Thursday, 5 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (104) - 'SESUNGGUHNYA NIAT KITA SUCI' ADMIN GRUP OMBAK RINDU




  • BERKASIH SAYANG SESAMA KERANA-NYA ADALAH DAMBAANKU

    Zetty Endless Love:
    (Admin Grup Ombak Rindu)

    Amin Insya-Allah semoga sebaiknya baik-baik sahaja dan sentiasa di bawah lindungan, sesungguhnya niat kita suci

    Putri Rimba Niagara:

    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin. Yang dihitung Allah nanti niat kita .
    Sempena Bulan Nisfu Sya'ban ini ...yang mana esok bermulanya buku baru kita...sebelum buku amalan kita di angkat ke langit pada Asar ini...saya memohon maaf kepada semua ahli grup dan rakan yang membaca karya saya...jika ada yang tak berkenan di hati dari segi tutur bahasanya dan kesalahan saya sendiri. Di sini saya hulurkan sepuluh jari memohon maaf kepada semua kawan-kawan yang dikasihi dunia akhirat.
    Selamat menyambut awal tahun hijrah moga kita semua berhijrah untuk sentiasa menuturkan bahasa mengundang rindu dan cinta hanya untuk-Nya.
    'BERKASIH SAYANG SESAMA KERANA-NYA ADALAH DAMBAANKU'

    Ucapan setulus ikhlas daripada:

    Hamba Allah Yang Mahukan Nur Hidayah Kasih-Nya
    Berkat berkasih sayang sesama kerana-Nya Aamiin,
    Rabeah Mohd Ali
    Rimba Niagara
    Malaysia
    5 Julai 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP OMBAK RINDU)
    5 Julai 2012
     ·  ·  · about an hour ago
    • 3 people like this.
      • Zetty Endless Love terimakasih sahabat ku.... SAYANG MENYAYANG , CINTA DI KENANG EKEKEK
        about an hour ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Bertambah ayu senyumanmu Zetty. Lebih manis daripada gula...hihihi


          • Zetty Endless Love adessss kurangkan gula dgn minuman, tambahkan manis dalam senyuman heheheh
            20 minutes ago · 
          • Rabeah Mohd Ali Senyumlah senyumlah duhai cik mek molek....senyum tanpa apa-apa...senyum satu sedekah.
            18 minutes ago ·  · 1
          • Zetty Endless Love heheheh tengah senggeh ni ekekek
            18 minutes ago ·  · 1
          • TERIMA KASIH CINTA

            Terima kasih cinta
            Kerana sudi mencintaiku
            Ku yakin cintamu suci murni
            Sesuci mawar putih
            Yang kau kirimkan di awan biru

            Cintamu penuh dengan keimanan
            Membuatkan aku bertambah
            Rindu dan cinta pada
            Pencipta cinta Tuhanku
            Mengurniakan cinta kamu ke aku

            Syukur Tuhan
            Di atas pemberian cinta hamba-Mu
            Dari-Mu padaku

            Selagi hayat ku ada
            Kuabdikan diriku
            Hanya untuk-Mu Tuhan
            Bersama dia hamba-Mu
            Yang juga mendambakan Cinta-Mu

            Bahagia hidup ini
            Saling cinta mencintai hanya kerana-Mu
            Hidup yang singkat ini
            Rasa hidup di alam Syurgawi
            Di mana-mana ada
            Bunga-bunga Syurga
            Untuk dijadikan bekalan
            Di Negeri Abadi....
            Di situ juga
            Cinta kita terpatri hingga Ke Syurgawi
            Hebatnya cinta kerana-Mu

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            5 Julai 2012
            13 minutes ago · 
          • SEKUNTUM MAWAR MERAHMU MEMBAWA CINTA KE SYURGA

            Kekasihku...
            Terimakan kasih sekuntum mawar merahmu

            Terima kasih karena sudi mencintaiku
            Setulus hatimu kerana-Nya...

