Tuesday 29 May 2012

PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU




  • Rabeah Mohd Ali shared Mohd Arifin Mat Jadi's photo.
    Mohd Arifin Mat Jadi's Photos
    Menilai siapa yang masih berminat untuk melihat seni bela diri bangsa melayu tetap kukuh terutamanya dikalangan anak muda. Ramai yang menjerit untuk berjuang mempertahankan ketuanan melayu.. Akan tetapi kudrat untuk memberi sokongan moral sahaja pun sudah layu.. Apatah lagi untuk turut sama menyusun bunga silat kebanggaan bangsa.. Sememangnya orang melayu mudah lupa.. He3.
     ·  ·  · 4 hours ago · 
    • You like this.
      • Rabeah Mohd Ali PENDEKAR ANAK PERTIWI

        Pabila pendekar anak pertiwi
        Bangkit dari pertapaan
        Tiada siapa yang berani menghalangnya
        Kecuali Yang Maha Esa

        Perdekar anak pertiwi
        Pabila sudah berada di tengah gelanggang
        Sudah disiapkan segala kekuatan
        Untuk bertarung
        Bermati-matian
        Biar darah dan keringat
        Merenjis di setiap penjuru bumi

        Tidak akan dihiraukan lagi
        Musuh datang menyerang
        Dari kiri dan kanan
        Akan ditentang
        Sehabis daya
        Sehabis kekuatan

        Nyawa pendekar anak pertiwi
        Akan dipertaruhkan di segenap penjuru gelanggang
        Biar tubuhnya hancur ditikam musuh bangsa melayu
        Namun mengalah tidak sama sekali

        Demi mempertahankan Budaya & Warisan Melayu
        Tak hilang dan puous ditelan zaman

        Akan dibuktikan kata keramat Laksamana Hang Tuah
        Tak akan hilang melayu di dunia jadi kenyataan!

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        21 Mei 2012
        (PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ - PEWARIS PANGLIMA MELAYU NUSANTARA)
        May 21 at 2:06pm · Like · 1

        (PETIKAN DARIPADA TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & PUTRI RIMBA NIAGARA)
        29 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;