Friday, 22 June 2012

SUDILAH MENTARBIYAHKAN AKU DENGAN PUISI SUFIMU



    • Putri Rimba Niagara shared Lezaihasra Lm's photo.
      AKU DALAM ARCA KRISTAL KOSONG

      Bila aku tersentak kaku
      terpegun dengan sebuah ke...
       ·  ·  · Yesterday at 3:12pm · 


        • AKU DALAM ARCA KRISTAL KOSONG

          Bila aku tersentak kaku
          terpegun dengan sebuah kecantikkan abadi
          baru aku mengerti
          siapa aku
          dalam arca kristal ini
          sesungguhnya kosong
          kosong dan lohong...

          Baru di ufuk ini aku tersedar
          sesungguh sombongnya aku
          sedangkan...
          aku seperti sampah
          yang hanyut dilautan sendirian
          tiada erti apa-apa
          bagaikan setitik hitam di langit
          tidak bermakna sedikit pun
          seperti sebutir pasir di bumi
          semua asing dan kerdil
          bagai setitis zarah di udara
          aku kelemasan..
          sesungguhnya aku sendirian
          di bumi Allah ini...

          Aku tiada apa-apa, kosong dan likat kejahilan
          kekuatanku hanya puing-puing buih dilautan
          Sesungguhnya aku milik ALLAH...

          by Lezaihasra...disubuh yang bening ini...
          Besut, Terengganu.
          21hb June 2012...6.00 pagi.. — with Ahmad Tajuddin and 44 others.

          SUDI MENTARBIYAHKAN AKU DENGAN PUISI SUFIMU

          Duhai hamba Allah yang berjiwa hamba...
          Jiwamu tak kosong
          Malah terisi dengan ilmu khasaf-Nya Ilahi
          Lalu aku muhasabah diriku sendiri
          Kenapa aku masih ego dengan diriku
          Terpedaya dengan diriku sendiri
          Kenapa tidak saja aku menuntut
          Ilmu akhirat denganmu
          Dan menjadikanmu idolaku
          Mentarbiyahkan aku
          Dengan puisi-puisi sufimu
          Yang indah seperti bulan purnama malam
          Duhai hamba Allah
          Yang bersuarakan akhirat
          Roh dan jasadku kini
          Terperuk dikawah penjara
          Paling dalam
          Gelap
          Dalam sinar iman
          Yang mahu dilepaskan
          Dari kegelapan
          Yang tiada sifu agama
          Yang sudi membimbingku
          Makanya aku perlukanmu
          Duhai suara akhirat
          Puisi sufimu
          Amat kuharapkan
          Untuk menerangi
          Ketandusan imanku
          Yang mencengkam
          Roh dan jasadku
          Untuk keluar dari kepompong kejahilan
          Moga kau terbuka hati menerimaku menjadi sifuku
          Sifu aku untuk berpuisi sufi
          Yang mengajak aku ke jalan-jalan
          Syurga-Nya Ilahi
          Ke jalan redhaNya Ilahi

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          21 Jun 2012

          Yesterday at 3:26pm ·  · 1

    • Putri Rimba Niagara shared Sweet Love's photo.
       ·  ·  · Yesterday at 3:50pm · 


        • SELAMAT PAGI BUNGA-BUNGA CINTA SYURGA

          Selamat pagi bunga-bunga cinta Syurga

          Hadirlah rindu dari Syurga
          Hadirlah kasih dan cinta dari Syurga
          Hadirlah bahasa-bahasa Syurga

          Mengundang rindu
          Mengundang kasih sayang Ilahi
          Ke kalbu hati
          Yang tandus dengan rindu dan kasih-Nya
          Yang tiada penghujung pada semua hamba-Nya
          Cuma kekebalan dinding hati yang tak mengerti
          Akan KeAgungan Cinta-Nya
          Bila mati baru mengerti
          Sudah terlambat semuanya duhai hati yang membeku
          Sebelum terlambat duhai hati yang membeku
          Ada masa lagi untukmu mencair
          Cairkanlah dengan sinar keimanan
          Biar telus dan terus meresap ke kalbu hati
          Agar dia mengerti
          Bawa cinta dan redha Allah itu
          Yang mahu didambakan dalam hidup ini
          Agar bila bertemu-Nya
          Redha lagi DiRredhai
          Duhai jiwa yang tenang....
          Cintamu dibalas-Nya tanpa penghujung tanpa nokhtah
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          21 Jun 2012

          Yesterday at 4:28pm ·  · 1



          • Putri Rimba Niagara shared Harmiera Adnan's photo.
            Assalamualaikum n selamat pagi...
             ·  ·  · Yesterday at 8:08am · 


            • You like this.


