Tuesday, 3 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (97) - DI MATA HATIKU KAULAH KEINDAHAN HIDUPKU



  • Ahmad Tajuddin was tagged in Arowana Tasik Chini's photo. — withNor Maziana and 32 others.
     ·  · 6 hours ago · 
    • You, Ahmad Tajuddin and 99 others like this.
    • 3 shares
      • Zana Zara Mohd Yasin walaupn tnpa kau sedari....
        6 hours ago ·  · 4
      • Power Kiss gunung kinabalu lg blom kna daki kn.
        6 hours ago ·  · 4
      • Pelangi Indah TQ..CANTIK TASIKNYA..DIHATIKU KAU LAH SEGALANYA..TQ
        6 hours ago ·  · 4
      • Izza Aniza kau yg terindah dlm hdpku, wlu kau tercipta bkn utkku....
        6 hours ago ·  · 5
      • Mohdadnan Mesu agi idup, agi ngalaban..slagi masih hidup, tetap akan ku korbankan...
        6 hours ago ·  · 4
      • Zainab Zai cinta tak perlu diucap berulangkali
        cukuplah kemesraan kasih sayang
        hadirlah disetiap sepi melakar lara
        jua dalam ceria meniti bahagia
        6 hours ago ·  · 6
      • Sha Rahsia Hati Jangan di daki Gunung Tahan
        Jangan pergi tanpa teman
        Jangan lupa kasihnya tuhan
        Jangan bersedih menerima ujian
        6 hours ago ·  · 6
      • Nor Maziana keikhlasan yg terpancar diwajahnya membuatkan aku benar2 bahagia walaupun aku tak pasti adakah cintanya itu untukku... namun dimata hatiku... dialah cinta hatiku... terima kasihArowana Tasik Chini...:-))
        6 hours ago ·  · 5
      • Kasih Suria ‎~keindahan itu tersemat di hati.bila cinta menguasai diri.hidup terasa spt mimpi.senyuman terukir mengisi hari2.tiada kata mampu terungkap,kala cinta telah ku dakap.hanya bahagia yg aku harap~..time kasih Arowana Tasik Chini...:))
        5 hours ago · Edited ·  · 4
      • Arowana Emas Terima kasih Arowana Tasik Chini , aku juga sayang kamu . . .
        5 hours ago · Edited ·  · 4
      • Jiwaku Rita cinta hanya ungkapan kata
        bersemi dihati melakar dijiwa
        bahagia datang tanpa diduga
        itulah cinta pandang pertama..
        terima kasih Arowana Tasik Chini..
        5 hours ago ·  · 5
      • Puteri Jelita tkasih Arowana Tasik Chini ♥ u babe ♥
        5 hours ago ·  · 3
      • Arowana Tasik Chini Terima kasih Jiwaku Rita , kamu mengajar aku erti cinta . . . dan aku masih mencari cinta sejati !
        5 hours ago ·  · 7
      • Tyne Chbby cinta sejati itu adalah cinta yg tulus,suci dan murni...sememang nya amat bertuah apabila kiter memiliki cinta seperti itu ...;-)...
        5 hours ago ·  · 3
      • Myra Rizky Tanpa Cinta
        Kita hilang tenaga
        Tanpa Cinta
        Kita bakal memiliki jiwa yang gersang
        tandus kasih sayang
        Tanpa Cinta
        Kita tiada arah
        4 hours ago ·  · 3
      • Rabeah Mohd Ali PATRIKAN CINTA KAMI HINGGA KE SYURGAWI

        Duhai bakal bidadariku...
        Kau kata
        Padaku
        Jika ikatan kita sudah terpatri cincin cinta Syurga
        Setiap hari kau akan menyediakan aku
        Secawan kopi cinta
        Itu adalah lambang cintamu yang takkan pudar padaku
        Semakin hari semakin cinta
        Semakin hari semakin sayang
        Semakin hari semakin rindu
        Tak perlu lagi ditunggu ungkapan
        Cinta sayang dan rindu di ombak rindu
        Tak perlu ditungggu tak perlu dilaungkan lagi
        Setiap kata-katamu membuatkan
        Aku teruja untuk memilikimu
        Menyangimu mencintaimu seumur hidupku

