Wednesday, 4 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU-(103) PUISI INDAHMU MENGHILANGKAN DAHAGA 1000 TAHUN




  • PUTRI RIMBA BERPUISI BERSAMA LISA ARIF

    Bicara Hati Dibelenggu

    bicara kaku beku
    lakaran kontang
    kemarau
    tekakkan sakit
    hati dibelenggu

    By: Lisa Arif
    5 Julai 2012

    Sedingin Salju Di Himalaya

    Bicaramu tak kaku
    Bicara selalu segar
    Hingga tekakku sentiasa dingin
    Sedingin salju di Himalaya
    Menghilangkan dahaga seribu tahun
    Hatiku tak terbelenggu dengan kata-kata indahmu
    Hingga terbawa-bawa di alam mimpi...
    Terima kasih sayang... bahasamu
    Selalu mendamaikan jiwaku yang tandus
    Dengan kerohanian jiwa yang perlu dipujuk selalu...

    Putri Rimba Niagara
    5 Julai 2012

    Tekakku Kian Lega

    Lisa Arif tekakku kian lega
    hadirmu membawa sribu penawarnya
    kian terbuka belengguku

    By: Lisa Arif
    5 Julai 2012

    Berdangsa Bersama

    Jika sudah terbuka belenggumu dik...
    Bolehlah kita berdansa bersama ye...
    Tapi janganlah yang bermuzik rancak ye...
    hehehehe

    Lisa Arif:

    salam bahagia kakakku Rabeah Mohd Ali
    lisa minta diri
    untuk kukuakkan jendela kamarku
    ♥ hadirmu

    Putri Rimba Niagara:

    Jika kau kuakkan jendela kamarmu
    Aku bersyukur kerana Allah memakbulkan doaku
    Agar kau dan aku terus dapat berpuisi nan indah-indah
    Seindah dan seharum bunga mawar di jambangan kasih

    KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012
    View Post · about an hour ago · 

  • dahaga

    aku hidangkan airnya
    silakan nikmati percuma

    tiada selera

    teguklah sedikit
    penawarnya
    aku setia persembahkan

    jijik

    maaf
    itulah sahaja
    ala kadarku

    maaflah

    aku tidak faham seleramu
    hidanganku
    cukup sederhana
     ·  ·  · 2 hours ago · 
    • You and 2 others like this.
    • 1 share
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Sahabat Akhiratku

        Terima kasih atas
        Minuman air yang kau hidangkan
        Biarpun sekadar air kosong
        Tapi telah menghilangkan dahagaku seribu tahun
        Telah menjadi penawar imanku yang tandus

        Terima kasih sahabat akhiratku
        Hadirmu membahagiakan dunia akhiratku
        Moga kita menjadi sahabat di Syurga kelak
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        5 Julai 2012
        2 hours ago · 
      • Md Shah Md Harun Amin..juga...t.ksh..air nya.
        2 hours ago ·  · 1
  • aku punya
    aku suka
    peduli apa
    tarianku baru bermula
    muzikku sedang ke udara
    kakiku mengikut rentaknya
    saksikan dansaku
    tercarut apaapa sahaja
    tersenggol maaf dipinta
    jika suka
    ayuh turut tarikan bersama
    radioku bebas siarannya
     ·  ·  · 2 hours ago · 
    • You, Ahmad Tajuddin and 4 others like this.
      • Puteri Ina ala comel nyer..adik saper 2 yer....eemmm
        2 hours ago ·  · 1
      • Lisa Arif hehe
        adik sape yer
        baru bangun tidur tue
        2 hours ago ·  · 1
      • Puteri Ina patut la pon...pi mandi dulu...pas 2 kita bekpes...
        2 hours ago ·  · 1
      • Lisa Arif hehe
        jap nk senam jap
        2 hours ago ·  · 1
      • Puteri Ina ok syg ..
        2 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Aku ingin menari bersamamu
        Tapi tak selincahmu
        Muzikmu mengikut rentak
        Kusaksikan dansamu
        Penuh minat
        Tapi bila kau tercarut
        Keningku mula berkerut
        Aku pun berhenti menari bersamamu
        Kerana kakiku terus terhenti sendiri...
        2 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Jika kau mahu aku terus
        Menghayati siaran radiomu
        Pastikan suaramu selunak
        Bahasa-bahasamu nan indah-indah...ye sayang...
        Biar aku dapat berdangsa denganmu
        Tanpa terhenti lagi....
        Dan kita bahagia berdansa bersama
        Dalam rentak dan irama bahasa
        Angin sepoi-sepoi bahasa....
        2 hours ago ·  · 1
      • Lisa Arif kakakku sayang
        hari ini iramanya disko
        rancak mancho
        keras sikit
        tapi seninya tetap ada
        salam peluk cium kakakku
        2 hours ago ·  · 1
      • Lisa Arif insyaAllah
        siaran radioku
        akn trus berputar
        irama mendayunya akan tiba
        setelah tekakku kembali nyaman
        salam rindu kakakku
        2 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Salam rindu dan sayang untukmu sayang...
        Wajahmu nan ayu senyumanmu mempersona kalbuku
        Iramamu mendayu-dayu di corong radio hatiku
        Lalu kuterbayangkan wajahmu
        Di sudut jendela kamar Istana Rimba Niagara
  • pasti lega
    hadirku tiada warna
    tiada harum
    tiada rasa
    gembiranya
    hati mereka
     ·  ·  · 2 hours ago · 
    • You and 8 others like this.
    • 1 share
      • Rabeah Mohd Ali aku tak akan bahagia
        jika hadirmu tiada warna
        tiada harum
        tiada rasa
        kerana kau adalah mawar
        sentiasa cantik dan wangi di mana kau berada
        jika tiada siapa yang mahu menghargainya
        biar aku yang menghargaimu
        mencium baumu yang harum itu
        mendamaikan imanku sayang....
        2 hours ago · Edited ·  · 1
      • Lisa Arif setia hadirmu kakakku
        andai terhakis sekalipun
        pudar dan luluh diriku
        ke dakapanmu
        itulah tempatku
        2 hours ago ·  · 1
  • bicara kaku beku
    lakaran kontang
    kemarau
    tekakkan sakit
    hati dibelenggu
     ·  ·  · 2 hours ago · 
    • You and 6 others like this.
    • 1 share
      • Rabeah Mohd Ali Bicaramu tak kaku
        Bicara selalu segar
        Hingga tekakku sentiasa dingin
        Sedingin salju di Himalaya
        Menghilangkan dahaga seribu tahun
        Hatiku tak terbelenggu dengan kata-kata indahmu
        Hingga terbawa-bawa di alam mimpi...
        Terima kasih sayang bahasamu
        Selalu mendamaikan jiwaku yang tandus
        Dengan kerohanian jiwa yang perlu dipujuk selalu...
        2 hours ago ·  · 1
      • Lisa Arif tekakku kian lega
        hadirmu membawa sribu penawarnya
        kian terbuka belengguku
        2 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Jika sudah terbuka belenggumu dik...
        Bolehlah kita berdansa bersama ye...
        Tapi janganlah yang bermuzik rancak ye...
        hehehehe
        2 hours ago ·  · 1
      • Lisa Arif salam bahagia kakakku Rabeah Mohd Ali
        lisa minta diri
        untuk kukuakkan jendela kamarku
        ♥ hadirmu
        2 hours ago ·  · 1

        (PETIKAN DARIPADA WALL LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA)
        5 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;