menjawab...coma gema suaraku sendiri yang menjawab....adakah kau tega melihat aku menanggung derita rindukanmu sepanjang hari sepanjang masa?
 Makanya balaslah rinduku biar pun seketika cuma...
 aku nggak bisa membuang rinduku padamu di ombak rindu.....
 makanya hargailah rinduku ini tanpa alasan yang kau sibuk dengan duniamu....jika kau tak sanggup untuk menjadi sesetia ombak kepada pantai....makanya lepaskan rindu itu...biarlah ia pergi di bawa deruan ombak tanpa suara...bisu...sepi....kal- au itu pengobat rindumu ke aku....dan aku rela sepi rindu ini disepikan tanpa penantian yang menjemukan. 
 Moga di alam realiti kita dapat berjumpa menyatakan hasrat hati..
 yang kita adalah kekasih paling sejati selepas itu kita tidak perlu
 lagi mengungkapkan rindu serindunya hanya yang ada aku
 sayang kamu demi-Nya
 Di alam realiti cinta kita terpatri dalam redha-Nya
 Yang merindui mu di ombak rindu,
 Putri Rimba Niagara.
 23 Mei 2012
 May 23 at 10:34am · · 1 1
 
 Rabeah Mohd Ali GURINDAM PUISI UNTUK KANDA
 Oh! Kanda...
 Dinda ingin jadi temanmu yang setia
 Sesetia ombak pada pantai
 Oh! Kanda...
 Kenapa dinda memilih kanda
 Sebagai teman dunia akhirat dinda
 Kerana kanda
 Cintakan Allah
 Lelaki soleh
 Dalam hati ada taman iman
 Membuatkan hati dinda
 Berbunga-bunga cinta iman
 Oh! Kanda...
 Terima kasih kerana sudi mencintai dinda kerana-Nya
 Hati dinda terharu penuh syahdu
 Kerana di usia yang tersisa ini Tuhan hadirkan
 Seorang bidadara Syurga untuk dinda
 Oh! Kanda...
 Biar siapapun dinda kanda terima dengan hati yang redha
 Biar siapapun kanda dinda terima dengan hati yang redha
 Ketentuan Ilahi kita sama terima dengan hati saling meredhai
 Kerana siapalah kita untuk menafikan
 Apa yang telah ditakdirkan-Nya pada kita
 Oh!Kanda....
 Selagi namanya manusia
 Mahukan kesempurnaan
 Tapi kita dambakan kesempurnaan iman
 Yang boleh membawa jalan-jalan
 Ke Syurga-Nya
 Oh! Kanda...
 Kehidupan ini setitis cuma
 Makanya kita manfaatkan
 Sebaik mampu
 Beramal soleh
 Yang ada nilaian
 Di Sisi-Nya
 Agar kita tidak menyesal
 Di akhirat nanti
 Oh! Kanda...
 Allah meletakkan tanggungjawab yang berat padamu
 Makanya berlaku adillah jika tak mahu ditanya di akhirat nanti
 Jangan ada terdetik di hatimu untuk mempersiakan cinta dinda
 Kerana kehadiran dinda dalam hidup kanda
 Adalah satu anugerah yang patut kanda syukuri
 Dan dinda juga bersyukur pada-NYa kerana kanda adalah
 Anugerah Ilahi pada dinda
 Kita saling syukur mensyukuri
 Atas anugerah Cinta Syurga ini
 Oh! Kanda...
 Kita saling kasih
 Kita saling sayang
 Kita saling cinta
 Setulus hati
 Kerana-Nya
 Oh! Kanda
 Sebagai balasan penganugerahan
 Cinta Syurga ini
 Marilah kita bersumpah
 Untuk bersama
 Mempersiapkan
 Bekalan akhirat
 Selagi nyawa di kandung badan
 Oh! Kanda
 Dengan terpatri cinta kita dalam redha Ilahi
 Kita sama-sama bergandingan menuju
 Ke pelamin Cinta Syurga
 Di Taman Firdausi
 Mawaddah Warahmah
 SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
 Betapa indahnya kanda
 Semua-Nya Ketentuan Ilahi
 May 23 at 11:28am · · 1 1
 
- 
 
23 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL WERDYS KALBARY)
1 Jun 2012

 
 


 

0 comments:
Post a Comment