        Andai kata aku tidak memilikimu
        Mahu rasanya kopi cinta itu
        Terbayang-bayang wajahmu
        Terbayang-bayang candamu yang menghiburkan
        Terbayang kata-kata yang memukau kalbu
        Kau mengujakan aku untuk terus memiliki cintamu
        Tapi kau bilang...
        Jika ingin memiliki cintamu...
        Aku haruslah meletakkan cinta Allah Tempat Teratas
        Barulah kau akan terima cintaku
        Kau bilang cinta mu ada ke aku
        Kiranya cintaku pada Allah Yang Pertama
        Tersyahdu aku terkedu aku
        Yang selama ini mengujakan cinta seorang wanita
        Tapi kau mentarbiyahkan aku mencintai Allah
        Mengatasi segalaNya
        Cintamu sekadar apa adanya...
        Dan kau mencintai aku lebih adanya

        Kata-katamu itu menusuk di kalbuku
        Aku muhasabah diriku
        Apakah selama ini
        Aku terlalu taksub dengan pesona cinta dunia?
        Ya Allah aku bersyukur padaMu
        Kau Kurniakan
        CintaMu dengan
        Hadirnya dia
        Untuk kami terus-terusan mencintaiMu
        Mencari jalan-jalan redhaMu
        Hingga ke akhir hayat kami
        Dan patrikan cinta kami
        Hingga ke Syurgawi
        Aamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        3 Julai 2012
        4 hours ago ·  · 3
      • Rohaya Anuar Terima kasih Arowana Tasik Chini..♥♥♥
        4 hours ago ·  · 2
      • Rabeah Mohd Ali CINTA ATAS KETENTUAN-NYA

        Cinta yang didambakan
        Oleh dua insan untuk
        Mematrikan cinta
        Dalam redha Ilahi
        Membawa tragedi yang menyayat hati

        Entah apa dosanya
        Mencintai yang dicintai
        Saling cinta mencintai
        Atas dasar Cinta Atas Ketentuan-Nya

        "Berdosakah aku mencintainya," Itulah
        Yang selalu diungkapkan berulang kali
        Berkali-kali sambil memandang cincin
        Bertahtakan permata dari Syurga dari
        Bidadaranya yang diKurniakan oleh Pencipta cinta dan rindu.

        Selalu yang dilafakan , " I love u darling & I miss u darling "
        Suasana kehidupan bagaikan di Syurga
        Berkata-kata bak penghuni Syurga
        Beribadat bersama-sama
        Sebagai bekalan pulang ke negeri abadi
        Moga diterima segala amalan itu
        Dapatlah mematrikan cinta hingga ke Syurga
        Ahhh! Dunia impian setiap pasangan bidadara dan bidadari
        Yang faham apa itu Takdir Atas Ketentuan-Nya

        Sedang mahu keluar dari istana, 'Rumahku Syurgaku'
        Untuk mencari rezeki disamping untuk meringankan beban
        Bidadara yang hidup serba sederhana...
        Dia ditahan oleh sekumpulan manusia berhatikan binatang buas!
        Memukul ...menghentak ...seluruh tubuh sehingga
        Berdarah....berdarah...darah...
        Sampai separuh mati...dikerjakannya....
        Raungan si bidadari cinta tidak dihiraukan
        "Tolonglah fahami keadaan aku...
        Berdosakan aku mencintainya...aku cumalah redha atas ketentuan-Nya
        Cinta Kurniaan-Nya kenapa harus dengki denganku? Bunuhlah aku kalau
        Itu dapat meredakan dendam kalian yang membara-bara itu...aku sudah
        Redha kerana Ketentuan Cintaku Bersama Bidadaraku Hanya setakat ini saja...
        LAILLAHAILLAH MUHAMMADDARRASULLALLAH"
        Setelah habis bidadari cinta menghabiskan kalimah shahadahnya ...tubuhnya
        Yang berdarah....darah...darah...disimbahi dengan minyak tanah oleh si pendendam
        Cinta menghidupkan api langsung terbakar hanguslah tubuh bidadari cinta kerana-Nya"

        Yang menjadi kemusykilan semua orang... Cincin Cinta Permta Dari Syurga tidak hangus...malah makin bersinar-sinar....dikucup penuh dengan linangan air mata oleh si
        bidadara cinta...." Kanda cincin permata Syurga ini adalah tiket dinda untuk ke
        Syurga-Nya dan Insya-Allah cinta kita akan diteruskan di Syurga....makanya di hari
        Kematian dinda nanti redhakan saja kematian dinda...percayalah dinda akan menunggu kanda di Pintu Syurga ...biarpun kita terpisah jasad tapi cinta kita tetap
        bersatu di alam cinta redha Ilahi...I love u n miss u forever n ever kanda...


          • KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            3 Julai 2012

            4 hours ago ·  · 4
          • Rabeah Mohd Ali PERSANDINGAN DI KANVAS CINTA
            PELANGI PURNAMA MALAM

            Duhai kanda Werdys Kalbary tercinta....

            Cintaku pada Allah Azzawajlalah
            Cintaku pada Nabi Muhammad SAW
            Cintaku pada cinta yang tercatat di Lauhmahfuz

            Catatan di alam ghaib memang ku tak tahu
            Tapi kehadiranmu tanpa dugaku
            Cintamu hadir membungakan jiwa cintaku
            Dan ku yakin itu adalah datang dari kurniaan Allah SWT
            Kerana apa ...aku yakin...
            Kenapa padamu hatiku terpaut
            Kenapa tidak cinta lain yang ada di luar sana?

            Kudapat rasa cinta sudah tersurat
            Tapi Ketentuan Cinta Ilahi ku tak tahu... kanda
            Kerana aku selaku hamba-Nya tetap lemah tentang takdir
            Makanya aku cuma bisa berdoa
            Agar Cinta Ketentuan Ilahi menyebelahi kita
            Moga Allah memakbulkan doaku doamu kanda

            Kanda...

            Cinta kita setiasa mengalir seperti air terjun Niagara
            bukan setakat menghapus kemarau 1000 tahun tapi selagi ada
            bulan dan matahari cinta kita akan terus mengalir....
            di jiwa pewaris cinta Adam dan Hawa
            cinta mencintai hanyalah kerana-Nya

            Kanda...

            Biarpun kita sudah tiada di dunia ini nanti
            Cinta kita seperti cinta
            Bidadara & Bidadari yang
            Hidup di bumi
            Menyeru pada penghuni bumi
            Betapa indahnya cinta karena-Nya
            Karena setiap takdir cinta Ketentuan-Nya
            Diterima dalam redha
            Pasti jiwa setiap si pencinta cinta kurniaan-Nya
            Jiwanya akan aman damai tenang...
            Setenang air di kali Syurga

            Kanda...

            Samada Ketentuan Cinta menyebelahi kita atau tidak
            Di Syurga nanti tiada yang mustahil bagi Allah SWT
            Mengandingkan kita sebagai pengantin Syurga
            SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLHU AKHBAR

            Kanda...

            Setiap malam purnama yang syahdu
            Bergemerlapan cahaya bintang
            Diserikan dengan pelangi malam
            Di kanvas langit malam nan indah...
            Kita bergandingan bersama selamanya

            Si pemuja cinta kerana-Nya di bumi
            Tak jemu-jemu memandang kita
            Sambil mengucapkan syukur tanpa henti
            SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
            Dan kita melambaikan tangan kepada mereka
            Tanda kita menghargai mereka
            Yang menghargai cinta kita tika di dunia dulu
            Dan mereka mendoakan kita
            Agar saham akhirat kita terus mengalir
            Seperti air terjun Niagara

            KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
            2 Julai 2012
            4 hours ago ·  · 2
          • Rabeah Mohd Ali SAAT LANGIT MELAMBAI RINDU

            saat langit melambai rindu
            hatiku tak keharuan
            bayangan rindumu
            ada di mana-mana
            di setiap langkahku
            sentiasa mengekoriku
            aku rindu serindu rindunya
            rindukanmu

            rindu bayangan
            rupanya aku
            lagi dikejar
            lagi menghilang
            entah di mana
            kucari kemana-mana
            tak ditemui
            rupanya
            bayanganmu hilang
            ditelan kabus senja
            aku merindu lagi dan lagi terus merindu

            aku pergi ke ombak rindu
            berlagu rindu
            bersyair rindu
            rindukan kamu
            duhai bayangan cinta
            yang tidak sudi
            mengekoriku lagi

            dalam tangisan hiba
            mengenangkan rindu bayangan
            yang tak terbalas rindu
            ombak menderu-deru
            memujukku

            "Duhai Tuan Putri kesayangan rimba niagara
            siapalah yang Tuan Putri rindu itu..."

            "Bayangan kekasih hamba..menghilang
            ditelan kabus senja...hamba rindukannya
            rindu serindu..."

            "Duhai Tuan Putri kesayangan rimba niagara...
            Kenapa kekasih yang cuma bayangan saja
            yang tuan putri rindu....kenapa tak rindu pada
            yang lebih berhak dirindu?

            "Apa maksudmu?"

