Wednesday, 4 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (100) - SEHINGGA AKHIR KALAM MENYEBUT KALIMAH SYURGA-MU



      • Rabeah Mohd Ali shared Nooraini Shairi's photo.
        salam Nisfu Sa`aban dari nor
        Jangan Lupa Pakat baca Yasin ya,,,,,

        BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

        Apabila datang malam nishfu sya’ban, maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah disiang harinya. Karena ketika itu, Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut mulai dari tenggelamnya matahari.

        Utk Informasi : 15 Sya'ban jatuh pada tgl 5 Julai 2012. Jd Malam Nisfu Sya'ban اِنْ شَآ ءَ اللّهُ pd hari Rabu tgl 4 Julai 2012 Malam Khamis (mulai sejak terbenamnya matahari)
        Dan kesempatan ini sy ambil utk mohon maaf zahir batin pd segala kesalahan,kesilapan dan kekurangan dan tdk kesempurnaan diri ini selama kita bertemu disini disetiap kata yg tertulis tdk disengajakan membuat ada hati yg terluka,tdk suka atau apapun mengecilkan hati shbt2..

        "Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang halal dan baik (secukupnya). Permudahkanlah segala harapan dan keinginan kami hamba MU. Limpahkan kami keberkahan di dunia akhirat dan jadikanlah kami hambaMu yang tahu bersyukur dlm susah dan senang kehidupan ini dan dijaga dan baring hidup kami ini... Aamiin


        SELAMAT MENYAMBUT NIFSU SYAABAN..MAY ALLAH BLESS US ALWAYS 
         
      • Rabeah Mohd Ali shared Hasmy Zurina's photo.
        BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

        Apabila datang malam nishfu sya’ban, maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah disiang harinya. Karena ketika itu, Allah turun ke ...
         ·  ·  · about an hour ago · 
        • You like this.
      • Rabeah Mohd Ali shared Syaiful Rahmani's photo.
        KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA'BAN

        Utk Informasi : 15 Sya'ban jatuh pada malam tgl 5 Juli 2012. Jd Malam Nisfu Sya'ban اِنْ شَآ ءَ اللّهُ pd hari Rabu tgl 4 Juli 20...
         ·  ·  · about an hour ago · 


AKU DALAM ARCA KRISTAL KOSONG

Bila aku tersentak kaku
terpegun dengan sebuah kecantikkan abadi
baru aku mengerti
siapa aku
dalam arca kristal ini
sesungguhnya kosong
kosong dan lohong...

Baru di ufuk ini aku tersedar
sesungguh sombongnya aku
sedangkan...
aku seperti sampah
yang hanyut dilautan sendirian
tiada erti apa-apa
bagaikan setitik hitam di langit
tidak bermakna sedikit pun
seperti sebutir pasir di bumi
semua asing dan kerdil
bagai setitis zarah di udara
aku kelemasan..
sesungguhnya aku sendirian
di bumi Allah ini...

Aku tiada apa-apa, kosong dan likat kejahilan
kekuatanku hanya puing-puing buih dilautan
Sesungguhnya aku milik ALLAH...

by Lezaihasra...disubuh yang bening ini...
Besut, Terengganu.
21hb June 2012...6.00 pagi.. — with Ahmad Tajuddin and 44 others.

