Thursday, 21 June 2012

CEMPAKA PUTIH KARYA LAKSAMANA MAS & PUTRI RIMBA NIAGARA


      • ‎" Cempaka Putih "

        Dikau adalah lambang dari sakralnya pemujaan
        Putih bersihnya hati pada Sang Pencipta
        Bening dan wening rahsa tersujud
        Menyampaikan permohonan

        Cempaka Putih agar menjadi Kembang Kantil Putih
        Ikutlah dengan ku pemilik hasrat putih
        Hasrat yang selalu bermunajat pada yang Esa
        Agar kedamaian dan kebahagiaan turut serta
        Menjaga tentramnya jiwa

        Cempaka Putih
        Harum mu mampu menembus ruang dan waktu
        Pada hasrat insan yang tlah menyatu
        Izinkan hasrat ku untuk berpadu
         — with RadenMas TholeArie Djoyodiningrat and 19 others.
         ·  ·  · 15 hours ago · 
        • Injih,,,nuwun...
          15 hours ago · 
        • Laksamana Mas Mbak Nana Monica , Injih...sami2..nuwun'
          15 hours ago · 
        • BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA

          Kekasihku...

          Kekasihku Allah SWT Tuhanku
          Kekasihku Nabi Muhammad SAW
          Kekasihku amal penemanku di kuburan
          Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
          Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya

          Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
          Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
          Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya

          Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
          Beramal ikhlas semata kerana-Nya
          Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya

          Kekasih segala kekasih
          DIA lah Tuhanku
          Yang setia
          Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas

          Janji-Nya pasti benar
          Sesungguh-Nya
          DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
          Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
          Biarpun sedetik
          Terlalu hampir
          Kemana kita berada DIA berada
          Tak pernah tidur dan lalai
          Bersama kita
          Sejak Azali Lagi
          Hingga nafas terhenti
          Syurga adalah balasan
          Yang terindah buat para kekasih-Nya
          Yang Dicintai
          Selagi berdetak jantung
          Yang tiada penghujung-Nya
          Biarpun sudah bergelar roh

          Begitulah
          Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
          Maka berlumba-lumbalah kita untuk
          Menjadi kekasih-Nya
          Kerana
          DIA Maha
          Penyayang
          Memahami
          Setia
          Memakbulkan doa
          Janji-Nya pasti ditepati

          Kita tak akan dikecewakan
          Selagi mana kita beramal
          Ikhlas kerana-Nya

          Andainya semua hamba-Nya
          Masuk ke Syurga
          Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
          Menghuni Syurga
          Kerana Syurga itu
          Luas seluas -luas-NYa

          Begitulah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Nya Kekasih
          Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
          Yang hidup di muka bumi
          Dari wujudnya Nabi Adam as
          Hinggalah bumi ini qiamat

          SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
          KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
          KEKASIH-NYA

          Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
          Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          21 Jun 2012
          14 hours ago ·  · 1
        • CINTA ITU INDAH

          Salam sejahtera buat rakan yang kukasihi...
          Walaupun ku tak mengenali mu
          Sudilah terima puisiku sebagai tanda kasih sayang dariku
          Moga di sini kita semua dapat berpuisi nan indah-indah
          Kerana Cinta Itu Indah ...
          Seindah terbitnya pelangi di malam hari
          Bahasa-bahasa cinta pun indah-indah
          Jika bahasa cinta itu di luar batas ...
          Akan membuatkan kita rasa cinta itu menghinakan
          Kerna cinta itu indah
          Gunakan bahasa yang indah-indah

          Cinta itu suci
          Sucikan dengan ikatan murni
          Barulah cinta itu menjadi CINTA SYURGA

          Cinta Oh Cinta...
          Ku hargai dan sanjungimu
          Kerna kau membuat hati-hati berpelangi cinta
          Pabila dalam hati ada taman pelangi cinta
          Senyuman pun terukir
          Pelangi cinta suci
          Sesuci CINTA SYURGA
          Pasti bahagia membahagiakan
          Cinta yang terpatri di dunia
          Bawa ke Syurga-Nya...