            Cintamu cintaku
            Disirami dengan
            Setanggi dari Syurga
            Agar kewangiannya
            Meresapi kalbumu kalbuku

            Tak akan ada pendustaan cinta
            Tak akan ada penyelewengan cinta
            Melainkan cinta ke arah
            Kebahagiaan dunia akhirat

            Di dunia kita adalah
            Penghuni Syurga cinta dalam redho Ilahi
            Di akhirat kita adalah kekasih
            Bidara bidadari
            Yang bercinta
            Tanpa ada perpisahan
            Tanpa ada nokhtah permisahan
            Bersama selamanya

            Itulah cinta
            Seindah-indah cinta
            Bagi pasangan kekasih
            Syurga dunia
            Syurga akhirat
            Bahagia cinta abadi tanpa nokhtah
            Hebatnya cinta karena- Nya...
            SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

            Terima kasih kekasih..
            Sekuntum mawar merahmu membawa cinta ke Syurga

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            5 Julai 2012

            KUKURIMKAN PUISI INI ISTIMEWA UNTUK MU ZETTY SELAKU ADMIN GRUP OMBAK RINDU DAN SEMUA AHLI GRUP DAN INSYALAH KUSIARLAH JIKA KALIAN SUDI TERIMA PUISI KU...SALAM SAYANG DARIKU SEMUA UNTUK KALIAN YANG BERJIWA JIWANG-JIWANG.COM
            10 minutes ago · 


        ptions
  • ‎~♥ Kasih ♥~

    Aku ciptakan taman kasih
    dari alam fantasi ingin jadikan realiti
    dengan butir-butiran buih yang jernih
    diwarnakan pelangi
    di atas kanvas putih

    Namun setiap kata-kata aku mati
    hanya berteman dengan pena ini
    melakarkan sebuah warkah
    yang dititipkan dengan doaku
    hanya buatmu
    wahai sayang

    Aku hanya di sini
    seperti gerimis di pagi hari
    menantikan wahai kekasih
    membasahkan setiap tubuh dengan mesra
    memberikan dakapan kasih
    bersama berkhayal dalam realiti

    ~ Nukilan Pena Ilhamku
    ~ 05/July/2012
    ~ 01:01pm
     ·  ·  · about an hour ago
    • You and 2 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali GERIMIS PELANGI CINTA

        Biarpun gerimis buat hatiku pilu
        Lalu aku menangis penuh hiba
        Tiada siapa yang tahu
        Kupujuk diriku sendiri
        Ah! Malangnya aku...
        Ditinggalkan dia
        Dalam rindu bayangan
        Yang kapan bila jadi pasti
        Hanya takdir menentukan

        Ombak rindu masih belum mengerti
        Ombak rindu bilang...
        Badai membadai tak pernah reda
        Sentiasa bergelora
        Menerjang rindu
        Dihayun-hayun lalu dilambung
        Nun...dihumbankan jauh rindu
        Di pulau sepi ...bisu...kaku...

        Dalam sepi....bisu....kaku...
        Gerimis datang bersama bebayang
        Yang dirindui dalam igauan

        Yang sepi...bisu...kaku...
        Terus jadi ceria
        Setelah gerimis reda
        Muncul pelangi nan indah
        Bebayang yang mengekori gerimis
        Menjelma di hadapan yang di rindui
        Yang dirindui bersyukur
        Dalam gerimis
        Dikurniakan cinta yang
        Dinantikan menjadi kenyataan!
        Hebat-Nya gerimis pelangi cinta!

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        3 Julai 2012
        Like · · Unfollow Post · Yesterday at 12:34pm
        Naga Pamungkas, Werdys Kalbary and 2 others like this.
        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
        5 Julai 2012

  • Zetty Endless Love updated the group photo.
     ·  ·  · 2 hours ago
    • You and 2 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali Wowww nampak romantik.....sesuailah dengan ahli grup ini yang semuanya jiwang-jiwang gile.....hehehe
        Salam rindu dan kasihku untukmu Zetty Endless Love
        2 hours ago ·  · 1
      • Zetty Endless Love heheeh thanks Putri Rimba Niagara, mmang tengah jiwang Lelenggau ni ekekek
        2 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Kerana adminnya jiwang-jiwang makanya para ahlinya jiwang-jiwang jugak lah kan3 hehehee

