Monday, 28 May 2012

SEMOGA KARENA AL-QUR'AN ADALAH NUR YANG MENERANGI HATI MANUSIA




  • ini pohon sekala dan kumbangnya
    LEMBAGA PENGEMBANGAN SENI BUDAYA "SANGGAR GEDUNG PEKUWON" Buay Belunguh Belalau Lampung BaratI. Pelindung: Drs. IKHWAN SIRAJ BELUNGUH, SH ADOK: SULTAN PANGERAN IRO BELUNGUH SAIBATIN MARGA PENYATU PAKSI YANG MULIA SEKALA BRAK KE XVIIII. Penasehat : 1. Drs. SAMSUHILAL BELUNGUH adok : RAJA ITTON 2. HADRI ABUNAWAR BELUNGUH, SH,MH ( BATIN SANGON)3. NIZOM INDRA ZUAWI BELUNGUH. S.Sos, MM (RADEN BANGSAWAN BUMI AGUNG)Siap diundang setiap ada upacara adat atau penayuhan yang telah menyediakan:1. Begamol (gamolan Balak), Gamolan Pekhing (gamolan lunik) 2. Hadra3. Bedikikh4. Silik5. Takhi6. Sekhadam7. Gambus Tunggal.8. dllinformasi dapat menghubungi : 085379121620
     ·  ·  · See Friendship · Yesterday at 12:31pm · 
    • You like this.
      • Rabeah Mohd Ali Kehidupan kita ini berwatak plural dan beragam.
        Hal ini diperkuat adanya platform bersama sebagaimana disinggungkn juga dlm Al-Quran;
        "Inna ja'alnakum syu'uban wa qaba'ila li ta'arafu" (kami mnciptakn kalian bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kalian saling mngenal).
      • Iro Belunguh betul sekali dan kita adalah saudara
        Yesterday at 3:12pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Sahabat hamba Iro Bulunguh yang hamba sanjungi...
        Apa kabar mu
        Udah lama tak dengar kabar berita
        Tahu-tahunya sudah banyak acara kebudayaan yang dijalankan...
        Tahniah! Dari hamba...
        Moga satu hari nanti hamba dapat datang di acara tersebut ye...
        Moga acara yang dijalanakan sentiasa berjaya. Aamin.
      • Iro Belunguh ya, alhamdulillah baik baik saja, dan ya itu yang hamba mampu lakukan, dan hambu pun rindu dengan karya karya mu, untuk persatuan rumpun melayu khususnya dan islam secara keseluruhan
        Yesterday at 3:30pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Iye ke tuan hamba yang dihormati ...terharu rasa hamba kerna sudi tuan hamba merindui karya-karya hamba...
        kerana tuan hamba sukakan karya hamba yang ilham-nya insya-Allah dari Ilahi..hamba sudilah menyiarkan pantun gurindam syair puisi untuk tuan hamba..mana tahu sesuai diiramakan dengan muzik rumpun melayu...adakah tuan hamba sudi...kalau sudi hamba amatlah hargainya dalam lubuk hati hamba ini...
      • Iro Belunguh akan hamba bantu tuan putri , semampu hamba
        Yesterday at 3:47pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Subhanallah amatlah tersanjung di hati ini...
        Moga Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan tuan hamba...
        Dari Allah kita datang dari Allah kita dikembalikan
        Makanya sebelum kita dikembalikan kepada-Nya
        Bersamalah kita saling memberi dukungan/sokongan selagi mampu
        Mana tahu ada nilai di Sisi-Nya... Aamin.
        Bermuzik dalam mengundang Nur Hidayah Kasih-Nya ...Insya-Allah Aamin.
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN NUR HIDAYAH KASIH

        Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
        Allah Allah Allah Kau yang ku-Agongkan;
        Di mana saja Kau tak kulupa,
        Cinta-Mu Maha Agung sentiasa dizikirkan.

        Allah Maha Besar Sebesar Besar-Nya,
        Kuasa-Mu mengatasi segala yang ada;
        Rugi dunia akhirat jika melupakan-Nya,
        Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cinta-Nya.