          Makanya burulah cinta
          Yang boleh membawa ke Syurga-Nya...

          Cinta...oh! Cinta...
          Aku memburumu tak kira di mana kau berada...

          Cinta kepada:

          Tuhanku Yang Mencipta Alam ini
          Semua penghuni bumi dan langit

          Bahagia rasa hati pabila hidup
          Mencintai semua yang ada
          Kerana-NYa

          Sebab itulah CINTA ITU INDAH!

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          21 Jun 2012
          14 hours ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali MAYBE

          maybe...
          dia yang kau cinta
          maybe...
          dia yang kau puja dalam senyap

          maybe dia jua mencintaimu
          tapi malu untuk meluahkan isi hatinya

          maybe bila dia yakin
          kau setulus hati mencintainya
          pasti cintamu akan dibalasnya

          makanya tiada maybe lagi
          karena cinta berbalas cinta
          itu yang kau nantikan
          betulkan? hehehehe

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          21 Jun 2012
          14 hours ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali SELAMAT PAGI BUNGA-BUNGA CINTA SYURGA

          Selamat pagi bunga-bunga cinta Syurga

          Hadirlah rindu dari Syurga
          Hadirlah kasih dan cinta dari Syurga
          Hadirlah bahasa-bahasa Syurga

          Mengundang rindu
          Mengundang kasih sayang Ilahi
          Ke kalbu hati
          Yang tandus dengan rindu dan kasih-Nya
          Yang tiada penghujung pada semua hamba-Nya
          Cuma kekebalan dinding hati yang tak mengerti
          Akan KeAgungan Cinta-Nya
          Bila mati baru mengerti
          Sudah terlambat semuanya duhai hati yang membeku
          Sebelum terlambat duhai hati yang membeku
          Ada masa lagi untukmu mencair
          Cairkanlah dengan sinar keimanan
          Biar telus dan terus meresap ke kalbu hati
          Agar dia mengerti
          Bawa cinta dan redha Allah itu
          Yang mahu didambakan dalam hidup ini
          Agar bila bertemu-Nya
          Redha lagi DiRredhai
          Duhai jiwa yang tenang....
          Cintamu dibalas-Nya tanpa penghujung tanpa nokhtah
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          21 Jun 2012
          14 hours ago ·  · 1
        • Kabor Kanginan ‎;;Cempaka putih beraroma magis,...;;; ^_^
          14 hours ago ·  · 2
        • Laksamana Mas Mas Kabor Kanginan , Injih...diperhalus mampu menembus ruang dan waktu...hehe
          14 hours ago ·  · 1
        • Putri Swaanithi Rahajeng wengi kang mas laks matur nuhun kembang cempakanya .
          14 hours ago ·  · 1
        • Laksamana Mas Kanda Rabeah Mohd Ali , Injih...MAYBE nya sy suka....hahahahaha ...nuwun
          14 hours ago ·  · 1
        • Lintang Trimurti tp yg difoto itu sepertix bunga kantil bukan cempaka. yg asli cempaka., apalagi cempaka putih sangat langka pak. sangat jarang brbunga., n dlm 1pohon sangat sdkit skali bungax.
          14 hours ago ·  · 2
        • Laksamana Mas Bude Putri Swaanithi , Injih...sami2...nuwun
          14 hours ago · 
        • Laksamana Mas Lintang Trimurti , Injih..panjenengan benar,..mhn mf kan jika kurang berkenan di hati panjenengan...nuwun
          14 hours ago · 
        • Rabeah Mohd Ali BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA

          Cinta dan rindu
          Bagaikan irama dan lagu
          Kerana cintalah datangnya sayang
          Sayang pada Tuhan
          Sayang pada diri sendiri
          Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
          Itulah rindu kasih dan cinta
          Yang perlu ada pada kita semua
          Barulah kedamaian ada di kalbu
          Dan kita saling mengerti
          Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
          Saling menghargai
          Saling berkasih sayang kerana-NYa
          Insya-Allah Syurga milik semua
          Yang berkasih sayang kerana-Nya
          Bertemu dan berpisah kerana-Nya
          Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
          Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          20 Jun 2012
          14 hours ago ·  · 1
        • Laksamana Mas Kanda Rabeah Mohd Ali , Injih...Amin...
          14 hours ago ·  · 1
        • Putri Swaanithi Ingih kang mas baunya harum bagaikan semerbak mewangi.
          13 hours ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali KAWAN SEJATI...

