Sunday, 1 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (71) - SEHINGGA AKHIR KALAM MENYEBUT KALIMAH SYURGA-MU




SEHINGGA AKHIR KALAM MENYEBUT KALIMAH SYURGA-MU

nafas cintaku

tiada kekal
sampai masanya
akan layu
melainkan
cinta yang Satu
harum
walau matiku

By: Lisa Arif
Parit Buntar Perak Malaysia

NAFAS CINTA-MU

Nafas cinta-Mu
Sentiasa hidup di setiap
Semua hamba-Mu
Yang mahu pulang ke Pangkuan-Mu
Dalam redha lagi diredhai
Maka terimalah cinta kami ini
Duhai Kekasih roh dan jasad

Limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Sehingga akhir kalam kami
Menyebut kalimah Syurga-Mu
LAAILLAHAILLAHMUHAMMADARRASULLALLAH
Kerana itu Ya Allah kami mahu berhidup di muka bumi dengan menggunakan bahasa-bahasa Syurga yang mengundang Rahmat Kasih-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
1 Julai 2012

Lisa Arif amin:
segalanya pasti dalam rencana dan pengetahuan-Nya
miliknya hakiki
moga bahasaku
ilhamku
matiku
dalam pandangan-Nya

Putri Rimba Niagara:

Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
about an hour ago · Like · 1

Lisa Arif amin ♥
about an hour ago · Like

MENGUNDANG RINDU MENGUNDANG CINTA

Menyebut Nama-Mu saja
Hatiku rasa terharu
Bagaikan disayat-sayat sembilu pilu
Air mataku mengalir merindui-Mu selalu
Meratapi diri yang leka dengan pesona cinta duniawi
Yang belum pasti bukan milikku kerana cinta ATAS KETENTUAN-MU

Yang kuburu cinta-Mu
Yang pasti Kau balas
Kiranya aku ikhlas mencintai-Mu
Kau membalas-Nya tanpa syarat
Tanpa mengira aku siapa
Tanpa mengira betapa timbunan dosaku pada-Mu
Semua-NYa Kau ampunkan
Asalkan aku mahu pulang ke pangkuan-Mu
Maha Penyayang-Mu Ya Allah
Maha Pengasih-Mu Ya Allah

Amalanku yang sedikit ini
Kau balas dengan cinta-Mu
Tanpa had tanpa batas
Hinggakan aku kelu
Untuk mengingati dunia
Yang mempesonakan
Tapi cumalah sementara
Yang pastinya tiada kekal

Macam mana kayanya aku
Macam mana cantiknya aku
Macam mana cintanya aku pada dia

Semuanya itu pasti akan
Aku tinggalkan

Yang aku bawa pergi
Hanyalah cinta-Mu duhai Kekasih
Itulah yang kudambakan
Pagi petang siang dan malam
Makanya Kau temukanlah aku
Dengan para hamba-Mu
Yang mahu pulang ke jalan-jalan-Mu
Agar kami sama-sama Menga-Agungkan-Mu
Di setiap masa dan seketika
Menggunakan bahasa-bahasa Syurga
Mengundang Nur Hidayah Kasih-Mu
Pada kami dan kepada sesiapa yang membaca karya kami
Serasa hidup di dunia ini
Hanya-lah yang ada di hati dan di jiwa
Adalah Kekasih kepada semua kekakasih-Mu
Yang ada di muka bumi ini

Ya Allah...
Izinkanlah kami mengungkapkan
Bahasa-bahasa nan indah-indah
Seperti ahli Syurga
Mengundang rindu
Mengundang cinta
Hanyalah untuk-Mu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
1 Julai 2012
about an hour ago · Edited · Like · 1

Lisa Arif amin
cantik sekali
juntaian puisimu
semakin mencapai klimaksku
best (Y)
about an hour ago · Unlike · 1

Putri Rimba Niagara:

Duhai Lisa Arif
Bahasa-bahasamu nan indah
Mendamaikan roh dan jasadku
Makanya lahirlah bahasa nan indah jua

Moga kau senitiasalah
Berbahasa indah Lisa...
Agar aku pun dapat berbahasa indah

Anggaplah dirimu bulan
Kerana aku suka bersahabat dengan bulan
Semakin aku melihatnya
Semakin aku memuji
Betapa Agung-Nya Kekuasaan
Penciptanya Penciptaku jua
ALLAHU AKHBAR
Indahnya Lisa...
Di setiap waktu
Menga-Agungkan cinta-Nya
Sehingga terhenti nafas
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
about an hour ago · Like

KAWAN SEJATI...

Kawan sejati...
Dia takkan pernah biarkan kawannya
Diinjak-injak sesuka hati

Kawan sejati...
Dia sentiasa
Mengerti ...dia terlalu berharga pada kawannya
Dan sentiasa berkomunikasi...membantu selagi daya..
Dan nyawa menjadi taruhan kasih sayang demi-Nya

Kawan sejati sentiasa berbahasa
Nan indah-indah
Bahasa Syurga
Bahasa akhirat
Mengajak ke Syurga
Tanpa mahu melukai hati kawan sejati
Yang ada kasih dan sayang demi-Nya

Dan jika itu ada padamu duhai kawan-kawanku
Aku sudi menjadi kawan sejatimu
Sampai kapanpun!
Jika tiada maafkan aku
Bukan aku tak sudi
Karena aku tak tega disepikan
Aku wujud seperti tak wujud

Yang kumahu bukanmu
Yang kumahu hatimu
Sesuci embunan pagi
Yang tetesannya
Mewangikan imankan
Agar sempurna
Sebelum pulang
Ke Pangkuan Ilahi

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
22 Jun 2012
3 hours ago · Like · 2
49 minutes ago · Like

BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA

Kekasihku...

Kekasihku Allah SWT Tuhanku
Kekasihku Nabi Muhammad SAW
Kekasihku amal penemanku di kuburan
Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya

Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya

Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
Beramal ikhlas semata kerana-Nya
Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya

Kekasih segala kekasih
DIA lah Tuhanku
Yang setia
Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas

Janji-Nya pasti benar
Sesungguh-Nya
DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
Biarpun sedetik
Terlalu hampir
Kemana kita berada DIA berada
Tak pernah tidur dan lalai
Bersama kita
Sejak Azali Lagi
Hingga nafas terhenti
Syurga adalah balasan
Yang terindah buat para kekasih-Nya
Yang Dicintai
Selagi berdetak jantung
Yang tiada penghujung-Nya
Biarpun sudah bergelar roh

Begitulah
Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
Maka berlumba-lumbalah kita untuk
Menjadi kekasih-Nya
Kerana
DIA Maha
Penyayang
Memahami
Setia
Memakbulkan doa
Janji-Nya pasti ditepati

Kita tak akan dikecewakan
Selagi mana kita beramal
Ikhlas kerana-Nya

Andainya semua hamba-Nya
Masuk ke Syurga
Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
Menghuni Syurga
Kerana Syurga itu
Luas seluas -luas-NYa

Begitulah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Nya Kekasih
Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
Yang hidup di muka bumi
Dari wujudnya Nabi Adam as
Hinggalah bumi ini qiamat

SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
KEKASIH-NYA

Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
22 Jun 2012

KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
1 Julai 2012
 ·  ·  · 7 hours ago
  • 2 people like this.
  • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELAYU ISLAM BERSATU & PUTRI RIMBA NIAGARA & LISA ARIF)
    1 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;