Wednesday, 30 May 2012

SEPIMU SEPIKU




SEPI ITU
sepi itu berbaris serupa gerimis
diam-diam menghujam tajam dingin mengiris
tik tik beningnya meneteskan tangis
sedusedanpun luruh di mata malam paling rinjis

sepi itu detak dada meruang lengang
hampa sunyi bunyi hati bersipongang
dalam diam setubuh do’a
sebutir debu semesta bersenyawa
lalu lewat bisik munajat paling lirih
sepi itu menjelma untaian hening batubatu tasbih

Stg,300512

Wan Suwandy
 ·  ·  · 14 hours ago

  • You and 2 others like this.

    • Rabeah Mohd Ali AMALAN PENEMAN SEPI

      Sepi itu indah
      Sepi banyak hikmahnya
      Sepi yang menyepikan lagi perlu kesabaran

      Tanpamu kusepi
      Tanpa dia kurindu

      Di musim tengkujuh
      Bila sepi dihunjam terjangan tsunami
      Amat menyeksakan
      Amat dahsyat!
      Amat menakutkan
      Lalu kubuang sepi di ombak rindu

      Kerana kutahu
      Jika ku tak buang sepi itu

      Sepi yang bersedia menantiku
      Apabila sampai waktunya nanti
      Pasti aku akan merana
      Yang tak tertebus!
      Sepi di alam barzah
      Kerana amalan bukan penemanku
      Di kala aku benar-benar
      Perlukannya di saat itu
      Menjadi peneman setiaku
      Telah lari dariku
      Itulah sepi
      Yang menakutkan
      Yang bisa aku
      Gagal menjawab soalan kubur
      Bila gagal
      Pasti tempat aku
      Nauzulbillah...

      Makanya apalah
      Ada artinya sepi di dunia ini
      Jika dibandingkan pabila
      Sepi di alam barzah
      Amalan bukan peneman sepiku lagi

      Makanya selagi ada peluang
      Hargailah sepi ini
      Dengan amalan
      Peneman setia
      Di alam barzah!

      Moga amalan sudi menjadi
      Peneman sepiku tika
      Masa tersisa dan setia
      Jua di alam barzah
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      30 Mei 2012

      13 hours ago ·  ·  1

    • Wahyu Yudi sepi adalah kawan sejati
      12 minutes ago · 

    • Rabeah Mohd Ali Patutlah kamu menyepi dari teman fbku tak seperti dulu...kenapa ya sih.... apakah yang membuatkan kamu sepikan aku ya kawan?
      8 minutes ago · 

    • Rabeah Mohd Ali Bilamana kamu sepi...aku buang rinduku padamu di ombak rindu agar aku tak ternanti-nanti lagi...maafkan aku kerana aku hanya perlu kan kawan yang setia pada janji...
      6 minutes ago · 

    • Rabeah Mohd Ali Karna kau kata sepi teman sejati makanya kau saja biarkan aku sepi maka tiada artinya lagi kau menjadi teman fb ku lagi...maafkan aku teman...biarpun terlalu parah membarah...aku terpaksa sepi kerana kau udah lama menyepikan aku...
      3 minutes ago · 

    • Rabeah Mohd Ali Dan takkan aku menapak rindumu lagi kerana rindu yang bertapak di hati udah terpadam ditelan kabus malam...maafkan aku teman ...apa pun kau teman teman ku yang takkan  kusepikan di nostalgia hatiku...moga kenangan sebagai pertemanan antara kita sentiasa menjadi peneman sepimu sepiku....

    • Wahyu Yudi kerana masih ade janji yang kuikrarkan
      7 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Kalau janjimu pada manusia yang kau ikrarkan
      Tapi pastikan janjimu pada-Nya mengatasi segala-Nya
      Baru jiwamu akan tenang
      Setenang air di kali Syurga...
      5 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Makanya sebelum berjanji fikirkan sedalamnya...
      Kerana kau bukan keanak-anakan lagi...
      Mujurlah gambar keanakanmu itu membuatkan aku ceria sebentar...hehehe....maafkan aku teman kerana kita udah lama tak bercanda...mungkin kau sibuk dengan dunia puisimu yang puitis atau sibuk dengan ikrar yang telah kau ikrarkan...

(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG)
30 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;