            "Cuba Tuan Putri fikir...sekadar bayangannya Tuan Putri rindu
            lepas itu bayangannya hilang...maknanya itu cuma sementara rindu
            rindu yang tak terbalas rindu ....rindu yang tak kekal ...yang tak bawa
            ke Syurga Cinta.."

            "Apa maksud mu ...hamba tak faham...beritahulah hamba agar
            hamba faham rindu yang berbalas Syurga Cinta."

            "Rindulah pada Pencipta Alam Semesta ini yang mencipta Tuan Putri
            dan hamba juga..termasuk kekasih Tuan Putri...
            Tuan Putri rindu cuma bayangannya saja tapi jika Tuhan yang dirindui
            rindu Tuan Putri pasti akan dibalas rindu dan cinta-Nya SUBHANALLAH
            Tuan Putri jikalah rindu dan cinta tuan putri telah dibalas-Nya
            ALLAHU AKHBAR tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan
            Redha dan Cinta-Nya....Syurga adalah balasan cinta suci Tuan Putri
            tak mahu ke tuan putri? Bukan itu saja...jikalah Tuan Putri yakin
            cinta Tuan Putri yang utuh padu pada-Nya...kekasih yang cuma
            bayangan itu pun akan dikurniakan kepada tuan putri tapi bukan
            bayangan... realiti tuan putri tak perlu dirindu sudah ada di depan mata untuk cinta dan rindu dalam redha-Nya...dan dengan Rahmat Kasih-Nya cinta tuan putri bukan sekadar di dunia saja akan diteruskan hingga ke Syurga-Nya dengan syarat saling mencintai kerana-Nya dan
            mencari jalan-jalan ke Syurga dengan hati yang ikhlas kerana-Nya."

            Setelah habis berkata-kata ....kata-kata permata daripada deruan ombak rindu
            hilang entah di mana....

            Putri Rimba Niagara menangis hiba dan mendongak ke langit
            Dan di langit amat indah diindahkan dengan warna warni pelangi memancar ke laut ombak rindu... ke seluruhan ombak rindu berwarna warni pelangi ALLAHU AKHBAR AMAT INDAH

            Melihat kejadian yang amat menakjubkan itu tak henti-henti Putri Rimba
            berzikir dan bermunajat pada-Nya... didongak ke langit lambang cinta yang berkalimah Allah Azzawajallah tertera dengan jelas dan bawah cinta kalimah Allah
            tuan putri rimba dan kekasihnya bergandingan menjadi pasangan pengantin yang diredhai Allah dan diaminkan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.

            SEMUA ALAM GHAIB ADALAH DALAM RAHSIA ALLAH AZZAWAJALLAH
            CINTA DALAM KETENTUANNYA

            Karya Putri Rimba Niagara
            9 Jun 2012
            4 hours ago ·  · 3
          • Rabeah Mohd Ali INDAHNYA CINTA BAYANGAN

            Cinta itu indah
            Seindah pelangi di malam hari

            Cinta itu murni
            Semurni hati yang dibajai
            Dengan keselarian cinta pada-Nya

            Cinta tak pernah mengenal siapa
            Cinta datang tanpa diduga
            Cinta tak boleh pura-pura
            Cinta bukan hanya pandai menyebut cinta
            Hati menyebut lain mulut berkata lain
            Itu bukan cinta namanya
            Itu cuma cinta sandaran hati terluka
            Sekadar untuk merawat luka cinta lama yang terluka
            Tapi akan terluka juga akhirnya jika pura-pura cinta

            Cinta sejati
            Lahir dari hati
            Nan suci
            Mahu saling cinta mencintai
            Hanya semata mahu meraih cinta redha Ilahi

            Cinta akan terserlah wangiannya
            Seperti apabila kita melihat cermin
            Di situlah bayangan cintanya ada
            Seperti mawar di letakkan di air jernih
            akan terbias bayangannya
            Begitulah indahnya cinta...

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            25 Jun 2012
            4 hours ago ·  · 4
          • Rabeah Mohd Ali ITULAH CINTA YANG HARUS KAU DAN AKU DAMBAKAN KASIH

            Jika cinta mu tak pernah mati untukku
            Sentiasa membara-bara api asmaramu

            Cintaku sentiasa hidup untukmu
            Aku ingin membalas cintamu

            Tapi malangnya
            Cintamu untuk dunia saja
            Tiada langsung ke arah akhirat

            Cinta sekadar indah dunia
            Sekadar perhiasan cinta

            Bukan...bukan...aku tak mahu begitu kasih...
            Yang kumahu cintamu membawa aku ke Syurga

            Pasti cinta kita saling terarah
            Untuk bersama mencari jalan ke Syurgawi

            Agar cinta kita sentiasa mengundang rahmat kasih-Nya
            Makanya terpatrilah cinta kita hingga ke Syurgawi
            Itulah cinta yang harus kau dan aku dambakan kasih.

