Wednesday, 20 June 2012

DI PERMATANG WAKTU KARYA WERDYS KALBARY & PUTRI RIMBA & KEMBARA SIRUA




  • ‎~ DI PEMATANG WAKTU ~

    seharian mencabuti rumput jiwa
    menyiangi gulma-gulma
    tanpa terasa anak-anak tumbuh dewasa
    diasuh mentari kemarin

    hari ini masih tersisa
    mimpi manis dari bunga musim
    yang berseliweran di kuntum senyum
    dan matahari masih mengantarkan tawanya;
    sementara anak-anak di jalan menikam pagi dengan tanya;
    kemanakah perginya
    bayang-bayang kemarin yang jatuh di pematang senja ?

    waktu merangkak malam
    anak-anak petang berkemas,
    pulang membenahi kelam.

    -------------
    Sintang Kalbar, 20 Juni 2012
    Werdys Kalbary
     — with Hamizar Bazarvio Ridwan and 3 others.
     ·  ·  · 16 hours ago
    • Kembara Sirua likes this.
      • Kembara Sirua Keindahan dihari kemarin telah berlalu
        Dihempas masa diterjang sang waktu
        Keindahannya hanya tersisa debu
        Yang melengket disampul kelabu
        Perjalanan hidup bangsaku
        12 hours ago ·  · 1
      • Werdys Kalbary karena itu, usahlah termangu dalam kelu
        lekas bangkit dan singsingkan lengan baju,
        selamatkan apa yang masih tersisa
        di kehidupan baru....
        -------
        terima kasih sdr Kembara Sirua telah singgah...selamat malam :)
        11 hours ago via mobile ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali DI MATAMU ADA PELANGI CINTA
        SETULUS IKHLAS KERANA-NYA

        di matamu ada pelangi cinta
        setulus ikhlas kerana-Nya

        di hatimu ingin
        membersihkan kebekuan
        hati yang bercelaru
        jiwa tak menentu
        agar tak buntu

        bunga-bunga Syurga
        jangan sekali dilepaskan
        kerana akan dipersoalkan
        cuma penyelesaian
        cara berhikmah
        penuh bijaksana
        agar tiada
        yang terluka dilukai
        biarpun hatimu remuk redam
        biarkan...
        asalkan Allah tahu
        segala niat murnimu
        mahu pulang ke pangkuan Ilahi
        dalam tenang
        setenang air di kali Syurga

        moga Syurga balasan
        padamu dan pada semua
        yang kau cintai
        setulus ikhlas kerana-Nya

        percayalah Allah sentiasa
        bersama hamba-Nya
        selagi hamba-Nya
        bersangka baik terhadap-Nya

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        20 Jun 2012
        11 hours ago ·  · 1
      • Kembara Sirua Sejenak mari berhening diri
        Merenungi langkah kemarin
        Diambang batas senja
        lalu bila malam merambat pelan
        Kisahkan segala keindahan itu
        Pada anak yang lari menikam pagi
        Agar esok ketika terbit mentari
        Dia songsong dengan langkah pasti
        Kejayaan yang telah pergi
        Untuk diraih kembali
        Oleh sang penerus generasi
        11 hours ago ·  · 1
      • Werdys Kalbary ‎@dinda Rabeah:
        dalam remuk redam hati,
        ku pulangkan jua pada ilahi Rabbi
        dimana diri yang secuil ini
        senantiasa damba akan cintaNYA
        akan rinduNYA
        yang merangkum semesta...
        ---terima kasih ya dinda---
        11 hours ago via mobile ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Dalam proses ingin pulang ke pangkuan-Nya
        pasti diuji dan terus diuji
        hanya keimanan tauhid saja
        yang dapat meraih cinta-Nya
        moga cinta-Nya
        sama dapat diraih
        berkat dambaan cinta kita pada-Nya
        10 hours ago ·  · 2
      • Werdys Kalbary ‎@Kembara Sirua:
        dalam hening sujud
        dan derai air mata...
        tak pernah alpa dari pinta
        semoga selamat sejahtera
        meliputi semua anak bangsa...
        10 hours ago via mobile ·  · 1
      • Kembara Sirua Cinta...
        Tak sekedar hantaran bait bait puisi
        Tak hanya baris baris syair puji
        Bukan cuma bait bait Merintih
        Tapi bukti
        Pengakuan diri sebagai hamba Ilahi
        Dalam segala gerak kehidupan tiap insani
        10 hours ago ·  · 2
      • Rabeah Mohd Ali Setiap bait-bait puisi yang indah
        Hasil dari setiap kalbu suci
        Semuanya datang dari-Nya
        Makanya jangan menjadi
        Kegalauan di hatimu
        Allah pasti tahu
        Niat sucimu
        Dia sentiasa bersamamu
        Memakbulkan segala niat sucimu
        Itulah bukti cinta-Nya
        Karena DIA tak pernah memungkiri janji
        Janji-Nya pasti
        Asalkan kau ikhlas dalam setiap ibadahmu
        10 hours ago ·  · 2
      • Kembara Sirua Ikhlas.....
        kata yang begitu mudah terucap
        tapi kadang susah menjadi tabiat
        Atau kadang diawal ikhlas
        Namun diakhir ada kata tak rela
        Segalanya ....
        Biarkan Allah yang jadi penentu
        Kemana hati ini hendak dituntun
        10 hours ago ·  · 2
      • Rabeah Mohd Ali Jika kita yakin
        Hidup dan mati kita
        Adalah urusan-Nya
        Apa nak dikesahkan
        Remeh temeh masalah dunia
        Tapi bila sudah melangkah ke alam
        Barzah semuanya sudah terlambat
        Untuk diperbetulkan mana yang silap
        Selagi hayat dikandung badan
        Usahalah memperbaiki diri
        Muhasabah diri
        Ke mana kita sesudah mati
        Kerana kita yang menentukan
        Tiket ke Syurga atau ke neraka
        Moga kita sentiasa mahu menempah tiket ke Syurga-Nya
        Aamiin Ya Rabal A'Lamin
        10 hours ago ·  · 1
      • Werdys Kalbary ‎@dinda Rabeah:
        pesan tiket satu ya...hehehe
        10 hours ago via mobile ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Siapa nak tiket Ke Syurga kena usaha sendiri... karena di Mahsyar nanti berjawab sendiri lepas segala hitungan...barulah tahu ke mana selepas itu...moga kita semua terpilih mendapat tiket ke Syurga-NYa. Aamiin.
        10 hours ago ·  · 1
      • Werdys Kalbary Aamiin ya Rabbul alamin...
        10 hours ago via mobile ·  · 1

        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP JARINGAN SASTRA INDONESIA - KALBAR)
        21 Jun 2012
  • O

0 comments:

Post a Comment

 
;