              • YA ALLAH BAHAGIAKAN ROH DAN JASAD KAMI


                Ya Allah aku perlukan cahaya hidayah dari-Mu
                Agar hatiku hanya tertumpu pada zat cinta-Mu
                Apa saja urusan hidupku hanya cinta -Mu yang kusandarkan
                Hanya KAU menjadi keutamaanku
                Setiap hamba-Mu yang kau hadirkan dalam hidupku
                Sucikanlah dengan hati-hati yang tenang
                Mengutamakan-Mu Meng-Agungkan-Mu
                Mendambakan cinta-Mu dan redha-Mu
                Di kala hidup dan mati
                Yang ada di hati kami
                Hanya cinta dan sayang menyayangi hanya karena-Mu
                Ikatan kami bukan karena pesona dunia
                Tapi ikatan kami ikhlas
                Sama-sama mendambakan cinta dan redha-Mu
                Di setiap perkataan dan perbuatan
                Seiring dengan keredhaan-Mu
                Suburkanlah hati kami
                Bicara-bicara Syurga
                Suara-suara akhirat
                Yang tak lelah
                Mengajak kami
                Ke jalan Syurga-Mu
                Meraih cinta dan redha-Mu
                Andai kata kami punya harta
                Bukakan hati kami
                Sentiasa mahu menginfakkan ke jalan-Mu
                Karena kami sentiasa faham harta yang
                Kami miliki adalah datang daripada-Mu
                Maka-Nya harta itu mahu dipulangkan kepada-Mu jua
                Itulah lambang cinta kami pada-Mu Ya Allah
                Kikiskanlah Ya Allah
                Kikiskan sifat bakhil kami
                Pada harta yang tak membawa arti bagi-Mu
                Jika harta itu kami bakhilkan
                Yang kami mahu harta kami
                Diinfakkan ke jalan-Mu

                Antara harta dan cinta-Mu
                Kami pilih cinta-Mu Ya Allah
                Harta biarpun sepenuh bumi
                Tak akan dapat menebus kami
                Untuk membeli cinta-Mu di akhirat nanti Ya Allah
                Maka-Nya Ya Allah
                Di dunia ini harta yang
                Kau dilimpahkan pada kami mahu
                Diinfakkan ke jalan-jalan-Mu Ya Allah
                Karna kami mahu mati
                Dalam ketenangan dan kedamaian
                Sebagaimana tenangnya air di kali Syurga
                Begitulah tenangnya kami
                Tika bertemu dengan-Mu Ya Allah

                Berkat berkasih sayang kami
                Atas simpulan tali kasih Syurga tersimpul mati
                Di dunia ini yang semuanya mahu
                Ke jalan-jalan-Mu
                Temukan kami di Syurga-Mu
                Agar bahasa-bahasa Syurga
                Yang selalu kami amalkan di dunia
                Dibawa ke Syurga-Mu
                SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
                Bahagia roh dan jasad kami
                Bahagia abadi dunia jua akhirat
                Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

                WUJUDNYA KAMI DARIPADA TIADA KEPADA ADA
                ALAM ROH KEPADA ALAM JASAD
                DALAM KANDUNGAN IBU LAHIR KE DUNIA

                DARIPADA ADA KEPADA TIADA
                HIDUP DAN KEMUDIAN MATI

                DARIPADA TIADA KEPADA ADA
                MATI KEMUDIANNYA HIDUP DI ALAM BARZAH

                ALAM GHAIB YANG WAJIB KAMI IMANI
                MAKA ITU IMAN YANG AKAN DIBAWA
                DAN DITANYA TIKA BERADA DI ALAM BARZAH

                Karya Putri Rimba Niagara
                21 Jun 2012

                Yesterday at 8:11am ·



0 comments:

Post a Comment

 
;