Tuesday, 19 June 2012

SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO PAHLAWAN DIRAJA & PAHLAWAN RAKYAT



  • Putri Rimba Niagara shared Sultan Brotowijoyo Yosodipuro's photo.
    Terimakasih salam
     ·  ·  · 8 hours ago · 


      • SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO

        Sultan Brotowijoyo Yosodipuro
        Tuankulah pahlawan diRaja dan juga pahlawan rakyat
        Jasamu tetap dikenang biarpun zaman telah berlalu pergi
        Jasamu seharum kasturi mewangi segenap penjuru bumi
        Kerana perjuanganmu tak pernah padam sentiasa membara
        Agar ikatan Raja dan rakyat sentiasa berpadu
        Saling menghargai saling mengerti saling mempertahankan
        Betapa pentingnya Institusi diRaja dan bangsa melayu
        dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir
        Kerana apalah ertinya negara tanpa Raja
        Dan apalah ertinya Raja tanpa rakyat menyokong
        Saling sokong menyokong
        Saling menghargai
        Agar suatu masa
        Nanti
        Dapat
        Diwariskan
        Pada
        Anak cucu
        Pewaris bangsa melayu seluruh dunia
        Agar mereka tahu
        Bahawa
        Moyang mereka yang terdiri daripada
        Raja sanggup pertaruhkan nyawa untuk rakyat
        Rakyat sanggup pertaruhkan nyawa untuk Raja
        Demi tanahair tercinta
        Tempat tumpah darah kelahiran
        Raja dan rakyat
        Saling berkorban dan berjuang demi
        Anak bangsa dan negara tercinta
        Kerana mahu memakmurkan bumi ini
        Tak kira siapa
        Raja atau rakyat
        Kerana semuanya sama di sisi-Nya
        Kerana setiap hamba-Nya adalah khalifah di bumi ini
        Sudah bersumpah setia sejak azali lagi
        Memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT
        Dalam limpahan Nur Hidayah Kasih-Nya dan redha-Nya!
        Makanya itulah yang diidami setiap roh suci semua
        Yang bergelar khalifah di bumi ini!
        Moga segala perjuangan suci ini
        Sampai ke negeri pasti
        Dalam redha-Nya dan balasan cinta-Nya
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        18 Jun 2012

        8 hours ago · 

      • PANTUN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU

        Tangan berjabat senyuman terukir,
        Terjalin sudah ikatan dua negara;
        Dunia bersorakkan kedamaian terukir,
        Ikatan raja dan rakyat sentiasa mesra.

        Senyuman terukir seikhlas hati,
        Nampak menawan mendamaikan jiwa;
        Pengorbanan raja sentiasa disanjungi,
        Dihargai sepenuh jiwa dan raga.

        Raja adil Raja berdaulat,
        Disanjungi rakyat di mana berada;
        Raja berjasa sentiasa didaulat,
        Karena pengorbanan Raja rakyat sejahtera.

        Rakyat sayangkan Institusi DiRaja,
        Raja pertaruhkan nyawa demi kemerdekaan;
        Lambang kasihnya Raja kepada rakyatnya,
        Makanya Institusi DiRaja akan dipertahankan.

        Tiada Raja tiada negara,
        Tiada negara tiada rakyat;
        Bersatu hati demi negara,
        Majulah negara demi rakyat.

        Walaupun sejarah telah lama ditinggalkan,
        Tapi sejarah tidak akan dilupakan;
        Makanya jasa bakti Raja tidak akan dilupakan,
        Dunia akhirat mendapat ganjaran.

        Raja dan rakyat bersatu hati,
        Saling faham memahami;
        Berkorban demi rakyat dikasihi,
        Ikatan raja dan rakyat kekal di hati.

        Rakyat hargai raja,
        Raja hargai rakyat;
        Saling menghargai jasa,
        Demi negara dan rakyat.

        Negara aman rakyat sejahtera,
        Institusi DiRaja sentiasa didaulatkan;
        Dipertahankan hingga ke akhirnya,
        Agar sejarah kesultanan melayu dimartabatkan.

