Wednesday, 30 May 2012

JANGAN LUPA GANDENG NANDA DI PADANG MASZHAR




MOGA TAKDIR YANG TERCATAT DI LAUHMAHFUZ
MENJANJIKAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT UNTUKMU

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wr wb

Nanda Pradita Fia...
Buah hatiku pengarang jantungku
Penawar dukaku...

Pertemuan tanpa dirancang
Untuk menjadi rakan fbmu
Ku bersyukur kepada-Nya
Kau selalu memahamiku...

Menyokongku tak kira masa
Amat mengharu-birukan emosiku
Pelbagai gelodak emosi bergabung
Tapi emosi yang mengabungkan
Pelbagai aroma citarasa
Citarasa dalam berpenamu
Sama dengan penaku

Pabila kita bergandingan
Perpuisi bersama
Amat membahagia
Serasa segala urat saraf
Puisiku yang lemah longlai
Terus bersemangat
Ide datang mencurah
Lalu tercurah di kanvas
Muka buku

Kau membaca puisiku
Aku membaca puisimu

Pastinya kau akan tertawa
Dan pastinya aku jua akan tertawa

Pabila kau ceritakan
4 budakmu ingin datang
Ke istana rimba
Untuk bergendang menari
Dengan penghuni rimba ku
Sambil melagukan
Puisi dan gurindam
Yang kutulis
Si kunta si kunte
Apa lagi terkinja-kinja
Sukanya mereka
Apabila 4 budak mu hendak datang
Ke istana rimba untuk meriuhkan
Lagi suasana rimba
Ahhh bahagia di kala itu

Sambil memerhatikan
Mereka membuat persembahan
Kita berdua makan coklat
Yang kau bawa dari Indonesia
Makanan kegemaranmu kegemaranku
Ahhh bahagia di saat itu

Dari pagi hingga ke petang
Hingga ke malam
Kita bercanda
Penuh dengan aktiviti
Yang mengembirakan
Tiada yang tak gembira
Melainkan gembira
Ahhh duniamu duniaku
Senada seirama
Bahagia membahagia
Tiada akan terluka melukai
Yang hanya ada bahagia
Penuh dengan baja-baja
Kasih sayang
Kasih setulus hati
Kasih kerana-Nya
Ahhh tak sabar menanti saat
Imaginasi menjadi realiti

Sempena dengan
Hari yang indah ini
Hari kelahiranmu ke dunia
Yang telah dicatatkan
Segala takdirmu di
Lauhmahfuz
Moga takdir yang ada
Di Lauhmahfuz-Nya
Menjanji bahagia
Dunia Akhirat
Untukmu...Aamin

Perjuanganmu untuk membela
Ibu pertiwimu dengan tinta
Yang mahu kau curahkan
Di kanvas muka buku
Amat aku kagumi
Aku tabik hormat padamu
Kan kukalungkan
Selendang merah putih
Tanda penghargaan
Betapa terharunya hatiku
Pada perjuangan sucimu
Yang tak pernah terhenti
Membela anak bangsamu
Tanda kau kasih pada mereka...

Aku sebagai sahabat
Dua negara berjiran bersahabat baik
Akan menyokongmu selagi terdaya
Bergandingan berpena tanpa jemu
Bersamamu...bagi meniup roh
Perjuangan suci para kasatria
Mengekalkan kemerdekaan
Negaramu Negaraku!
Inilah bukti kasih sayang kita
Antara dua negara berjiran
Sehati sejiwa
Senada seirama
Dalam Restu Ilahi

SELAMAT MERAIKAN HARI KELAHIRAN BUAT NANDA
PRADITA FIA TERSAYANG HINGGA KE UJUNG NYAWA
KENANG BUNDA DALAM DOAMU SAYANG

Ingatan tulus ikhlas daripada bunda
Rabeah Mohd Ali
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA
31 Mei 2012

RANNA MEILITA

Duhai bunda Kebangkitan Nasional Indonesia....
Kukagumi mu....
Melahirkan putra-purtrimu
Semata untuk kau tiupkan
Roh perjuangan suci
Kebangkitan Indonesia
Makanya dengan semangatmu
Yang tak kenal erti takut dan kecundang
Makanya Indonesia meraih kemerdekaan!
Dan kau tersenyum bangga...
Dan darah perjuanganmu yang tak pernah mati itu
Kini pergi ke darah...darah putra putri mu
Yang kau namakan ."RANNA MEILITA'

Karya Putri Rimba Niagara
31 Mei 2012
 ·  ·  · 4 hours ago
  • Pradita Fia and Dgkumarsana Kum like this.
    • Pradita Fia Terima kasih bunda...salah takzim dan rinduku selalu untuk bunda semoga Allah mempertemukan kita dialam nyata...banyak nanda punya sahabat namun bunda adalah pujaan hati yang tak pernah lekang dimakan waktu karena hati bunda seputih salju.....salam sayang dari 4 budak...
      4 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Aamin..salam sayang juga untuk 4 budak...moga kasih dan sayang kita yang terjalin terpatri hingga ke Syurgawi. Aamin.
      4 hours ago · 
    • Pradita Fia ya bunda...jangan lupa gandeng nanda dipadang maszhar...ya bund...
      4 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Di dunia kita bersama Insya-Allah di Syura kita bersama. Aamiin
      Di Syurga nanti usia kita sebaya 33 thn dan tak boleh panggil bunda lagi...panggil sayang...semakin hari melihat wajah nanda semakin rupawan ...begitulah sebahagian daripada kisah di alam Syurga yang penuh nikmat...nanda....moga kita berlumba-lumba membawa bekalan pulang...dengan sentiasa berprasangka baik pada Allah Azzawajallah
  • (PETIKAN DARIPADA GRUP BORNEO DALAM CERPEN INDONDESIA MALAYSIA & BRUNEI)
    31 Me3i 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;