        Maha Suci Allah,
        Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
        Tiada yang mustahil bagi-Mu Ya Allah,
        Aku pasrah atas segala ketentuan-Nya.

        Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
        Dari lubuk hati bawa ke mati;
        Moga Kalimah Laa ilaaha illAllah setiasa dijaga,
        Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.

        Laa ilaaha illAllah kumohon keredhaan-Mu,
        Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
        Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redho-Mu,
        Rohku tenang bertemu-Mu Ya Allah Perkenankan doaku.

        Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
        Janji Allah semuanya benar;
        Tetapi manusia melupakan Allah,
        Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.

        Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
        Kurindumu terbawa dalam mimpi;
        Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
        Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.

        Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
        Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
        Kasihmu pada kami akan terpatri,
        Dunia dan akhirat menjadi saksi.

        Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
        Air wuduk disapukan ke wajahku:
        Moga Nur Hidayah Kasih-Mu terpancar diwajahku,
        Aku bersyukur dalam sujudku.

        Di bumi ini aku bersujud pada-Nya,
        Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
        Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
        Di bumi ini juga aku kembali kepada-Mu.

        Tika aku bersujud pada-Mu,
        Serasa Kau hampir denganku;
        Kubersujud penuh kusyuk,
        Moga Kau terima solatku.

        Takbir rukuk dan sujudku kerana-Mu,
        Kusahut panggillan-Mu pabila sampai waktu;
        Berkata-kata dengan-Mu roh dan jasadku,
        Moga Kau terimaku menjadi kekasih-Mu.

        Berzikir memuji-Mu mengundang rindu,
        Semakin kulafaz Zat-Mu meresap di qalbu;
        Rohku syahdu dalam sendu,
        Jasadku bersyukur dalam qalbu.

        Membaca Kalam-Mu hatiku pilu,
        Mengalunkan Kalam-MU penuh syahdu;
        Seolah berada di Taman Syurga-MU,
        Berkata-kata dengan-Mu rasa tak jemu.

        Setelah solat kuberdoa pada-Mu,
        Mohon Kau perkenankan doaku;
        Kuterus merayu dalam doaku,
        Agar Kau terimaku menjadi kekasih-Mu.

        Di pagi yang hening ini,
        Munajatku dengan linangan air mata;
        Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
        Kupohon hidayah Kasih-Mu selagi hayatku ada.

        Al-Quran sentiasa di sampingnya,
        Dibaca berulang kali tanpa jemu,
        Setiap surah dihafal dalam mindanya,
        Menjadi peguam bela di kuburmu.

        Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
        Hidup dan mati dipasrahkan kepada-Nya;
        Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
        Apabila cinta padaNya mengatasi segala-Nya.

        Wajah berseri bak penghuni Syurga,
        Senyuman ikhlas menawan iman;
        Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
        Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.

        Ceriakan hidupmu setiap hari,
        Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
        Setiap hari saling ingat mengingati,
        Hingga ke mati dikenang jasamu.

        Duhai yang dihormati sahabatku,
        Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
        Moga ilmumu mengusik qalbu,
        Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.

        Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
        Kasih sayang-Mu tidak terbatas;
        Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
        Hanya semata kerana-Mu kasih yang Teratas.

        Karya: Putri Rimba Niagara
        18 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali BUKAKAN KHASHAF DZAT CINTA-MU PADAKU YA ALLAH

        Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
        Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
        Beruntunglah para pencintaNya,
        MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.

        MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
        Degupan jantung seiring zikir padaNya;
        Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
        Hidup dan mati hanyalah untukNya.

        Hidup dan mati hanyalah untukNya,
        Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
        Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
        Bertahta di hati hanya cintaNya.

        Bertahta di hati hanya cintaNya,
        MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
        Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
        Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.

        Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
        Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
        Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
        Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.

        Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
        Apalah erti hidup ini,
        Jika Kau menolak cinta sedihnya,
        Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.

        Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
        Aku hambamu yang banyak kelalaian;
        Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
        Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.

        Pengampunanmu sentiasa kuharapkan,
        Kan kuperbaiki segala yang kurang;
        Kulakukan demimu Ya Tuhan,
        Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.

        Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
        Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu;
        Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
        Tiada apa yang lebih bermakna jika kumiliki Khashaf Cinta DzatMu.

        Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu,
        Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
        Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
        Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.

        Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
        Mulianya kalimah SyurgaMu:
        LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
        Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya: Putri Rimba Niagara
        22 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

        Kau dilahirkan
        untuk memberi
        Rahmat Sekalian Alam

        Berpekerti mulia
        menempuh segala cabaran
        dan dugaan semata-mata
        untuk menyebar
        Agama Suci Allah

        Berkorban apa saja
        demi umat sezamannya
        dan akhir zaman

        Sambil berdiri, duduk dan
        berbaring sentiasa
        mengingati umatnya
        mencintai umatnya
        sepenuh hati
        sepenuh jiwa
        Masya-Allah!

        Sentiasa berdoa pada Tuhan
        agar umatnya mati dalam
        ucapan kalimah
        LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah

        Risaunya Nabi terhadap umatnya
        hingga nafas terakhir
        menyebut-nyebut umatnya
        ‘Umatku! Umatku! Umatku!

        Duhai Kekasih Allah
        Nabi Muhammad S.A.W
        Biarpun telah tiada jasadmu
        Budimu…
        Pengorbananmu…
        Cintamu kepada umatmu
        akan dikenang…
        dihargai dan
        disanjung tinggi hingga
        ke akhir hayat kami

        Kami tahu kau mencintai kami
        ketika berdiri… duduk dan berbaring
        hingga ke akhir hayatmu

        Amatlah rugi dunia akhirat!
        malang dunia akhirat!
        Jika kami tidak membalas cintamu
        Wahai Nabi Allah
        Kekasih Allah

        Sebagai balasan cintamu
        pada kami umatmu
        kami akan menjadi
        pewaris setiamu
        menyebarkan dakwahmu
        Al-Quran dan Hadis
        yang kau tinggalkan
        untuk kami umatmu

        Selawat untukmu
        wahai kekasih Allah
        terimalah kami
        menjadi kekasihmu
        sebagaimana kau
        menjadi Kekasih Allah

        Moga dengan cinta kami ini
        dapatlah kami keberkatan
        cintamu di dunia …
        Di Padang Masyar
        mendapat Syafaatmu
        Amin Ya Rabbal A’lamin.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        22 Mei 2012

        MOHON SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W

        Duhai kekasih Allah yang dicintai…
        Balaslah cinta kami ini
        Satukan hati-hati kami untuk saling
        Ingat- mengingati
        Tentang pejuanganmu sentiasa diingati
        Kesyahduan cintamu pada kami umatmu kami tangisi
        Betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
        Harusnya kami balasi
        Kami menanti penuh pengharapan
        Ya Nabi Allah
        Ya Kekasih Allah
        Yang kami cintai seutuhnya cintamu pada kami
        Pilihlah kami mendapat Syafaatmu di Mahsyar nanti.
        Amin Ya Rabbal A’Lamin.

        Karya Putri Rimba Niagara
        22 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali GUGUR MUJAHID SENYUMAN SYURGA

        Jangan dituduh pengganas mujahidku,
        Kerananya Agama Islam sentosa;
        Perjuanganya tak pernah jemu,
        Di mana berada dipertaruhkan nyawa.

        Dalam Islam tiada istilah pengganas,
        Begitu mudah manusia menuduhnya;
        Allah tidak suka mereka yang mengganas,
        Dikirimkan ngauman bumi sebagai protesNya.

        Di langit kerajaan Islam penuh duka,
        Meratap menghiba tiada siapa yang tahu;
        Allah janjikan syahid penawar duka,
        Kenikmatan Syurga mereka tak tahu.

        Umat Islam diperlakukan seperti haiwan,
        Dibedil bertalu tanpa keperimanusiaan;
        Mujahid Islam bangkit melawan,
        Demi kerana Allah dalam kecintaan.