            Karya Putri Rimba Niagara
            25 Jun 2012
            4 hours ago ·  · 3
          • Ahmad Tajuddin ‎~ thanx!
            3 hours ago ·  · 1
          • Rabeah Mohd Ali SEHINGGA AKHIR KALAM MENYEBUT KALIMAH SYURGA-MU

            nafas cintaku

            tiada kekal
            sampai masanya
            akan layu
            melainkan
            cinta yang Satu
            harum
            walau matiku

            By: Lisa Arif
            Parit Buntar Perak Malaysia

            NAFAS CINTA-MU

            Nafas cinta-Mu
            Sentiasa hidup di setiap
            Semua hamba-Mu
            Yang mahu pulang ke Pangkuan-Mu
            Dalam redha lagi diredhai
            Maka terimalah cinta kami ini
            Duhai Kekasih roh dan jasad

            Limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
            Sehingga akhir kalam kami
            Menyebut kalimah Syurga-Mu
            LAAILLAHAILLAHMUHAMMADARRASULLALLAH
            Kerana itu Ya Allah kami mahu berhidup di muka bumi dengan menggunakan bahasa-bahasa Syurga yang mengundang Rahmat Kasih-Mu
            Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            1 Julai 2012

            Lisa Arif amin:
            segalanya pasti dalam rencana dan pengetahuan-Nya
            miliknya hakiki
            moga bahasaku
            ilhamku
            matiku
            dalam pandangan-Nya

            Putri Rimba Niagara:

            Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
            about an hour ago · Like · 1

            Lisa Arif amin ♥
            about an hour ago · Like
            \
            3 hours ago ·  · 3
          • Rabeah Mohd Ali MENGUNDANG RINDU MENGUNDANG CINTA

            Menyebut Nama-Mu saja
            Hatiku rasa terharu
            Bagaikan disayat-sayat sembilu pilu
            Air mataku mengalir merindui-Mu selalu
            Meratapi diri yang leka dengan pesona cinta duniawi
            Yang belum pasti bukan milikku kerana cinta ATAS KETENTUAN-MU

            Yang kuburu cinta-Mu
            Yang pasti Kau balas
            Kiranya aku ikhlas mencintai-Mu
            Kau membalas-Nya tanpa syarat
            Tanpa mengira aku siapa
            Tanpa mengira betapa timbunan dosaku pada-Mu
            Semua-NYa Kau ampunkan
            Asalkan aku mahu pulang ke pangkuan-Mu
            Maha Penyayang-Mu Ya Allah
            Maha Pengasih-Mu Ya Allah

            Amalanku yang sedikit ini
            Kau balas dengan cinta-Mu
            Tanpa had tanpa batas
            Hinggakan aku kelu
            Untuk mengingati dunia
            Yang mempesonakan
            Tapi cumalah sementara
            Yang pastinya tiada kekal

            Macam mana kayanya aku
            Macam mana cantiknya aku
            Macam mana cintanya aku pada dia

            Semuanya itu pasti akan
            Aku tinggalkan

            Yang aku bawa pergi
            Hanyalah cinta-Mu duhai Kekasih
            Itulah yang kudambakan
            Pagi petang siang dan malam
            Makanya Kau temukanlah aku
            Dengan para hamba-Mu
            Yang mahu pulang ke jalan-jalan-Mu
            Agar kami sama-sama Menga-Agungkan-Mu
            Di setiap masa dan seketika
            Menggunakan bahasa-bahasa Syurga
            Mengundang Nur Hidayah Kasih-Mu
            Pada kami dan kepada sesiapa yang membaca karya kami
            Serasa hidup di dunia ini
            Hanya-lah yang ada di hati dan di jiwa
            Adalah Kekasih kepada semua kekakasih-Mu
            Yang ada di muka bumi ini

            Ya Allah...
            Izinkanlah kami mengungkapkan
            Bahasa-bahasa nan indah-indah
            Seperti ahli Syurga
            Mengundang rindu
            Mengundang cinta
            Hanyalah untuk-Mu
            Aamin Ya Rabbal A'Lamin

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            1 Julai 2012
            about an hour ago · Edited · Like · 1