          Kawan sejati...
          Dia takkan pernah biarkan kawannya
          Diinjak-injak sesuka hati

          Kawan sejati...
          Dia sentiasa
          Mengerti ...dia terlalu berharga pada kawannya
          Dan sentiasa berkomunikasi...membantu selagi daya..
          Dan nyawa menjadi taruhan kasih sayang demi-Nya

          Kawan sejati sentiasa berbahasa
          Nan indah-indah
          Bahasa Syurga
          Bahasa akhirat
          Mengajak ke Syurga
          Tanpa mahu melukai hati kawan sejati
          Yang ada kasih dan sayang demi-Nya

          Dan jika itu ada padamu duhai kawan-kawanku
          Aku sudi menjadi kawan sejatimu
          Sampai kapanpun!
          Jika tiada maafkan aku
          Bukan aku tak sudi
          Karna aku tak tega disepikan
          Aku wujud seperti tak wujud

          Yang kumahu bukanmu
          Yang kumahu hatimu
          Sesuci embunan pagi
          Yang tetesannya
          Mewangikan imankan
          Agar sempurna
          Sebelum pulang
          Ke Pangkuan Ilahi

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          21 Jun 2012
          Unlike
          13 hours ago ·  · 2
        • Rabeah Mohd Ali YA ALLAH BAHAGIAKAN ROH DAN JASAD KAMI

          Ya Allah aku perlukan cahaya hidayah dari-Mu
          Agar hatiku hanya tertumpu pada dzat cinta-Mu
          Apa saja urusan hidupku hanya cinta -Mu yang kusandarkan
          Hanya KAU menjadi keutamaanku
          Setiap hamba-Mu yang kau hadirkan dalam hidupku
          Sucikanlah dengan hati-hati yang tenang
          Mengutamakan-Mu Meng-Agungkan-Mu
          Mendambakan cinta-Mu dan redha-Mu
          Di kala hidup dan mati
          Yang ada di hati kami
          Hanya cinta dan sayang menyayangi hanya karena-Mu
          Ikatan kami bukan karena pesona dunia
          Tapi ikatan kami ikhlas
          Sama-sama mendambakan cinta dan redha-Mu
          Di setiap perkataan dan perbuatan
          Seiring dengan keredhaan-Mu
          Suburkanlah hati kami
          Bicara-bicara Syurga
          Suara-suara akhirat
          Yang tak lelah
          Mengajak kami
          Ke jalan Syurga-Mu
          Meraih cinta dan redha-Mu
          Andai kata kami punya harta
          Bukakan hati kami
          Sentiasa mahu menginfakkan ke jalan-Mu
          Karena kami sentiasa faham harta yang
          Kami miliki adalah datang daripada-Mu
          Maka-Nya harta itu mahu dipulangkan kepada-Mu jua
          Itulah lambang cinta kami pada-Mu Ya Allah
          Kikiskanlah Ya Allah
          Kikiskan sifat bakhil kami
          Pada harta yang tak membawa arti bagi-Mu
          Jika harta itu kami bakhilkan
          Yang kami mahu harta kami
          Diinfakkan ke jalan-Mu

