Friday, 22 June 2012

MOGA KITA SEMUA MAHU MENEMPAH TIKET KE SYURGA



    • MOGA KITA SEMUA MAHU MENEMPAH TIKET KE SYURGA

      Jika kita yakin
      Hidup dan mati kita
      Adalah urusan-Nya
      Apa nak dikesahkan
      Remeh temeh masalah dunia
      Tapi bila sudah melangkah ke alam
      Barzah semuanya sudah terlambat
      Untuk diperbetulkan mana yang silap
      Selagi hayat dikandung badan
      Usahalah memperbaiki diri
      Muhasabah diri
      Ke mana kita sesudah mati
      Kerana kita yang menentukan
      Tiket ke Syurga atau ke neraka
      Moga kita sentiasa mahu menempah tiket ke Syurga-Nya
      Aamiin Ya Rabal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      20 Jun 2012
       ·  · Wednesday at 11:41pm · 

    • MAYBE

      maybe...
      dia yang kau cinta
      maybe...
      dia yang kau puja dalam senyap

      maybe dia jua mencintaimu
      tapi malu untuk meluahkan isi hatinya

      maybe bila dia yakin
      kau setulus hati mencintainya
      pasti cintamu akan dibalasnya

      makanya tiada maybe lagi
      karena cinta berbalas cinta
      itu yang kau nantikan
      betulkan? hehehehe

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      20 Jun 2012
       ·  · Wednesday at 11:00pm · 

    • KE PUNCAK KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT

      Yang kabur tentang dunia bagi mereka yang tak punya mata hati...
      Yang punyai mata hati perlu bertabah hati agar mereka bisa
      Mengerti hidup tak menunggu kita...
      Kematian menunggu kita pasti
      Yang pasti kita harus
      Jangan lekas putus asa untuk
      Berusaha mendoakan mereka agar diberi khashaf Ilahi
      Biar hidup di dunia ini bukanlah matlamat sebenar
      Matlamat sebenar hidup dunia
      Kejayaan diraih untuk bekalan di akhirat
      Itulah kejayaan yang sebenar-benarnya
      Yang patut dipasakkan dijiwa kita dan mereka..
      Tanpa Nur Kasih Ilahi
      Kita bukan siapa-siapa
      Coma seonggok daging
      Yang tak bermakna
      Di dunia dan di akhirat
      Nauzubillah
      Semangat terus yuk
      Demi menggapai
      Ke puncak kejayaan
      Dunia dan akhirat
      Aamiin Ya Rabal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      20 Jun 2012
       ·  · Wednesday at 10:52pm · 

    • DI MATAMU ADA PELANGI CINTA
      SETULUS IKHLAS KERANA-NYA

      di matamu ada pelangi cinta
      setulus ikhlas kerana-Nya

      di hatimu ingin
      membersihkan kebekuan
      hati yang bercelaru
      jiwa tak menentu
      agar tak buntu

      bunga-bunga Syurga
      jangan sekali dilepaskan
      kerana akan dipersoalkan
      cuma penyelesaian
      cara berhikmah
      penuh bijaksana
      agar tiada
      yang terluka dilukai
      biarpun hatimu remuk redam
      biarkan...
      asalkan Allah tahu
      segala niat murnimu
      mahu pulang ke pangkuan Ilahi
      dalam tenang
      setenang air di kali Syurga

      moga Syurga balasan
      padamu dan pada semua
      yang kau cintai
      setulus ikhlas kerana-Nya

      percayalah Allah sentiasa
      bersama hamba-Nya
      selagi hamba-Nya
      bersangka baik terhadap-Nya

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      20 Jun 2012
       ·  · Wednesday at 10:36pm · 

    • PIALA KEMENANGAN DIRAIH UNTUK PENGHUNI BUMI TERCINTA

      Dalam terjangan ombak terus membadai
      Digagahi jua demi meraih kemenangan
      Piala kemenangan diraih untuk penghuni bumi tercinta
      Piala kemenangan akhirat untuk sesudah kematian
      Kerana hidup ini cuma bernilai pada
      Hamba-Nya yang faham arti syukur pada nikmat kurniaan-Nya
      Makanya terima kasih duhai sahabat kau di antara
      Dalam beribu sahabatku yang sudi menjawab puisi
      Teka teki yang diajukan oleh seorang hamba Allah kepadaku
      Aku sudah menjelaskan padanya tapi dia masih kabur
      Akan matlamat jalan hidupnya yang masih kabur dalam
      Kebekuan penyelesaian menuju kemenangan hidupnya
      Moga Allah memberi Nur Hidayah Kasih-Nya pada hamba Allah itu
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      20 Jun 2012
       ·  · Wednesday at 10:25pm · 
    • RECENT ACTIVITY

    • PENGHUNI SYURGA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

      Jika hati telah terpana pada zat cinta-Nya
      Tiada apa yang ditakuti lagi melainkan DIA
      DIA yang mengaturkan hidup dan mati hamba-Nya
      Kita cuma pasrah dan redho apa yang ditakdirkan
      Baru tenang roh dan jasad...
      Alam kubur pasti menjadi tempat kita beradu
      Kita sendiri yang pastikan
      Samada kita mahu beradu sebagai penghuni Syurga
      Atau sebagai penghuni neraka
      Tanya hati tanyalah iman
      Mana satu pilihan kita
      Moga kita dipilih menjadi
      Penghuni Syurga di dunia dan di alam akhirat
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      20 Jun 2012
       ·  · Wednesday at 7:26pm · 
    • Rabeah Mohd Ali shared He Who Has No One HAS Allah's photo.
      Hubungan HATI dan Al-Quran:

      Sesungguhnya memahami dan mentadabbur al-Quran meru...
       ·  ·  · Wednesday at 7:18pm · 
      • You and Ahmad Tajuddin like this.
        • PENGHUNI SYURGA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

          Jika hati telah terpana pada dzat cinta-Nya
          Tiada apa yang ditakuti lagi melainkan DIA
          DIA yang mengaturkan hidup dan mati hamba-Nya
          Kita cuma pasrah dan redho apa yang ditakdirkan
          Baru tenang roh dan jasad...
          Alam kubur pasti menjadi tempat kita beradu
          Kita sendiri yang pastikan
          Samada kita mahu beradu sebagai penghuni Syurga
          Atau sebagai penghuni neraka
          Tanya hati tanyalah iman
          Mana satu pilihan kita
          Moga kita dipilih menjadi
          Penghuni Syurga di dunia dan di alam akhirat
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          20 Jun 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    22 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;