SUDI MENTARBIYAHKAN AKU DENGAN PUISI SUFIMU

Duhai hamba Allah yang berjiwa hamba...
Jiwamu tak kosong
Malah terisi dengan ilmu khasaf-Nya Ilahi
Lalu aku muhasabah diriku sendiri
Kenapa aku masih ego dengan diriku
Terpedaya dengan diriku sendiri
Kenapa tidak saja aku menuntut
Ilmu akhirat denganmu
Dan menjadikanmu idolaku
Mentarbiyahkan aku
Dengan puisi-puisi sufimu
Yang indah seperti bulan purnama malam
Duhai hamba Allah
Yang bersuarakan akhirat
Roh dan jasadku kini
Terperuk dikawah penjara
Paling dalam
Gelap
Dalam sinar iman
Yang mahu dilepaskan
Dari kegelapan
Yang tiada sifu agama
Yang sudi membimbingku
Makanya aku perlukanmu
Duhai suara akhirat
Puisi sufimu
Amat kuharapkan
Untuk menerangi
Ketandusan imanku
Yang mencengkam
Roh dan jasadku
Untuk keluar dari kepompong kejahilan
Moga kau terbuka hati menerimaku menjadi sifuku
Sifu aku untuk berpuisi sufi
Yang mengajak aku ke jalan-jalan
Syurga-Nya Ilahi
Ke jalan redhaNya Ilahi

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
21 Jun 2012

KARYA LEZAIHASRA & PUTRI RIMBA NIAGARA
4 Julai 2012
 ·  ·  · about an hour ago
  • Werdys Kalbary and Norsiah Kandar like this.
    • Raisya Scorp Itu bukan puisi sufi. Mungkin lebih pada unsur keagamaa, 'religious'...
      Puisi sufi ada simbol2 tertentu.
      58 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Siarkan puisi sufimu...semua ahli grup mahu menghayatinya duhai yang berjiwa hamba...kami mahu menjadikanmu sifu puisi sufi kami duhai hamba yang berjiwa hamba...Syukur Ya Allah sifu yang dinantikan selama ini telah merelakan hatinya menjadi sifu sufi puisi kami makanya Ya Allah di bulan nisfu Sya'ban ini Kau limpahkan Kurniaan ilmu yang boleh melembutkan hati kami menuju ke jalan-Mu tanpa ada rasa ujub pada diri sendiri biarpun sebesar zarah pun kerana dengan adanya sifat ujub itu akan membakar segala amalan kami...sesungguh-Nya kami hamba-Mu yang hina Ya Allah. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
      43 minutes ago · 
    • Raisya Scorp Errrr... Maaf! Sy bukan ahli sufi dan tdk ada niat utk menjadi sifu pd sesiapa. Sy sekadar berkongsi apa yg tahu.
      33 minutes ago via mobile · 
    • Rabeah Mohd Ali Jika begitu sudilah siarkan puisi sufi yang pernah kamu baca...jika sudi...kami di sini sentiasa ingin menghayatinya. Berkongsi ilmu yang boleh menenangkan roh dan jasad yang ketandunsan ilmu kesufian.
      29 minutes ago · 
    • Raisya Scorp Insya Allah ...
      24 minutes ago via mobile · 
    • Rabeah Mohd Ali NUR HIDAYAH KASIH ILAHI

      Kita menulis bukan menunjuk betapa hebatnya kita menulis
      Kita menulis untuk mentarbiyahkan diri kita sendiri
      Kita menulis tanda kita Syukur pada Kurniaan Allah SWT
      Setiap yang kita tulis akan dipertanggungjawabkan

      Jika kita menulis
      Untuk sengaja menyakitkan hati atau menyindir
      Nauzubillah akan ditanya oleh Tuhanku nanti
      Kerana itu biarlah aku tak perlu jadi penulis
      Akan aku kakukan jemariku dari berpena

      Matlamat aku menulis mahu mengundang
      Nur Hidayah Kasih Ilahi
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      4 Julai 2012
      20 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali SEHINGGA AKHIR KALAM MENYEBUT KALIMAH SYURGA-MU

      nafas cintaku

      tiada kekal
      sampai masanya
      akan layu
      melainkan
      cinta yang Satu
      harum
      walau matiku

      By: Lisa Arif
      Parit Buntar Perak Malaysia

      NAFAS CINTA-MU

      Nafas cinta-Mu
      Sentiasa hidup di setiap
      Semua hamba-Mu
      Yang mahu pulang ke Pangkuan-Mu
      Dalam redha lagi diredhai
      Maka terimalah cinta kami ini
      Duhai Kekasih roh dan jasad

      Limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
      Sehingga akhir kalam kami
      Menyebut kalimah Syurga-Mu
      LAAILLAHAILLAHMUHAMMADARRASULLALLAH
      Kerana itu Ya Allah kami mahu berhidup di muka bumi dengan menggunakan bahasa-bahasa Syurga yang mengundang Rahmat Kasih-Mu
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      1 Julai 2012

      Lisa Arif amin:
      segalanya pasti dalam rencana dan pengetahuan-Nya
      miliknya hakiki
      moga bahasaku
      ilhamku
      matiku
      dalam pandangan-Nya

      Putri Rimba Niagara:

      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
      about an hour ago · Like · 1

      Lisa Arif amin ♥
      about an hour ago · Like
      4 minutes ago · Like
      8 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali MENGUNDANG RINDU MENGUNDANG CINTA

      Menyebut Nama-Mu saja
      Hatiku rasa terharu
      Bagaikan disayat-sayat sembilu pilu
      Air mataku mengalir merindui-Mu selalu
      Meratapi diri yang leka dengan pesona cinta duniawi
      Yang belum pasti bukan milikku kerana cinta ATAS KETENTUAN-MU

      Yang kuburu cinta-Mu
      Yang pasti Kau balas
      Kiranya aku ikhlas mencintai-Mu
      Kau membalas-Nya tanpa syarat
      Tanpa mengira aku siapa
      Tanpa mengira betapa timbunan dosaku pada-Mu
      Semua-NYa Kau ampunkan
      Asalkan aku mahu pulang ke pangkuan-Mu
      Maha Penyayang-Mu Ya Allah
      Maha Pengasih-Mu Ya Allah

      Amalanku yang sedikit ini
      Kau balas dengan cinta-Mu
      Tanpa had tanpa batas
      Hinggakan aku kelu
      Untuk mengingati dunia
      Yang mempesonakan
      Tapi cumalah sementara
      Yang pastinya tiada kekal

      Macam mana kayanya aku
      Macam mana cantiknya aku
      Macam mana cintanya aku pada dia

      Semuanya itu pasti akan
      Aku tinggalkan

      Yang aku bawa pergi
      Hanyalah cinta-Mu duhai Kekasih
      Itulah yang kudambakan
      Pagi petang siang dan malam
      Makanya Kau temukanlah aku
      Dengan para hamba-Mu
      Yang mahu pulang ke jalan-jalan-Mu
      Agar kami sama-sama Menga-Agungkan-Mu
      Di setiap masa dan seketika
      Menggunakan bahasa-bahasa Syurga
      Mengundang Nur Hidayah Kasih-Mu
      Pada kami dan kepada sesiapa yang membaca karya kami
      Serasa hidup di dunia ini
      Hanya-lah yang ada di hati dan di jiwa
      Adalah Kekasih kepada semua kekakasih-Mu
      Yang ada di muka bumi ini

      Ya Allah...
      Izinkanlah kami mengungkapkan
      Bahasa-bahasa nan indah-indah
      Seperti ahli Syurga
      Mengundang rindu
      Mengundang cinta
      Hanyalah untuk-Mu
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      1 Julai 2012
      about an hour ago · Edited · Like · 1

      Lisa Arif amin
      cantik sekali
      juntaian puisimu
      semakin mencapai klimaksku
      best (Y)
      about an hour ago · Unlike · 1

      Putri Rimba Niagara:

      Duhai Lisa Arif
      Bahasa-bahasamu nan indah
      Mendamaikan roh dan jasadku
      Makanya lahirlah bahasa nan indah jua

      Moga kau senitiasalah
      Berbahasa indah Lisa...
      Agar aku pun dapat berbahasa indah

      Anggaplah dirimu bulan
      Kerana aku suka bersahabat dengan bulan
      Semakin aku melihatnya
      Semakin aku memuji
      Betapa Agung-Nya Kekuasaan
      Penciptanya Penciptaku jua
      ALLAHU AKHBAR
      Indahnya Lisa...
      Di setiap waktu
      Menga-Agungkan cinta-Nya
      Sehingga terhenti nafas
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      4 Julai 2012
      7 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA

      Kekasihku...