            Lisa Arif amin
            cantik sekali
            juntaian puisimu
            semakin mencapai klimaksku
            best (Y)
            about an hour ago · Unlike · 1

            Putri Rimba Niagara:

            Duhai Lisa Arif
            Bahasa-bahasamu nan indah
            Mendamaikan roh dan jasadku
            Makanya lahirlah bahasa nan indah jua

            Moga kau senitiasalah
            Berbahasa indah Lisa...
            Agar aku pun dapat berbahasa indah

            Anggaplah dirimu bulan
            Kerana aku suka bersahabat dengan bulan
            Semakin aku melihatnya
            Semakin aku memuji
            Betapa Agung-Nya Kekuasaan
            Penciptanya Penciptaku jua
            ALLAHU AKHBAR
            Indahnya Lisa...
            Di setiap waktu
            Menga-Agungkan cinta-Nya
            Sehingga terhenti nafas
            Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

            PUTRI RIMBA NIAGARA
            3 Julai 2012
            3 hours ago ·  · 3
          • Mohdadnan Mesu brapa panjang ayat daa..naik juling mata nak menghabiskan baca tu..huhuhu..
            55 minutes ago ·  · 2
          • Eiya Asmahwati Mohdadnan Mesu,,bace pelan2,,,lme2 nnti abis gek,,,,eheheheheh
            53 minutes ago ·  · 2
          • Mohdadnan Mesu ye..minggu dpan baru abis..org dah bukak topik lain..kita jgk yg trkial-kial duk tang situ x abis2..:)
            48 minutes ago ·  · 2
          • Arowana Tasik Chini Rabeah Mohd Ali , terima kasih . . . itukah erti cinta yang kucari ? Aku yakin cinta sejati yg kucari ada di sana . . .
            36 minutes ago ·  · 2
          • Mohdadnan Mesu insya' Allah..:)
            33 minutes ago ·  · 1
          • Rabeah Mohd Ali Duhai Mohdadnan Mesu maaflah kerana sudah mendera anda membaca...tentu penat kan...tak pe....sekali apa salahnya kan jadi pelajar sekolah....hehehe apa pun terima kasih semuanhya kerana sudi baca karya saya...kiriman dari rimba niagara ...terima kasih juga kepada Arowana Tasik Chini ...kerana izinkan hamba bersiaran di wallmu.... Yang baik itu dari-Nya yang kurang ini dari saya sendiri...Wassallam.
            6 minutes ago · 
          • Rabeah Mohd Ali KITA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI INSAN YANG BAIK

            KITA BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA BAIK
            TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA
            MENJADI BAIK KERANA SYURGA ADALAH
            BAGI ORANG YANG BAIK -BAIK. BERSANGKA BAIK
            DAN SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK
            MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BAIK
            PADA PANDANGAN ALLAH SWT. SEISI BUMI
            DAN LANGIT MENDOAKAN KITA AGAR MENJADI
            PENGHUNI SYURGA BERKAT KEBAIKAN KITA
            PADA ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK TUHAN
            AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

            Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
            Putri Rimba Niagara
            MALAYSIA
            3 Julai 2012

            KITA INSAN YANG TAK SEMPURNA

            Kita memang hamba-Nya yang tak sempurna
            Tapi demi cinta kita pada-Nya kita cuba sedaya upaya menjadi
            hamba-Nya yang sempurna
            Moga Allah membantu kita ke jalan-jalan-Nya sebelum bertemu-Nya
            Aamin Ya Rabbal A'Lamin

            PUTRI RIMBA.
            3 Julai 2012

            KITA SEMUA PASTI AKAN MENINGGALKAN DUNIA INI

            Percayalah setiap yang baik itu daripada-Nya
            Yang kurang itu daripada saya
            Ilmu jika ingin disampaikan jangan seperti kita mengajar mereka
            Kalau mengajar mereka lebih tahu daripada segala ilmu...
            Tapi kalau mendidik....meresap ke kalbu kerana kita saling merasa diri kita kerdil dan mereka yang membaca menerima dengan rasa rendah hati kerana kita semua pasti akan meninggalkan dunia ini .

            JIKA KITA KEJAR DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
            JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA

            Karya Putri Rimba.
            3 Julai 2012
            Like · · 6 hours ago ·
            Ahmad Tajuddin and Werdys Kalbary like this.

            (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
            3 Julai 2012
            3 minutes ago · 

        (PETIKAN DARIPADA WALL AROWANA TASIK CHINI & AHMAD TAJUDDIN & PUTRI RIMBA NIAGARA)
        3 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;