        Negara Islam dibedil terus-terusan,
        Dendam kesumat tak pernah padam;
        Ada yang ditawan menjadi tebusan,
        Diseksa dalam neraka dunia penuh kejam.

        Kesumat mereka tak pernah padam,
        Negara Islam akan dibedil dan ditakluki;
        Itu azam mereka yang suka berdendam;
        Agar Islam terkubur di Negara sendiri.

        Pejuang Islam tak pernah gentar,
        Rela bermandikan darah dihujani peluru;
        Perjuanganmu buat hati bergetar,
        Wajahmu tenang berjumpa Tuhanmu.

        Sungguh murni seorang mujahid,
        Perjuangannya takkan terhenti tanpa jemu;
        Mujahid balasanya syahid,
        Kukalungkan doa kesejahteraan buatmu.

        Di wajahmu ada Syurga,
        Perjuanganmu tanpa jemu;
        Kepentingan Islam sentiasa dijaga,
        Putus asa tak pernah bertamu.

        Kau berjuang hingga akhir hayat,
        Semangatmu sentiasa membara;
        Perjuanganmu tak pernah tamat,
        Generasi pelapismu terus mara.

        Masa hidup penuh perjuangan,
        Perjuangannya jelas dan tepat;
        Membela Islam ditimpa kekejaman,
        Memberontak mujahid adalah bertempat.

        Tiada hari tanpa perjuangan,
        Biarpun diburu di setiap penjuru;
        Namun berundur tidak sekalipun,
        Rela bemandikan darah dihujani peluru.

        Gugurmu mujahid aku tangisi,
        Kutangis dalam kesyukuran mengingatimu;
        Kenikmatan Syurga kini kau rasai,
        Di sini mujahid menggantikan tempatmu.

        Ramai berlumba mengikut jejakmu,
        Tanda cintakan Allah sayangkan hamba-Nya;
        Mereka bemandikan darah dihujani peluru,
        Gugurnya mereka menyusuli dirimu.

        Kehidupan mengasyikkan memukau pandangan,
        Wangian Syurga menusuk qalbu;
        Syurga kau terima sebagai balasan,
        Menikmati SyurgaNya tak pernah jemu.

        Gugur mujahid senyuman Syurga,
        Kehidupan di Syurga mujahid gembira;
        Nikmat Allah dalam kesyukurannya,
        Menunggu Hari Pembalasan telah dibalas-Nya.

        Karya: Putri Rimba Niagara
        27 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali MUJAHIDKU BERNAMA RIDHWAN

        Ridhwan lambang Syurga para mujahid,
        Denyut nadi zikir padaNya;
        Rela gugur di medan syahid,
        Titisan darahmu bukti Maha AgungNya Cinta.

        Tertusuk kalbu menghayati Syair Mujahid,
        Tangisan sendu mendayu sesyahdu perjuangan;
        Terbujur kaku ketenangan wajah mujahid,
        Pemergiaanmu dinanti bidadari penuh kerinduan.

        Kukarangkan Puisi Mujahid sebagai semangat bagimu,
        Khalifah Islam igauan wanita mujahid.

        PUISI MUJAHID

        Duhai saudaraku...
        Perjuanganmu penuh berliku...
        Namun berundur di medan juang tidak sekali
        Kau tidak hiraukan tubuhmu
        dibakar terik mentari
        Kedinginan salji
        Lapar dahaga tidak mengapa
        Sakit derita tetap berjuang
        Tetap solat berjumpa Kekasihmu
        Air mata bukan untuk
        Dipuja
        Dicaci tak mengapa
        Biarpun tubuhmu diseksa...dihina...
        Dihujani peluru...biarkan!

