Tuesday, 19 June 2012

SULTAN BROTOWIJOYO BERJIWA PAHLAWAN HANG TUAH




    • Putri Rimba Niagara shared Sultan Brotowijoyo Yosodipuro's photo.
      Terimakasih salam
       ·  ·  · 6 hours ago · 
        • PANTUN PAHLAWAN MELAYU PANTANG DICABAR!

          Batang jerami diberi madu
          Rebung seiris dimakan kuda
          Kalau kami diberi malu
          Ujung keris menikam dada
          By: Zairi Erie

          Putri Rimba Niagara:

          Hujung keris menikam dada,
          Rela kumati jika itu mahumu;
          Niatku kepahlawananmu terus di persada.
          Tapi api cemburumu memakan diriku.

          "Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!! i

          " Pendekar yang gagah perkasa tak akan lari dari medan perjuangan...makanya aku akan kejar kau sampai dapat agar kau tidak boleh lari lagi ke mana!

          Orang tua jangan disanggah,
          Budi baik jadi sanjungan;
          Kepahlawananmu aku bermegah,
          Matimu dalam kenangan.

          Jika dibiarkan keris bicara,
          Makanya akal fikiran ditolak tepi;
          Adat pahlawan membara-bara,
          Pantang dimalu terbakarlah hati.

          Pantang dimalu terbakar hati,
          Sebelum menfitnah berfikir dulu;
          Jangan diikut marah di hati,
          Apapun masalah berbincanglah dahulu.

          Bukankah kita sama se guru,
          Tapi perbedaan fahaman buatku celaru;
          Kau sentiasa perkasa selalu,
          Rendah diriku tak setandingmu.

          Merendahnya aku bukan bererti aku kalah,
          Mahu kufikirkan dulu apa bicara Si Tuah;
          Pahlawan Hang Tuah patut dimegah,
          Kerananya Melayu aman di bumi bertuah.

          Tanam pisang rapat-rapat,
          Air diteguk di tepi kali;
          Bersatu hati disetiap pendapat,
          Kebalnya pahlawan menjadi lali.

          Kepahlawan melayu sudah terbilang,
          Tiada tandingan di serata dunia;
          Pewaris melayu takkan hilang,
          Nenek moyang menyayangimu sentiasa.

          Makanya duhai pahlawan melayu,
          Bangkitlah dengan semangat juang yang tinggi;
          Jangan berleka dengan fikiran bercelaru,
          Perjuangan membela anak bangsa jangan terhenti.

          Biarpun tsunami datang membadai,
          Teruskan segala niat yang murni;
          Jiwa pejuang takkan terhenti,
          Selagi ada denyutan nadi.

          Malulah pahlawan jiwanya mati,
          Semangatnya lemah pabila dikeji;
          Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
          Demi anak bangsa tak pernah terhenti.

          Pandainya kamu membalas pantun,
          Buat hatiku rasa terpegun;
          Budi bahasa mu penuh bersantun,
          Marilah kita berbalas pantun.

          Hari ini kata semangat,
          Esok hilang segala semangat;
          Budaya pantun harus diingat,
          Kerana pantun lambang semangat.

          Melayu juga bergurindam jiwa,
          Hinggakan jiwa melayang-layang;
          Gurindam jiwa mengusik jiwa,
          Mengundang rindu mengundang sayang.

          Bergurindam jiwa menyambung ukhwah,
          Ukhwah kepahlawanan semangat melayu;
          Keperkasaan pahlawan sentiasa dimegah,
          Berperasangka baiklah itu dimahu.

          Kenapa perlu kata begitu,
          Kail sejengkal jangan diduga laut yang dalam;
          Orang melayu selalu begitu,
          Yang kuperlukan sokongan mendalam.

          Tak kenal maka tak cinta,
          Dah cinta baru tahu;
          Bangsa melayu sentiasa kucinta,
          Dalamnya cintaku kau tak tahu.

          Aku berkarya berpantun sepenuh hati,
          Berkarya bukan sesuka hati;
          Jangan dipersendakan sama sekali,
          Rela kujauhkan dirimu jika diulangi.

          Kerana kurindu aku menulis,
          Kerana kusayang aku berkarya;
          Sayangku pada anak cucu setulus ikhlas,
          Makanya fahami aku bila aku berkarya.

          Jika benar kau pejuang bahasa melayu,
          Ayuh mari kita turun ke gelanggang;
          Gelanggang pantun budaya melayu,
          Bersama mempertabatkan agar tak hilang.