          Antara harta dan cinta-Mu
          Kami pilih cinta-Mu Ya Allah
          Harta biarpun sepenuh bumi
          Tak akan dapat menebus kami
          Untuk membeli cinta-Mu di akhirat nanti Ya Allah
          Maka-Nya Ya Allah
          Di dunia ini harta yang
          Kau dilimpahkan pada kami mahu
          Diinfakkan ke jalan-jalan-Mu Ya Allah
          Karna kami mahu mati
          Dalam ketenangan dan kedamaian
          Sebagaimana tenangnya air di kali Syurga
          Begitulah tenangnya kami
          Tika bertemu dengan-Mu Ya Allah

          Berkat berkasih sayang kami
          Atas simpulan tali kasih Syurga tersimpul mati
          Di dunia ini yang semuanya mahu
          Ke jalan-jalan-Mu
          Temukan kami di Syurga-Mu
          Agar bahasa-bahasa Syurga
          Yang selalu kami amalkan di dunia
          Dibawa ke Syurga-Mu
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
          Bahagia roh dan jasad kami
          Bahagia abadi dunia jua akhirat
          Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          WUJUDNYA KAMI DARIPADA TIADA KEPADA ADA
          ALAM ROH KEPADA ALAM JASAD
          DALAM KANDUNGAN IBU LAHIR KE DUNIA

          DARIPADA ADA KEPADA TIADA
          HIDUP DAN KEMUDIAN MATI

          DARIPADA TIADA KEPADA ADA
          MATI KEMUDIANNYA HIDUP DI ALAM BARZAH

          ALAM GHAIB YANG WAJIB KAMI IMANI
          MAKA ITU IMAN YANG AKAN DIBAWA
          DAN DITANYA TIKA BERADA DI ALAM BARZAH

          Karya Putri Rimba Niagara
          21 Jun 2012
          13 hours ago ·  · 2
        • Kabor Kanginan ‎^_^
          13 hours ago ·  · 1
        • RadenMas TholeArie Djoyodiningrat Kata kunci lagi ya kangmass? Hehehe....
          13 hours ago ·  · 1
        • Laksamana Mas Dimas RadenMas TholeArie Djoyodiningrat , Injih....hehe sip, nuwun
          13 hours ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali CINTA ADALAH SAKRAL

          Cinta dan Kasih sayang itu suci dan sakral, suci berati tidak ada dusta dan bohong, sakral berarti abadi. (Dani Safari)

          Putri Rimba Niagara:

          Cinta tidak boleh dipaksa-paksa
          Datang dengan setulus hati
          Jika hanya berpura-pura
          Makanya hanya sekadar janji dalam teka teki tak berkesudahan...

          DIA TIDAK PERNAH MEMUNGKIRI JANJI

          Masa lalu yang sangat kelam...
          bukan alasan untuk bersinar dikemudian hari...

          By: Mata Hari
          16 Juni 2012

          SEINDAH PELANGI CINTA

          Biarpun masa lalu yang sangat kelam
          Pasti ada hikmahnya untuk masa kemudian
          Pabila masa kelam ditenggelami ombak rindu
          Makanya yang muncul pelangi cinta
          Pastinya hidupmu indah
          Seindah pelangi cinta
          Itulah hikmahnya masa lalu yang kelam
          Makanya bersyukurlah kamu sebanyak banyak-Nya
          Karna janjinya pasti benar
          DIA tidak penah memungkiri janji
          Betapa indahnya saling mencintai karena-Nya

          Pasakkan imanmu pada:

          MENCARI REDHO ILAHI
          MENCARI REDHO MANUSIA
          MENCARI REDHO ALAM

          Pasti jiwamu tenang
          Setenang air di kali Syorga

          Moga hidup mati kita
          Sentiasa dalam redho-Nya Ilahi
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          16 Jun 2012

          KARYA MATA HARI & PUTRI RIMBA NIAGARA
          16 Jun 2012

          (PETIKAN DARIPADA GROUP PUISI LOVERS)
          16 Jun 2012
          12 hours ago · 
        • Arya Wishnu Satria INSYA ALLAH .....
          11 hours ago ·  · 1
        • Laksamana Mas Mas Arya Wishnu Satria , Injih...amin nuwun
          11 hours ago · 
      (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS)
      22 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;