        Duhai saudaraku...
        Teruskan perjuanganmu
        Ku di sini mendoakan
        Agar kau terus dilindungi Kekasihmu
        Tak kira di mana kau berada
        Kehadiranmu kusyukuri dalam sujud
        Pemergianmu kusyukuri dalam doa

        Duhai Saudaraku...
        Kukalungkan bunga cinta suci lambang
        cinta abadi ku padamu

        Duhai Saudaraku...
        Sekalung bunga cinta Syurga
        Akan dikalungkan Bidadari Syurga
        Mewangi semerbak
        Sewangi perjuangan sucimu

        Duhai Saudaraku...
        Tika di dunia kaulah Khalifah Islam menjadi igauan wanita mujahid
        Tika di akhirat kaulah kekasih yang dinantikan Bidadari Syurga

        Duhai Saudaraku...
        Berbahagialah kerana memilih jalan syahid
        Bahagia di dunia bahagia di akhirat!

        Karya Putri Rimba Niagara
        27 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali KAMI WIRA DUNIA!

        Duhai penghuni dunia…
        Dengarlah rintihan kami ini!
        Sekarang kami tidak punyai apa-apa.
        Kami dizalimi!
        Kami diusir di negara kami sendiri…
        Kami dalam buangan kini.

        Apa salah kami?
        Apa dosa kami?
        Kami tiada senjata untuk melawan!
        Kami tiada kudrat untuk menepis!

        Apalah ada pada tenaga warga tua ini?
        Apalah ada pada wanita yang lemah ini?
        Apalah ada pada kanak-kanak
        yang tak tahu apa-apa ini?
        Kamu memanglah manusia kejam!
        Kamu adalah syaitan yang
        mempertopengkan manusia!

        Setiap hari…
        Setiap minit dan setiap saat…
        Kami hidup dalam serba
        kepayahan… penderitaan…
        penderaan mental dan fizikal!

        Suara-suara teriakkan kami
        untuk dikasihani…
        Tiada sebesar zahrah pun
        boleh meruntun hati si zalim itu!
        Kejinya mereka!
        Bermaharajalela melakukan kezaliman
        ke atas kami yang lemah ini!

        Mereka rakus dengan darah
        kami yang lemah ini…
        Tidak puas dengan segala kezaliman
        yang dilakukan mereka mahu
        menghapuskan semua generasi
        kami di bumi Palestin ini!

        Segala perhubungan darat,
        udara dan lautan diputuskan
        daripada dunia luar!
        Kejamnya kamu Israel!
        Kamu adalah manusia
        yang tiada berperikemunusiaan!
        Namun kami percaya ada
        penghuni di luar sana mendengar
        rintihan kami di sini.
        Mereka pasti akan membantu
        kami tidak kira daripada
        pelosok bumi mana!

        Biarpun kamu menzalimi
        mereka dan menyekat
        dengan segala tipu muslihat kamu…
        Mereka akan tetap datang
        membantu kami walaupun
        terpaksa menggadaikan
        nyawa mereka untuk kami!

        Terima kasih!
        Terima kasih kepada perwira-perwira
        kami kerana sudi memberi bantuan
        dan menyelamatkan kami yang
        dalam kegetiran ini!

        Biarpun hajat murni kalian
        disekat oleh si durjana itu tapi
        kami di sini amat menghargainya
        dan amat terharu!
        Kami doakan kalian selamat
        dan dilindungi Allah.

        Setidak-tidaknya di celah-celah
        tembuk kematian ini…
        Ada sedikit ruang cahaya
        yang menembusi tembuk
        kematian ini!

        Biarpun kami tahu usia
        kami tidak panjang untuk
        menunggu bilakah kami
        akan dibantu dan diselamatkan
        oleh perwira-perwira kami,
        setidak-tidaknya generasi kami
        yang masih berbaki ini masih
        ada sinar bahagia menanti mereka.
        Tapi ingatlah rejim Zionis!
        Siapa pun kamu!
        Apapun yang telah kamu lakukan
        kepada rakyat kami! Negara kami!
        Sampai mati pun kami tidak akan
        maafkan kamu!

        Kamu sebenarnya manusia
        pengecut! Penakut!
        Melakukan kekejaman kepada
        kami yang lemah dan tidak bersenjata ini!
        Kamu manusia yang paling keji!
        Tuhan kami akan membalas-Nya!