        Sejarah kesultanan melayu dimartabatkan,
        Akan majulah bangsa melayu di seluruh dunia;
        Raja melayu sentiasa didaulatkan,
        Negara asing memartabatkan jua.

        Dunia melayu dunia kita,
        Rumpun nusantara melayu;
        Bersatu hati untuk Raja kita,
        Raja kita memartabatkan hak melayu.

        Hak melayu hak rumpun nusantara,
        Saling mempertahankan demi melayu;
        Sumpah Hang Tuah kian membara,
        Pertahankan Institusi DiRaja melayu.

        Selagi nyawa di kandung badan,
        Akan dipertahankan Institusi DiRaja;
        Karena itu lambang perpaduan,
        Raja dan rakyat berpisah tiada.

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        10 Jun 2012

        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
        18 Jun 2012)

        8 hours ago · 



        • JANGAN RASA DIRI TERPENCIL

          Apa bedanya Raja dan rakyat?
          Memang banyak berbeda
          Bagaikan langit dengan bumi

          Apa bedanya Raja yang tak dihargai pemerintah
          Dengan rakyat yang tak dihargai pemerintah
          Bagaikan langit dengan bumi
          Kenapa?

          Raja yang diketepikan pemerintah
          Suaranya masih didengari rakyat
          Jika yakin akan bangkit satu masa
          Suara-suara rakyat bergema
          Di seluruh pelosak dunia
          Mahukan Raja mereka didaulatkan
          Kalau itu terjadi
          Pasti
          Pemerintah akan akur
          Jika tidak...
          Akan kucar kacir negara yang merdeka

          Pemerintah mesti tahu sejarah Kesultanan Melayu
          Kerana Kedaulatan Raja yang sanggup mempertahankan
          Kemerdekaan negara hingga sanggup mempertaruhkan nyawa
          Pada penjajah yang tiada perikemanusiaan
          Demi rakyat dan negara tercinta
          Justru mana bisa mungkin pemerintah mengenepikan Institusi diRaja

          Hakikatnya Raja dan rakyat saling memerlukan
          Karena rakyat itu juga adalah pemerintah
          Karena di tangan rakyatlah menentukan pemerintah

          Makanya jangan pernah
          Raja rasa dirinya terpencil!
          Rakyat juga jangan pernah rasa dirimu terpencil!
          Sama-samalah bangun dari lena yang panjang
          Mempertabatkan Kedaulatan diRaja Melayu
          Tidak kira di mana berada di muka bumi ini...

          Pasti pabila yakin...
          Makanya terealisasilah
          Kedaulatan diRaja Melayu
          di Bumi ini dengan sejahtera
          Syukur Alhamdulillah
          Allah SWT perkenankan perjuanganku...
          hambanya yang kerdil ini
          Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin

          Karya Putri Rimba Niagara
          12 Mac 2012

          8 hours ago · 

        • MELAINKAN SUMPAH SETIA SEJAK AZALI LAGI PADANYA

          Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
          Dengan izinNya dinda dapat berkarya
          Dengan izinNya jua kanda dapat berkarya
          Berpuisi menyatakan hasrat hati
          Betapa kita sama cintakan Allah
          Betapa kita sama cintakan Raja negaramu Raja negaraku
          Betapa kita sama cintakan rakyat negaramu negaraku
          Betapa kita sama cintakan negaramu negaraku
          Saling harga menghargai
          Saling hormat menghormati
          Saling sayang menyayangi
          Sehati sejiwa
          Senada seirama
          Bersatu hati ingin mengekalkan kemerdekaan
          Negaraku negaramu
          Jika negaramu diceroboh musuh durjana
          Negaraku lah yang akan datang turut mempertahankan!
          Jika negaraku diceroboh musuh durjana
          Negaramu lah yang akan datang turut mempertahankan!

