Thursday, 21 June 2012

KANVAS CIPTAAN-MU AMAT MENAKJUBKAN


  • Putri Rimba Niagara shared Sweet Love's photo.
    Full moon Sierra Nevada Sequoia National Park California USA...
    Wow....
    Share If You think its Amazing...!
     ·  ·  · 13 hours ago · 
    • You, Ahmad Tajuddin and Laksamana Mas like this.
      • SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
        13 hours ago · 
      • KANVAS CIPTAAN-MU AMAT MENAKJUBKAN!

        Kanvas Ciptaan-Mu amat menakjubkan
        Aku teruja memuji-Mu
        Betapa Maha Bijaksana-Mu
        Tanpa ada sesiapa yang dapat menandingi-Mu
        ALLAHU AKHBAR
        Kau Yang Maha Berkuasa
        Maha Bijaksana
        Maha Mengatur
        Apa yang ada di langit dan di bumi
        Dan aku berserah hanya pada-Mu
        Mengaturkan hidup matiku
        Aamiin Ya Rabal A'Lamin

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        21 Jun 2012
        13 hours ago · 
      • DI SETIAP BULAN MENGAMBANG AKU MENANTIMU

        Duhai teman yang suka berkawan
        Dengan rembulan...
        Rembulan tak pernah lupa akan dirimu
        Di mana ada kamu rembulan
        Akan mengekorimu
        Di setiap langkahmu
        Biarpun di siang hari
        Rembulan tetap ada di sisimu
        Menemanimu di kala sepimu
        Di kala dukamu
        Agar kau tak terluka dilukai
        Sentiasa sudi mendengar rintihan kalbumu
        Jika di waktu siang kau tak ketemui aku
        Percayailah di setiap bulan mengambang
        Jangan lupa pandang wajahku
        Di bulan sana
        Di sana aku menantimu
        Agar dapat kita berbalas puisi bersama-sama
        Puisi tentang
        Rindu kasih teramat kasih
        Kasih padamu biarpun sudah terpisah alam
        Kerana ukiran-ukiran gurindam syair puisiku
        Telah sebati dalam jiwamu
        Pasti terubat rindumu
        Terubat rinduku
        Kau terus memuji Tuhan dalam
        Esakkan hiba penuh sendu rindu
        Rindu serindu rindunya ke aku
        Aku pun begitu jua
        Sebagai membalas rindumu ke aku
        Kau panjatkan doa pada Ilahi
        Sambil menatap bulan
        Agar pahala doamu itu
        Sampai kepada aku yang sudah
        Lama bertemu Ilahi
        Aku senyum dalam syukur
        Bilamana doamu diterima Ilahi
        Lalu sebelum menghilang bayanganku
        Kusempat lemparkan sebuah
        Senyuman untukmu yang tersayang dunia akhirat
        Kasih kita tak akan hilang sampai kapan pun!
        Biarpun aku telah pergi sebelummu
        Makanya jika kau rindu padaku
        Di setiap bulan mengambang
        Di situ ada aku menantimu
        Dengan doa restumu
        Agar aku bahagia di Sini
        Sabar menantimu
        Dalam penuh pasrah
        Setiap yang hidup
        Pasti akan mati
        Kita kan bersama
        Dan selepas itu
        Kita tak terdera rindu
        Dan berpisah lagi
        Cinta kita abadi selamanya
        Insya-Allah Aamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        8 Jun 2012
        Like · · Unfollow Post · June 8 at 3:07pm
        Werdys Kalbary and Hamizar Bazarvio Ridwan like this.
        (PETIKAN DARIPADA JARIANGAN SASTRA INDONESIA - KALBAR)
        21 Jun 2012
        10 hours ago · 
  • RECENT ACTIVITY
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
22 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;