        Kamu boleh tergelak kerana
        telah berjaya meneguk darah
        kami tanpa ada belas kasihan…
        Penuh dengan keganasan!
        Dan kekejaman!
        Tapi kamu silap sebenarnya…
        Darah kami yang kamu teguk
        bagaikan arak itu akan menjadi
        racun buatmu! Akan tiada
        penawarnya untuk mengubati kamu!
        itu sumpah kami! Percayalah!

        Di luar sana nanti akan datang
        berduyun-duyun perwira-perwira
        kami akan datang menyelamatkan
        kami dan negara kami!

        Generasi kami yang ingin kamu
        musnahkan di muka bumi Palestin
        ini akan bangun menuntut bela
        di atas kematian kami!

        Di masa itu barulah kamu tahu siapa
        kami sebenarnya! Kami bukan lemah
        sepertimana kamu sangkakan!
        Kerana kamilah perwira dunia!

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        27 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali GUGURNYA PARA SYUHADA DI BUMI PALESTIN

        Duhai… Rakyat Palestin tersayang
        sabarlah dengan dugaan Allah ini
        kami di sini dapat merasakan
        penderitaan kalian di sana,
        kalian tentu dalam keadaan sangat getir
        menghadapi dugaan yang amat berat ini!

        Kelaparan…! Kesakitan…!
        Kezaliman rejim zionis ke atas
        kalian dan kematian keluarga
        tersayang ada di mana-mana…!
        Ya Allah…
        Selamatkan rakyat Palestin…
        Selamatkan bumi Palestin
        daripada kekejaman Israel.

        Kami percaya… Kalian dapat
        menghadapi dugaan ini
        dengan tenang kerana pasti
        kalian gugur sebagai para syuhada!
        Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
        Subhanallah!

        Karya Putri Rimba Niagara
        27 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali KEBANGKITAN RAKYAT MESIR

        Siapa dia Hosni Mubarak?
        Katanya dia rela mati
        di tanah airnya ?

        Apa maksud katanya itu?
        Adakah dia seorang pejuang?
        Pejuang bangsa dan negara?
        Adakah dia dia rela mati
        kerana ingin mempertahankan
        negaranya dari dijajah oleh
        negara lain?

        Hakikatnya dia
        ditentang hebat oleh
        rakyatnya sendiri yang mahu
        dia berundur dari tampuk
        pemerintahan kuku besinya
        menindas rakyat Mesir.

        Tahun demi tahun rakyat
        Inginkan dibela kehidupan
        oleh pemimpin mereka
        hidup rakyat dibelenggu
        dengan kemiskinan
        mencengkam.

        Mana perginya hasil negara
        yang diperolehi?
        Mana perginya pemikiran
        jemaah menteri di bawah
        pemerintah Hosni Mubarak?
        Adakah mereka salahgunakan kuasa?
        Dan lalai dengan kemewahan harta
        dan kemegahan kuasa yang ada?
        Hinggakan mereka lupa dengan
        tanggungjawabnya kepada rakyat
        Mesir yang inginkan pembelaan?

        Sekarang semuanya sudah terlambat
        untuk dirombak segala tanggungjawab
        merekalah yang patut dipertanggungjawab
        apa yang berlaku di negara mereka sendiri

        Seluruh rakyat Mesir memberontak
        mahu dilepaskan dari cengkaman
        pemerihtah kuku besi pemimpin
        mereka Hosni Mubarak.

        ‘Undur Hosni Mubarak!
        Undur Husni Mubarak!
        Kamu pemimpin
        kuku besi!
        Kami tak
        perlukan kamu
        Lagi!
        Undur! Undur! Undur!

        Sudah tiga puluh tahun
        kami ditindas dan tertindas!
        Cukuplah setakat ini
        apa pun terjadi
        kami akan berjuang
        habis-habisan
        walaupun nyawa
        kami jadi
        taruhan!

        Jutaan rakyat Mesir
        bangkit kemarahan
        yang memuncak
        tidak terbendung
        lagi dalam sanubari
        setiap rakyat Mesir.

        Rusuhan besar
        berlaku di antara
        pemerintah dengan
        rakyat Mesir.

