Sunday, 1 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (75) - MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA DIBELI DENGAN UKIRAN DAUNAN KASIH



  • Putri Rimba Niagara shared her own photo.
     ·  ·  · 7 hours ago · 


    • Ahmad Tajuddin like this.


      • MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA DIBELI DENGAN UKIRAN DAUNAN KASIH

        Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Puteri Rimba Niagara
        kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik tuan puteri
        sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.

        Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya
        dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia
        makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi
        diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya
        Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan
        boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk
        menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik
        Tuan Putri.

        Makanya kami arahkan si kunta si kunte menggalas tanggungjawab untuk
        membeli mahkota Tuan Putri Rimba berbekalkan ukiran daunan kasih
        hasil karya tuan Putri.

        Sudah serata pelosok dunia dijaja ukiran daunan kasih Putri Rimba
        masih lagi tiada yang sudi membelinya ....malah mereka mengejek
        dan mentertawakan si kunta si kunte....

        "Hei...kamu gila ke apa?"
        "Kenapa kamu kata kami gila ya....?"
        "Nak beli mahkota yang harga berjuta ringgit ini dengan ukiran daunan kasih?
        takkan gila namanya itu?"
        "Dunia kami daunan ukiran kasih ini amat berharga daripada wang ringgit...."
        "Dunia kamu lain? Dunia kami lain...dunia kamu penuh fantasi dan anggan-angan
        manakan sama dengan dunia kami yang realiti? Hahahaha dunia angan...angan..."
        Mereka gelakkan si kunta si kunte semahunya.
        "Duhai manusia ....begitu sekali kamu hina dunia kami yang mengagungkan
        kasih suci kerana-Nya...biarpun kamu rasa kamu berada di dunia realiti tapi pada kami dunia kamu penuh kepalsuan, kebencian, dendam membara, berkata-kata saling hina menghina serasa diri sempurna semuanya...makanya kami tak ingin sama sekali berurusan manusia seperti kamu yang berhati busuk...kalau kami bercampur dengan kamu kami berhati busuk juga...dan kami tak akan izinkan sama sekali tuan puteri kami berkawan dengan kamu dan kami yakin jika tuan puteri kami
        mendengar setiap butiran kata-katamu ini pasti jantungnya akan berhenti berdetak!
        Makanya kami akan jauhkan tuan puteri kami dari kamu...namanya manusia yang diberi akal untuk mengungkapkan kata-kata indah tapi tetap juga memilih kata-kata yang mengundang sakit hati manusia....jika manusia sakit hati lantas bergaduh pasti Tuhan akan murka....kamu tak tahu ke....jika kamu rasa kamu ini sudah sempurna segalanya teruskan saja kata-katamu ini hingga ke mati , cuma aku nak pesan sama kamu setiap kata-katamu ada malaikat mencatatnya dan catatan ini akan menjadi saksi di akhirat nanti...berwaspadalah dalam berkata-kata duhai manusia jika kamu mahu selamat dunia akhirat."
        "Kamu ini siapa nak menasihatkan kami....sekadar haiwan yang tiada nilaipun pada kami...hahahaha"
        "Duhai manusia....biarpun kami haiwan...tapi bila kami mati...di akhirat nanti ..kami tak dihitung dosa pahala....dan kami yakin jika kami berbuat baik pada manusia dan manusia menyayangi kami dan jika dia masuk Syurga dan mereka mendoakan kami untuk datang kepadanya ...kami akan ada di sisinya seperti kami berada di dunia kerana di Syurga apa saja kemahuan ahli Syurga sepantas kilat akan wujud...dan di Syurga bukan fantasi atau angan-angan....itulah sebenarnya alam realiti yang abadi selamanya....tidak seperti di dunia....kalau masih ragu lagi....tunggulah maut menjemputmu baru kamu tahu benar atau tidak kataku ini duhai manusia...."
        "Marilah kita pergi tinggalkan manusia begini...kita cakap macam mana pun dia tetap menghina kita...biarlah Tuhan saja yang menyedarkannya."

        Sudah sepurnama si kunta si kunte mencari siapakah yang sanggup membeli ukiran daunan kasih Tuan Putri Rimba....Untuk menghilangkan penat mereka singgah di sebuah pantai nan indah permai....terlihat dia seorang jejaka yang sejak tadi memerhatikan mereka....