          Maju negaraku maju jualah negaramu
          Sakit negaramu sakit jualah negaraku
          Jika negaramu ditimpa musibah
          Negaraku lah yang akan datang membantu
          Jika negaraku ditimpa musibah
          Negaramu lah yang datang membantu

          Kita saling faham memahami
          Kita saling bantu membantu
          Dalam jalinan ukhwah talisiraturrahimi yang padu
          Di antara dua negara berjiran
          Bagaikan saudara sedarah sedaging
          Makanya
          Takkan ada
          Tikam menikam
          Jatuh menjatuh
          Dalam hati ada benci
          Dalam hati ada cemburu
          Dalam hati ada dendam membara-bara

          Tak akan...tak akan ada...tak akan ada
          Cuma yang ada kasih dan sayang
          Yang sudah terpatri
          Sejak azali
          Betapa kita sudah bersumpah setia padaNya
          Untuk sama memakmurkan bumi ini
          Bumi ciptaan Tuhan
          Tuhanmu Tuhanku juga
          Tuhan Semesta Alam
          Yang akan kita semua bertemuNya
          Pabila ditakdirkan hari ini meninggalkan dunia ini...

          Ayuh!
          Sebelum maut menjemput pulang ke negeri pasti!
          Kita tinggalkan kemakmuran bumi ini
          Kepada pewaris bangsa kita
          Bangsa melayu
          Yang tak akan hilang di dunia
          Itulah sumpah moyang kita
          Laksama Hang Tuah
          Dan itulah jua sumpah kita

          Yang lebih utama sumpah kita
          Pada Pencipta kita
          Menjadi hambaNya penuh kehambaan
          Penuh tanggungjawab
          Tidak kira siapa kamu
          Raja ke
          Rakyat ke
          Tiada berbedaan darjat...
          Melainkan sumpah setia
          Sejak azali padaNya
          Semuanya akan dipertanggungjawabkan nanti!

          Karya Putri Rimba Niagara
          12 Mac 2012
          March 18 at 2:54pm · Like

          8 hours ago · 

        • NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

          KeranaNya aku jatuh cinta dengan Mataram
          KeranaNya aku jatuh cinta dengan Indonesia
          KeranaNya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
          Moga cinta keranaNya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
          dua negara berjiran
          sehati sejiwa
          senada seirama
          berpadu kasihkan negara
          negaramu kukasih
          negaraku kau sayang
          bila kasih sudah terpatri
          tak akan ada
          benci membenci
          dengki mendengki
          dendam mendendam
          jatuh menjatuh
          yang ada
          saling mempertahan cinta bernegara
          kau pertahan negaraku
          aku pertahankan negaramu
          saling mempertahankan
          itulah lambang cinta sejati
          antara dua negara
          bila cinta sejati terpatri
          di kalbu setiap rakyat
          negaramu negaraku
          kebudayaan negaramu disanjung
          kebudayaan negaraku dijunjung

          Apa saja perjuangan untuk mempertabatkan :

          Institusi diRaja Melayu
          Kepahlawanan Melayu
          Bangsa Melayu

          Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
          tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat biasa yang penting dia ada semangat juang seperti kita...
          kerna dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

          Karya Putri Rimba Niagara
          11 Mac 2012
          March 18 at 3:00pm · Like

          8 hours ago · 

        • BALASLAH KASIH MOYANGMU INI DENGAN
          SEJAMBAK DOA RESTU SEIKHLAS HATI SEMURNI KASIHMU!

          Badai pasti berlalu....
          Tapi ...
          Tapi kenapa engkau menyepi tanpa kabar berita ya?
          Menunggu kehadiran mu adalah lebih teruk daripada badai membadai....
          Dan jangan marah jika aku menyepi jua dari mu...
          Biarlah sama-sama sepi menyepi
          Biarlah sama-sama terluka
          Asalkan engkau bahagia dengan hidupmu
          Dan aku bahagia dengan hidupku
          Cuma yang kupinta
          Jangan ada benci antara kita
          Jangan ada dendam antara kita
          Perjuanganmu untuk mendapat piala
          Dari kejauhan ini tetap kusokong dan doakan agar kau berjaya!