        Negara dalam kucar-kacir
        sistem kerajaan lumpuh
        harga makanan melambung naik
        orang negara asing dalam
        ketakutan melihat negara perantauan
        mereka tidak tenteram lagi.

        Mereka ingin pulang ke negara asal
        inilah akibat kalau negara
        tidak aman.

        Biarpan orang asing dalam
        ketakutan rakyat Mesir membara-bara
        beraninya untuk menentang
        Hosni Mubarak
        tiada sedikitpun rasa takut.

        Kerajaan Hosni Mubarak
        mesti ditumbangkan
        kalau tidak Mesir
        akan hancur.

        Biar rakyat yang
        hancurkan Hosni Mubarak
        jangan Mesir hancur
        di tangan penjeyah perang
        yang ada di luar sana...
        Mereka di luar sana
        yang anti Mesir sedang
        bergelak ketawa
        menunggu masa
        kehancuran Mesir.

        Nanti bila Mesir sudah
        musnah dengan mudah
        mereka akan menakluk
        Mesir.

        Kebangkitan rakyat Mesir
        patut menjadi teladan kepada
        negara-negara lain untuk
        menginsafi bahawa
        kehendak rakyat untuk
        diibela nasib mereka
        hendaklah diutamakan
        oleh pemimpin
        kalau tidak inilah
        jadinya!

        Hosni Mubarak
        berundurlah demi
        rakyat dan negaramu.
        Buangkan keegoaanmu
        yang telah sebati dalam
        dirimu .

        Cukuplah setakat ini
        kau memerintah !
        Rakyat Mesir tidak
        memerlukanmu lagi
        undurlah!
        Akurlah!
        Kehendak rakyat!
        Demi keamanan
        negaramu sendiri
        itulah pejuang
        sejati!

        Karya: Putri Rimba Niagara
        27 Mei 2012
      • Rabeah Mohd Ali BOSNIA TAKKAN KUBIARKAN KAU DERITA!

        Embun menitis lesu tika
        mentari terjaga dari lenanya.
        Tatkala sang camar
        menumpahkan dakwat merah
        di meja perdamaian.
        Lalu meneguk air di laut darah
        membasahkan halkumnya,
        memamah nanah dan duri
        demi kepuasan.

        Meleparkan pandangan
        ke ruang angkasa
        yang tak pernah damai…
        Dentuman adalah iramanya!
        Terburai nyawa sana sini
        adalah mata hatinya!
        Tangisan anak kecil bukan ihsannya.

        Demi agama dan bangsanya
        adalah wawasan.
        Mangsa derita adalah mereka rakyat Bosnia.
        Semoga Tuhan memberi kecekalan.

        Kami negara yang kerdil ini
        tertumpah kasih kasih padamu.

        Takkan kubiarkan!
        Kan kucangkan!
        Kan kulaungkan!
        Pada camar durjana!
        Kami kirimkan merpati-merpati putih
        dengan berita , ‘Bebaskan Bosnia!’
        Pada seluruh benua Islam dan bergemalah,
        ‘Takkan kubiar kau derita!’

        Karya: Putri Rimba Niagara
        7. 5.1995
        Yesterday at 5:53pm ·  ·  1
      • Iro Belunguh Alhamdulillah, dalam waktu sekejap saudaraku membuat karya yang begitu indah
        Yesterday at 9:28pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Semua-Nya dengan izin-Nya..insya-Allah disambung karya perperingkat-peringkat... terimaka kasih kepada sahabat di benua Indonesia kerana sudi menghargai sebagai perjuangan suci semua yang mahu mencari jalan-jalan pulang sebelum dijemput pulang. Mana tahu kita semua yang terlibat mendapat Nur Hidayah Kasih-Nya. Aamin.
      • Iro Belunguh Amin ya robal Alamin, semoga karena alqur'an adalah Nur yg menerangi hati manusia
        Yesterday at 9:38pm ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
        Yesterday at 9:46pm · 

        (PETIKAN DARIPADA WALL IRO BELUNGUH)
        28 Mei 2012) 

0 comments:

Post a Comment

 
;