Saturday, 7 July 2012

SAYANGKU SAYANGKU - (119) BIARLAH DERITA NAMUN JIWA JANGAN DIPISAH



  • lamunanku lisa

    detik sepi
    aku ulangi baca
    setiap baris kata
    tersusun indah
    makna mendalam
    walau tidak kufaham
    kubaca kusimpan jua
    senja ini
    sekali lagi kubaca
    serangkai kata kusuka
    namun tetap sama
    tidak kufaham maksudnya
    walau kuberteleku lama
    cuma sebaris frasa
    tika kuamati kubaca
    berkalikali
    bacaku terhenti
    bukan nokhtahnya
    tika itu
    mataku berkaca
    apakah ada sesuatu
    disebalik katakata

    ~hanya kamu yang kucinta~
     ·  ·  · 8 hours ago · 
    • You, Ahmad Tajuddin and 4 others like this.
      •  Ye ...ada sesuatu di sebalik kata-kata....
        Pabila cinta dilukai tanpa ehsan di hati
        Apa....kejam ke sangat cinta yang dibina selama ini
        Hingga dihukum begini
        Jangan bilang cinta
        Jangan bilang sayang
        Jika ada niat untuk memusnahkannya....
        Itulah di sebalik kata-kata cinta dilukai....
        7 hours ago ·  · 1
      • Lezaihasra Lm hilang resah hilang gelisah, biarlah derita namun jiwa jangan di pisah...
        3 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Bulan mana bintang?
        Bintang menyorok di balik bulan...
        Malu menampilkan diri
        Kerana ingin menyendiri
        Dikecewakakan yang tak punya hati
        Hanya yang mengerti erti luka yang pedih!
        3 hours ago · 


Putri Rimba Niagara was tagged in Nur Cahayaku's photo. — with Abd Aziz Mohd Yusof and 20 others.
Angan-angan perihal dirimu ada di mataku...
Perihal ingatan pada dirimu ada dibibirku...
Tempat kembalimu sentiasa di sisiku...
Tetapi kemanakah engkau menghilang dariku???
 ·  ·  · 6 minutes ago · 
  • You and 2 others like this.
    • Nur Cahayaku Rindu adalah permaidani malam yang berbekas bintang malam
      Rindu adalah bintang yang memenuhi malam...
      Takkan ada kegusaran bila ada sapaan..
      Takkan ada kesakitan bila ada sedikit ingatan
      Itulah RINDU~~☺
      26 minutes ago · 
    • Nur Cahayaku Ku jenguk kekasih yang sedang sakit...
      Lalu aku sakit kerna belas kasihan... Dia pun datang menjenguk...
      Sakitku sirna kerna saling berpandangan~~
      Hebatnya KASIH SAYANG..
      8 minutes ago · 
    • Iskandar Salleh Induunya.....
      2 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali CINTAKU TAK PERNAH PADAM UNTUKMU KASIH

      Kasih...
      Sememangnya kita saling cinta mencintai
      Cinta kita tiada bersyarat
      Siapapun kamu
      Kuterima dalam redha
      Kerana bukan harta yang menjadi nilaian cintaku
      Kuterimamu apa adanya kamu

      Kasih...
      Tiga tahun kita bercinta
      Tanpa pernah berjumpa di alam realiti denganmu
      Alam maya menyatukan cinta kita...

      Kasih...
      Kita saling cinta
      Kita saling sayang
      Perasaan cinta ini
      Hingga sekarang masih ada lagi kasih
      Biarpun ombak tak pernah kenal
      Apa itu cinta
      Dia akan terus membadai...dan membadai...
      Selagi mampu kupertahankan cinta suci kita

      Kasih...
      Bahagia...memang bahagia
      Biarpun kau jauh di sana
      Tapi sikapmu yang selalu mengambil berat
      Ke atas diriku...membuatkan hatiku bertambah kasih padamu

      Kasih...
      Sehingga aku terlantar sakit
      Untuk menjalani pembedahan
      Menentukan antara hidup dan mati
      Kau tak jemu-jemu mendoakan
      Agar aku selamat dari menjalani pembedahan
      Berkat doamu yang tulus ikhlas aku selamat
      Syukur Alhamdulillah Tuhan masih panjangkan
      Nyawaku untuk meneruskan percintaan kita

      Kasih...
      Tak tidur malam aku pabila kita
      Merancang untuk mengikat percintaan kita
      Dengan tali perkahwinan
      Rasanya bagaikan mimpi saja
      Yang kau dan aku akan disatukan
      Dua hati yang terpisah selama ini
      Terlalu amat membahagiakan aku
      Di kala itu
      Terbayang kau menyarungkan
      Cinta bertahtakan permata dari Syurga...
      Subhanalah kebahagiaan yang tak dapat
      Hendak kubayangkan...

      Kasih...
      Dalam asyik kita merancang
      Tiba-tiba badai datang membadai...
      Menghalang percintaan kita
      Kedua orang tuamu menghalang sekeras-kerasnya

      Kasih...
      Berita keengganan kedua orang tuamu
      Menerima aku menjadi menantu mereka
      Bagaikan petir menyambar tangkai jantungku
      Mahu rasanya jantungku berhenti berdegup
      Berhari-hari aku menangis
      Mengurungkan diri di kamar sepi....
      Sambil membuka jendela
      Memerhatikan ombak memukul pantai
      Lagi hatiku pilu bagaikan disayat-sayat
      Makan tak lalu tidur tak lena
      Asyik terkenangkanmu

      Kasih...
      Kau tak jemu merawat lukaku
      Meyakinkan aku bahawa
      Cintamu hanya untukku
      Dan kau sanggup menerimaku
      Walaupun di tentang oleh keluargamu

      Kasih...
      Maafkan aku kerana tak dapat menerimamu
      Bukan aku tak cinta dan sayang padamu lagi
      Tapi aku tak mahu keranaku
      Kasih sayang antara ibu dan anak terpisah
      Dan aku tak mahu kau menderhaka kepada kedua orang tuamu
      Makanya aku rela lepaskan cinta...

      Kasih...
      Maafkan aku
      Sejujurnya hati ini masih mencintaimu
      Sampai kapan pun!
      Kasihku padmu hanya maut yang memisahkan kita
      Biarpun kita tak dapat hidup bersama
      Tapi di hatiku cintamu sentiasa ada untukku

      Kasih...
      Andaikata ada jodoh kita...
      Kan kukatakan pada diri
      Takkan kulepaskan cinta kali ini
      Kerana kutahu
      Ketentuan Takdir Cinta-Nya adalah milikku dan dirimu
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya: Putri Rimba Niagara
      6 Julai 2012
      ·
      Like · · Unfollow Post · Yesterday at 2:01pm
      Zetty Endless Love and 2 others like this.
      (PETIKAN DARIPADA WALL ZETYY ENDLESS LOVE )
      7 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;