          Maaf jika kuterpaksa undur diri darimu...
          Kerna engkau tidak pernah cuba memahami aku
          Biarpun hatiku terluka kerana mu dan kerana
          Tak mahu terluka
          Tak mahu anganku musnah untuk memiliki piala
          Ku rela undur diri darimu yang tak mengerti
          Perjuanganku
          Perjuanganmu
          Berbeda
          Namun
          Matlamat
          Tetap sama
          Menuju
          Destinasi
          Pasti!
          Dan
          Tak akan kembali lagi...
          Cuma mengharap padaNya
          Bunga-bunga pejuanganku
          Dapat diteruskan oleh
          Pewaris-pewarisku yang tercinta
          Dan balaslah kasih moyangmu ini
          Dengan sejambak doa restu
          Seikhlas hati semurni kasihmu
          Agar tenang rohku di alam abadi
          Itulah perjuangan di dunia
          Dituai di akhirat
          Insya-Allah Amin

          Karya Putri Rimba Niagara
          6 Mac 2012

          8 hours ago · 

        • DEMI KEAMANAN BUMI YANG TERCINTA INI BUMI CIPTAAN TUHAN

          Kau mewakili semangat pahlawan benua Indonesia
          Aku mewakili semangat pahlawan benua Malaysia
          Benuamu sudah merdeka
          Benuaku sudah merdeka
          Benuamu benuaku saling bertalisiraturrahim
          Kita saling berkongsi rasa cintakan negara
          Kau cinta negaramu
          Aku cinta negaraku
          Kucinta negaramu
          Kau cinta negaraku
          Sama-sama cinta negara
          Sama-sama sayang negara
          Sayang menyayangi antara dua negara
          Dan merebaklah kasih sayang pada semua negara yang
          merdeka
          yang bakal merdeka
          yang ingin memburu kemerdekaan
          yang hauskan kemerdekaan
          yang impikan kemerdekaan
          makanya ayuh! Kita saling sokong menyokong
          demi keamanan bumi yang tercinta ini
          bumi Ciptaan Tuhan
          Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihi
          Kepada semua hambaNya yang cintakan kedamaian...

          Karya Putri Rimba Niagara
          3 Mac 2012
          March 18 at 3:05pm · Like

          8 hours ago · 

        • MOGA SAMPAI KE MATLAMAT!

          Bergantung kepada niat yang suci murni keranaNya
          bukan untuk mengejar
          habuan dunia
          mendapat kuasa
          mencipta nama
          membagga diri

          jika ditakdirkan berkuasa semuanya keranaNya
          menabur budi bukan untuk mendapat sanjungan manusia
          kerana semata ibadah
          suci ikhlas keranaNya

          barulah akan rasa satu roh perjuangan
          yang tak pernah kenal erti
          jemu
          penat
          putus asa

          biarpun cabaran datang bagaikan tsunami
          tetap kukuh berdiri
          meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir!
          moga dengan izinNya sampai ke matlamat yang hendak dituju
          mempertabatkan budaya bangsa melayu dan Kesultanan Melayu di muka bumi ini Aamin.

          Karya Putri Rimba Niagara
          27 Febuari 2012
          March 18 at 3:08pm · Like

          8 hours ago · 

        • AKU SUDAH JATUH CINTA DENGAN MATARAM

          Terima kasih sobatku Masyarakat Adat Mataram...aku terharu dan kagum dengan semangat Kecintaannya Kepada Tanahairnya Yang Tercinta Nusantara...Memang patutlah Pemerintah Republik Indonesia mengangkat beliau sebagai ,'PAHLAWAN kEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'

          Jika diizinkan Allah SWT ingin sekali aku karangkan puisi untuknya sebagai tanda penghargaanku padanya.