          Bahasa melayu tak akan hilang,
          Jika bersatu hati mempertabatkannya:
          Ditutur dan ditullis jangan ikut senang,
          Moga menghasilkan kejayaan akhirnya.

          Duhai rakan seperjuanganku kita ke sini,
          Sekadar teman sehati sejiwa;
          Bagi menyokong segala yang murni,
          Bersama jalinkan ukhuwah sehati sejiwa.

          Duhai sahabat yang bijak berpantun,
          Jadilah dikau budayawan bangsa;
          Bakat yang ada jangan dipendamkan,
          Taburlah bakti pada anak bangsa.

          Terima kasih rakan seperjuanganku,
          Kerana sudi berkongsi karyamu;
          Syukur kau sudi berjuang bersamaku,
          Moga ikatan ukhuwah harum di kalbu.

          Karya Putri Rimba
          20 Jun 2012


          JAGAILAH WARISAN MOYANGMU.

          Tak akan sumbang langkah kakimu,
          Kerana kepahlawananmu sudah terbilang;
          Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
          Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.l

          Tenaga sikit bisa menang,
          Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
          Biar berputih mata jangan berputih tulang,
          Bersatu hatilah demi perjuangan.

          Melayu tak mudah layu,
          Jangan iri sesama melayu;
          Tingkatkan ukhuwah sesama melayu,
          Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.

          Dari pagi hingga ke petang,
          Mencari ilmu dibawa pulang;
          Berkorban demi generasi mendatang,
          Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.

          Moyang kita selalu berpesan,
          Sesama melayu seperti ikatan lidi;
          Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
          Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.

          Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
          Agar tak tersilap di kesani musuh ;
          Pantang pahlawan melayu bermusuh,
          Musuh dalam selimut itu yang susah.

          Duri dalam daging.
          Api dalam sekam;
          Ada masalah kita berunding,
          Menjadi indah tidak terakam.

          Melayu jangan suka membanding.
          Di depan manis di belakang menikam;
          Melayu sedarah sedaging,
          Sakit melayu semua mencengkam.

          Tiada masa untuk menunggu,
          Pada yang leka teruslah leka;
          Perjuangan jangan mudah terganggu,
          Masa berlalu pergi tak menunggu kita.

          Jangan hari ini semangat besok dah layu,
          Jiwa perjuangan tak pernah layu;
          Makanya bangunlah bangsa melayuku,
          Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.

          Sudah jauh perjalanan melayu,
          Bangunlah demi anak bangsa;
          Saling sokong menyokong demi melayu,
          Agar terbinanya budaya bangsa.

          Putra putriku kau pewaris bangsa,
          Usia kami beransur senja kini,
          Kelemahan kudrat kian terasa,
          Kalianlah sandaran harapan kami.

          Ketiadaan kami jangan ditangisi,
          Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
          Kalian sentiasa kami sayangi,
          Dalam doamu kenangilah kami.

          Moyang mu ingin berpesan.
          Kami tinggalkan warisan bangsa ;
          Untuk kalian teruskan perjuangan,
          Agar berkekalan sepanjang masa.

          Hargailah peninggalan moyangmu ini,
          Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
          Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
          Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.

          Senyuman anak cucu,
          Kebahagian moyangmu;
          Jagailah warisan moyangmu,
          Itulah lambang cinta yang berpadu.

          Karya Putri Rimba
          19 Jun 2012

          KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:

          SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
          SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
          SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
          LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.

          SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI:

          1. PUISI CINTA ILLAHI
          2.KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA
          3. KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
          4. PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
          5. DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
          6. JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR
          7. MASYARAKAT ADAT MATARAM
          8. LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG
          9. MELA AYU RADIO ONLINE
          10. SSLfm

          DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:

          KERABAT DIRAJA MALAYSIA
          KERABAT DIRAJA INDONESIA
          PEMIMPIN MALAYSIA
          PEMERINTAH INDONESIA
          RAKYAT MALAYSIA
          RAKYAT INDONESIA
          BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
          PENCINTA BAHASA MELAYU
          PENCINTA SASTRA MELAYU
          PENCINTA SASTERAKU DUNIAKU
          WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
          PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA

          RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
          UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...

          MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.

          SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,

          RABEAH MOHD ALI
          PUTRI RIMBA NIAGARA
          ISTANA RIMBA NIAGARA
          MALAYSIA
          19 Jun 2012
          5 hours ago · 
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    20 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;