MENGUNDANG RINDU MENGUNDANG CINTA
Menyebut Nama-Mu saja
Hatiku rasa terharu
Bagaikan disayat-sayat sembilu pilu
Air mataku mengalir merindui-Mu selalu
Meratapi diri yang leka dengan pesona cinta duniawi
Yang belum pasti bukan milikku kerana cinta ATAS KETENTUAN-MU
Yang kuburu cinta-Mu
Yang pasti Kau balas
Kiranya aku ikhlas mencintai-Mu
Kau membalas-Nya tanpa syarat
Tanpa mengira aku siapa
Tanpa mengira betapa timbunan dosaku pada-Mu
Semua-NYa Kau ampunkan
Asalkan aku mahu pulang ke pangkuan-Mu
Maha Penyayang-Mu Ya Allah
Maha Pengasih-Mu Ya Allah
Amalanku yang sedikit ini
Kau balas dengan cinta-Mu
Tanpa had tanpa batas
Hinggakan aku kelu
Untuk mengingati dunia
Yang mempesonakan
Tapi cumalah sementara
Yang pastinya tiada kekal
Macam mana kayanya aku
Macam mana cantiknya aku
Macam mana cintanya aku pada dia
Semuanya itu pasti akan
Aku tinggalkan
Yang aku bawa pergi
Hanyalah cinta-Mu duhai Kekasih
Itulah yang kudambakan
Pagi petang siang dan malam
Makanya Kau temukanlah aku
Dengan para hamba-Mu
Yang mahu pulang ke jalan-jalan-Mu
Agar kami sama-sama Menga-Agungkan-Mu
Di setiap masa dan seketika
Menggunakan bahasa-bahasa Syurga
Mengundang Nur Hidayah Kasih-Mu
Pada kami dan kepada sesiapa yang membaca karya kami
Serasa hidup di dunia ini
Hanya-lah yang ada di hati dan di jiwa
Adalah Kekasih kepada semua kekakasih-Mu
Yang ada di muka bumi ini
Yang Allah...
Izinkanlah kami mengungkapkan
Bahasa-bahasa nan indah-indah
Seperti ahli Syurga
Mengundang rindu
Mengundang cinta
Hanyalah untuk-Mu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
1 Julai 2012
1 Julai 2012
JIKA KAU YAKIN DENGAN CINTA-NYA KAU PASTI AKAN REDHA
* Walau ku syukuri segala yg pernah Engkau berikan padaku, namun tak bertanding dengan derita yg kualami, yaa Allah, ringankanlah deritaku, ringankanlah ujianku, rasanya hampir aku tak sanggup menanggung nya.....
By: Irma Sri Kabulatirin
Unlike · · 34 minutes ago via mobile ·
You like this.
Duhai irmaku sayang...
Jangan kau bilang begitu irma
Hancur lulur hatiku mendengarnya
Aku dulu sepertimu irma
Lagi aku mencintai-Nya
Lagi aku terus diuji dan di uji
Hingga pernah aku meminta DIA
Bekukan otakku
Aku rela koma di ICU
Kerana hidupku tak keharuan irma
Airmata adalah peneman setiaku
Sentiasa dalam duka lara
Tapi irma kan...
DIA tak kabulkan doaku irma
Kerana jika dia kabulkan
Pasti aku tidak diterima
Sebagai hamba-NYa
Karena tak tahan diuji
Sedangkan ujian itu
Adalah bunga-bunga cinta-Nya untukku
Kini bila aku sudah faham
Aku bersyukur dalam nikmat kasih Nur Ilahi
Sebab itu di usiaku yang masih tersisa ini
Aku mahu mengungkapkan kata-kata
Nan indah-indah
Yang mendamaikan roh dan jasad
Jika kata-kata yang keruh
Aku rela undur diri dari mereka
Kerana aku sudah tak larat lagi
Menghadapi kecelaruan fikiran
Fikiran masalah remeh temeh manusia
Yang aku fikirkan kata-kata
Yang datangnya dari
Suara-suara tak jemu-jemu mengajak
Jalan-jalan ke Syurga-Nya
Moga di usiaku yang tersisa ini
Aku dikelilingi kawan-kawan
Yang menggunakan bahasa-bahasa Syurga
Ahhh! Bahagia roh dan jasadku irma...
Sahabat yang begitu adalah
Igauanku adalah impianku
Makanya irma...
Jika kau yakin dengan cinta-NYa
Kau sabar banyak-banyak ye
Pasti kau akan redha
Apa yang Dia tentukan takdir untukmu
Sentiasalah bersangka baik pada-Nya
Semoga setelah kau mendengar
Apa yang kucoretkan ini boleh
Menenangkan roh dan jasadmu irma
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Yang menyayangimu demi-Nya,
Sahabatmu Rabeah Mohd Ali
Malaysia
1 Julai 2012
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & IRMA SRI KABULATIRIN
1 Julai 2012
0 comments:
Post a Comment