          Moga Allah perkenankan nanti datangnya ilham...Amin . Patutlah ada iras rupa macam kakek...nampak benar seorang yang berjiwa pahlawan...solut ku padamu...tak sia-sialah aku meminati sejarah Mataram yang kupelajari ketika di bangku sekolah dulu . Sekarang ni benar-benar sudah jatuh cinta dengan Mataram ... seolah Mataram seperti negaraku sendiri...

          "TABIK HORMAT SEORANG GENERAL"

          Tabik hormat seorang general kepada semua :
          Raja
          Pemimpin
          Rakyat
          Rakan Seperjuangnan
          Para tetamu daripada seluruh dunia
          Seluruh penghuni dunia yang cintakan kemerdekaan negara!

          Karya Putri Rimba Niagara
          8 Mac 2012
          March 10 at 3:40pm · Like

          Masyarakat Adat Mataram

          Semoga disini dan disana akan lahir pahlawan - pahlawan pena seperti anda. Amin.
          March 10 at 3:46pm · Like

          Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
          March 10 at 4:29pm · Like

          7 hours ago ·  · 1

              • MENCINTAI ANAK BANGSA SEUMUR HIDUPMU! SEUMUR HIDUPKU!

                Hidup Institusi diRaja!
                Hidup bangsa Indonesia!
                Hidup bangsa Malaysia!
                Hidup semua bangsa Melayu!
                Hidup semua pejuang bangsa!
                Berjuanglah demi anak bangsamu
                Berjuanglah demi anak bangsaku
                Berjuang sepenuh ikhlas demi keranaNya
                Berjuang hingga ke titisan darah terakhir!

                Ayuh...!!!
                Pejuang bangsaku....
                Kita sama-sama sumpah setia...
                Rapatkan barisan
                Di medan juang!
                Untuk memperjuangkan
                Apa yang kau impikan pada anak bangsamu!
                Apa yang aku impikan pada anak bangsaku!
                Kita saling sokong menyokong...
                Kita tidak akan berperang sesama sendiri
                Demi kepentingan sendiri

                Ingin menjadi pejuang bangsa...
                Lupakan kepentingan sendiri...
                Tumpukan segala
                pemikiranmu
                matlamatmu
                perancanganmu
                yang
                terancang
                mantap!
                bernas!
                berkesan!
                hasil dari tindakan terancang...

                Jangan terburu-buru membuat keputusan
                Karena itu akan membunuh segala angan perjuangan

                Jangan pernah ada iri di hatimu
                Sesama sendiri
                Pasti ramai yang terkorban
                Sebelum berjuang di medan juang...

                Masa mu...masa ku... adalah perjuangan
                Perjuangan pemikiran
                Untuk melaksanakan perancangan
                Yang ada di pemikiran
                Untuk dilaksanakan bersama
                Untuk dijayakan bersama
                Kerna bahagiamu bahagiaku
                Bahagia semua anak bangsa
                Yang bakal kita tinggalkan
                Untuk anak bangsa yang terkasih dan tercinta
                Sepenuh jiwa dan raga....
                Selagi nyawa di kandung badan
                Cinta ini tak akan padam
                Mencintai anak bangsa seumur hidupmu! Seumur hidupku!
                Duhai Juara Panglima Segala Panglima!

                Karya Putri Rimba Niagara
                6 Mac 2012
                March 10 at 4:34pm · Like

                Masyarakat Adat Mataram:

                Malaikat menangis karena haru membaca goresan penamu yang lahir dari lubuk hatimu yang paling dalam.
                March 10 at 4:37pm · Like

                (PETIKAN DARIPADA WALL MASYARAKAT ADAT MATARAM)
                March 18 at 3:13pm · Like

                (PETIKAN DARIPADA WALL KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & PUTRI RIMBA NIAGARA)
                19 Jun 2012

                7 hours ago ·  · 1

              • Terima kasih YM Prabu Sri Narayana KusumaKuningan kerana tak jemu memberi dukungan/sokongan pada hamba... hamba amat terharu...inilah saja yang dapat hamba berikan,' SEBAGAI HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN.'
                7 hours ago ·

                (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
                20 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;