        "Kalian dari mana?"
        "Rimba Niagara?"
        "Apa yang kalian bawa itu?"
        "Ukiran daunan kasih...."
        "Boleh hamba tengok..."
        "Silakan tuan hamba..."
        "Suka hamba pada ukiran daunan kasih ini..."
        "Siapakah yang mengarangnya?"
        "Tuan Putri Rimba Niagara kami...."
        "Boleh kah hamba memiliki ukiran daunan kasih ini...hamba amat sukakanya
        membuatkan hati hamba jatuh cinta pada Pencipta hamba ...."
        "Kata tuan putri kami itulah matlamat tuan putri berkarya agar karya yang ditulis
        apabila dibaca mengundang Nur Hidayah Kasih Ilahi."
        "Sejujurnya hamba memang suka ukiran daunan kasih Tuan Putri ..tuan hamba...
        Sekarang ini apa syaratnya agar hamba dapat memiliki daunan ukiran kasih ini."

        "Sudah serata tempat kami mencari pembeli daunan ukiran kasih putri rimba niagara tapi tiada seorangpun yang sanggup membelinya....jika tuan hamba sudi kami mahu sebuah mahkota untuk pertabalan tuan pueri kami sebagai tuan putri rimba niagara. Apakah tuan hamba sudi mencarikan mahkota tersebut sebagai pertukaran ukiran daunan kasih ini."

        "Bisa aje dong...yuk kita pergi sekarang."

        "Kamu rasa mahkota ini cantik tak untuk Tuan Putri Rimba kamu..."
        "Tuan hamba pilih sajalah yang mana satu...tuan hamba suka kami pun suka...."
        "Makanya hamba pilih yang ini....pasti Tuan Putri Rimba kamu sukakannya..."
        "Terima kasih tuan hamba yang baik budi....moga Allah SWT saja yang dapat
        membalas segala kebaikan tuan hamba kepada kami seluruh penghuni rimba Niagara..."
        "Apa nama tempat ini tuan hamba....?"
        "Sintang, Kalimantan Barat Indonesia ."

        BERSAMBUNG

        7 hours ago ·  · 1
WARKAH UNTUK SAHABAT PUTRI RIMBA IRMA SRI KABULITIRIN


Kerana kita aneh irma
Makanya kita diketemukan

Di laman rimba niagara ini
Nasib baik si kunte si kunte
Faham belikan aku Laptop 
Yang kelakarnya dia kata apa
Tuan putri kena canggih sikit
Kena tahu apa yang berlaku di alam
Manusia Tuan Putri
Gimana caranya mahu tahu alam mereka
Kami belikan Tuan putri
Alat yang canggih agar Tuan Putri
Tahu dan mengenali manusia di luar sana
Manalah hamba tahu menggunakan ini semua kunta kunte
Tak apa kami ajarkan Tuan Putri sampai faham....
Peliknya gimana kamu dapat uang dan mempelajarinya?
Itu Tuan Putri jangan tanya
Tapi yang belikan dan ajarkan kami
Peminat ukiran daunan kasih Tuan Putri....
Peminat ukiran daunan kasih hamba? Siapa dia? Bilang sama hamba...
Tak perlulah Tuan Putri tahu...
Tuan Putri meminati karya tak semestinya meminati Tuan Putri janganlah perasan ye...
Hee kamu ini buat hamba malu je....
Gurau aje pun tak boleh ke tuan Putri sayang....mari sini hamba ajarkan Tuan Putri

Begitulah ceritanya irma gimana aku boleh mengenali dunia maya ini
Mereka kata senang tuan putri nak siarkan karya tuan putri di alam maya
Dan tuan putri boleh mencari rakan yang seratus peratus menyokong
Dunia karya Tuan Putri....