      Kekasihku Allah SWT Tuhanku
      Kekasihku Nabi Muhammad SAW
      Kekasihku amal penemanku di kuburan
      Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
      Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya

      Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
      Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
      Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya

      Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
      Beramal ikhlas semata kerana-Nya
      Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya

      Kekasih segala kekasih
      DIA lah Tuhanku
      Yang setia
      Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas

      Janji-Nya pasti benar
      Sesungguh-Nya
      DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
      Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
      Biarpun sedetik
      Terlalu hampir
      Kemana kita berada DIA berada
      Tak pernah tidur dan lalai
      Bersama kita
      Sejak Azali Lagi
      Hingga nafas terhenti
      Syurga adalah balasan
      Yang terindah buat para kekasih-Nya
      Yang Dicintai
      Selagi berdetak jantung
      Yang tiada penghujung-Nya
      Biarpun sudah bergelar roh

      Begitulah
      Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
      Maka berlumba-lumbalah kita untuk
      Menjadi kekasih-Nya
      Kerana
      DIA Maha
      Penyayang
      Memahami
      Setia
      Memakbulkan doa
      Janji-Nya pasti ditepati

      Kita tak akan dikecewakan
      Selagi mana kita beramal
      Ikhlas kerana-Nya

      Andainya semua hamba-Nya
      Masuk ke Syurga
      Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
      Menghuni Syurga
      Kerana Syurga itu
      Luas seluas -luas-NYa

      Begitulah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Nya Kekasih
      Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
      Yang hidup di muka bumi
      Dari wujudnya Nabi Adam as
      Hinggalah bumi ini qiamat

      SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
      KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
      KEKASIH-NYA

      Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
      Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      22 Jun 2012

      KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
      4 Julai 2012
      6 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali ALLAH KAMI YAKIN SEYAKIN YAKIN-NYA

      Ya Allah
      Mati itu pasti
      Seksa kubur itu pasti
      Alam barzah itu pasti
      Alam akhirat itu pasti
      Siratul mustaaqim itu pasti
      Syurga itu wujud
      Neraka itu wujud
      Semuanya benar tiada yang tak benar melainkan benar

      Semuanya kami yakin
      Yakin seyakin yakinnya

      Maka terimalah taubatku
      Terimalah amalanku

      Agar aku
      Mati dalam keadaan tenang
      Dihindari seksa kubur
      Menempuhi alam akhirat yang bahagia selamanya
      Meniti siratul mustaqim dengan mudah tanpa azab sengsara
      Masuk ke Syurga bersama-sama dengan hamba-Mu
      Yang terselamat daripada segala azab sengsara neraka.
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      BERKATNYA TALI SILATURRAHIM YANG MAHU
      KE JALAN-JALAN KETUHANAN
      IKATAN UKHUWAH PERSAHABATAN DI DUNIA DIPATRIKAN HINGGA KE SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN.

      MOGA SETIAP YANG HADIR DALAM HIDUPKU KASIH DAN CINTA-NYA SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI...PASTI JIWAKU PUN SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI SETENANG AIR DI KALI SYURGA SETENANG JIWA YANG INGIN TENANG TIKA BERTEMU DENGAN TUHANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

      Doa setulus ikhlas untuk semua rakan fbku , rakan grupku dan semua pembaca setia karyaku di alam maya.
      Moga Allah Azzawajallah makbulkan . Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      25 Jun 2012
      Like · · Unfollow Post · June 25 at 7:16pm
      Pradita Fia, Naga Pamungkas and 5 others like this.
      (PETIKAN DARIPADA GRUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI)
      4 Julai 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
4 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;