Sebab itu irma kau tak boleh takut dengan si kunta si kunte aku...
Tika aku membaca warkahmu...aku menangis
Si kunta si kunte pun menangis
Kalau rumahmu berdekatan dengan istana rimbaku
Boleh kami menemanimu di kala kau derita
Boleh si Kunta si Kunte
Memicit kepalamu bila sakit
Tapi masalahnya kau pasti tak mahu
Maklumlah tangannya berbulu irma
Kau pejam je kan mata
Asalkan si kunta si kunte tak kecil hati
Kerana mereka ini bila-bila masa suka berbakti
Kepada kawan-kawan yang kusayang....

Yang bestnya kau pasti gembira apabila mereka
Buat persembahan tarian rimba di hadapanmu
Pasti kau akan tergelak habis...
Tapi sebelum kau saksikan persembahan mereka
Pastikan gigi palsumu digam betul-betul
Kalau tak terpelanting nanti irma....
Hehehehe salam ceria dariku irmaku sayang
Moga ceritaku ini dapat menceriakan hidupmu irmaku sayang....

Dengan ingatan tulus ikhlas,
Sahabatmu
Putri Rimba Niagara
1 Julai 2012


JANGAN TAKUT PADA SI KUNTA SI KUNTE

Duhai Irmaku sayang...
Janganlah kau takut
Dengan si Kunta si Kunte aku...
Tanpanya aku tak seceria ini
Tanpanya aku sudah lama
Hangus dilecur oleh lautan asid mengganas!
Yang mahu aku mati di muka bumi ini
Yang mahu menghapuskan aku di muka bumi ini
Walaupun kemahuan mereka begitu untuk memusnahkan aku
Tapi Tuhan masih mahu aku teruskan hidup
Untuk menyebarluaskaan kasih sayang sesama kerana-Nya
Dihadirkan si Kunta si Kunte
Untuk menyelamatkan aku
Insya-Allah berkat hatinya yang mulia
Sentiasa ingin aku ceria dan melupakan
Segala duka lara perbuatan mereka padaku
Aku kini bahagia bersama si Kuna si Kunte
Yang selalu ambil tahu
Akan diriku
Dan mereka suka sangat aku berkarya
Setiap hari hidupku teruja dengan dunia karya
Gara-gara sokongan mereka yang tak pernah putus padaku Irma ...
Si kunta si kunte pun sudah mengenalimu irma
Mereka bilang setiap rakan yang setulusnya menyayangiku kerana-Nya
Mereka pasti suka dan sayang sebagaimana aku sayang pada rakanku
Makanya janganlah kau takut pada si kunta si kunte irma....
Kalo kau datang ke istana rimba ini
Pasti kau akan lupa segala derita laramu
Kerana di sini semua bahasa-bahasa kasih sayang dari Syurga
Sehingga aku rasakan hidup di alam Syurga irma...
Ahhh! Indah...indah...! Sesangat!
Hatiku tak pernah dilukai ...
Makanya jika mereka tahu ada di luar sana
Yang cuba dan sengaja untuk menyakitkan hati ku
Katanya tinggalkan saja mereka itu tuan puteri
Mereka akan membawa virus membahaya dan akan membunuh
Bahasa-bahasa nan indah ini...
Aku pun pelik bagaimana mereka tahu hatiku disakiti
Rupanya jika aku berpuisi menggunakan bahasa yang tak indah
Pasti hatiku dikala itu sedang disakiti dan dilukai dengan sengaja oleh
Mereka yang khianat denganku
Yang aku peliknya aku tak pun kenal mereka
Apa tah lagi berjumpa di alam realiti
Kenapa sekadar berjumpa secara tak langsung di laman maya
Boleh sakiti hatikan aku
Memang aku pelik dan aku tak boleh terima sama sekali
Tapi kerana aku percayakan hari akhirat
Makanya apa jua umpat nista dan cemburu mereka padaku
Aku sudah maafkan
Kerana apa irma....
Berkat aku memaafkan mereka
Tuhan membalas Rahmat kasih-Nya padaku irma...
Makanya sampai kapanpun aku minta maaf
Sampai kapan pun aku memaafkan mereka
Semuanya kerana cintakan-Nya
Sehingga akhir hayatku....

Sahabatmu,
Rabeah Mohd Ali
Malaysia
1 Julai 2012
5 hours ago · Like · 1

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & IRMA SRI KABULATIRIN
1 Julai 2012
 ·  ·  · 6 hours ago

0 comments:

Post a Comment

 
;