        Asalkan ruangan grup ini tak ada yang berbaur yang negatif betul tak? Matlamatnya sama jiwang-jiwang santai sambil berhibur sambil memohon Nur Hidayah Kasih Ilahi . Tu... yang kulihat wajahmu nampak bertambah ayu menawan kalbu dan nampak muda 10 tahun....hehehehe
        2 hours ago ·  · 2
      • Zetty Endless Love setuju ssgt tu, kita berhibur bermesra, bertukar pendapat, dan mempereatkan lagi talisilatul rahim sesama kita, dn bukan mengundang permusuhan hahaah
        2 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Iye Zetty Love jika mengundang permusuhan...ku rela undur diri sayang....moga grup ini menjadi ukhuwah kasih sayang kerana-Nya...pasti kita rasa tenang dan damai ...bercanda dalam kasih sayang mengeratkan lagi ukhuwah dunia akhirat. Bermatlamat CINTA DI DUNIA INI MAHU DIBAWA SAMA KE SYURGA. ANDAINYA AKU PERGI DULU KUTUNGGUMU DI PINTU SYURGA. AAMIIN.
        2 hours ago ·  · 1
      • Zetty Endless Love Amin insyaakllah semuga sebaik nya baik2 sahaja dan sentiasa di bawah lindungan, sesungguhnya niat kita suci
        2 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Aamiin Ya Rabbal A'Lamin. Yang dihitung Allah nanti niat kita .
        Sempena Bulan Nisfu Sya'ban ini ...yang mana esok bermulanya buku baru kita...sebelum buku amalan kita di angkat ke langit pada Asar ini...saya memohon maaf kepada semua ahli grup dan rakan yang membaca karya saya...jika ada yang tak berkenan di hati dari segi tutur bahasanya dan kesalahan saya sendiri. Di sini saya hulurkan sepuluh jari memohon maaf kepada semua kawan-kawan yang dikasihi dunia akhirat.
        Selamat menyambut awal tahun hijrah moga kita semua berhijrah untuk sentiasa menuturkan bahasa mengundang rindu dan cinta hanya untuk-Nya.
        'BERKASIH SAYANG SESAMA KERANA-NYA ADALAH DAMBAANKU'

        Ucapan setulus ikhlas daripada:

        Hamba Allah Yang Mahukan Nur Hidayah Kasih-Nya
        Berkat berkasih sayang sesama kerana-Nya Aamiin,
        Rabeah Mohd Ali
        Rimba Niagara
        Malaysia
        5 Julai 2012
        about an hour ago ·  · 1
  • Zetty Endless Love updated the description.
    Jauh atau dekat tidak mnjadi penghalang kepada setiap perhubungan kepada sepasang kekasih yg sedang bercinat, yg penting harus ada kepercayaan an kejujuran, sbb jika ia iklas , maka dari situlah dtg nya sesuatu perasaan kasih, sayang dan rindu diantara dua pasangan tersebut
     ·  ·  · 2 hours ago
  • Zetty Endless Love updated the description.
    Jauh atau dekat tidak mnjadi penghalang kepada setiap perhubungan kepada sepasang kekasih yg sedang bercinta, yg penting harus ada kepercayaan an kejujuran, sbb jika ia iklas , maka dari situlah dtg nya sesuatu perasaan kasih, sayang dan rindu diantara dua pasangan tersebut. Dan apa lagi di kala sedang berkasih syg, apa salah kiranya kita menghiburkan hati dengan melayan diri dgn lagu2 daripada CERIA ZFMhttp://akeyraa.caster.fm/
     ·  ·  · 2 hours ago
  • PUTRI RIMBA BERPUISI BERSAMA LISA ARIF


    PUTRI RIMBA BERPUISI BERSAMA LISA ARIF

    Bicara Hati Dibelenggu

    bicara kaku beku
    lakaran kontang
    kemarau
    tekakkan sakit
    hati dibelenggu

    By: Lisa Arif
    5 Julai 2012

    Sedingin Salju Di Himalaya

    Bicaramu tak kaku
    Bicara selalu segar
    Hingga tekakku sentiasa dingin
    Sedingin salju di Himalaya
    Menghilangkan dahaga seribu tahun
    Hatiku tak terbelenggu dengan kata-kata indahmu
    Hingga terbawa-bawa di alam mimpi...
    Terima kasih sayang... bahasamu
    Selalu mendamaikan jiwaku yang tandus
    Dengan kerohanian jiwa yang perlu dipujuk selalu...

    Putri Rimba Niagara
    5 Julai 2012

    Tekakku Kian Lega

    Lisa Arif tekakku kian lega
    hadirmu membawa sribu penawarnya
    kian terbuka belengguku

    By: Lisa Arif
    5 Julai 2012

    Berdangsa Bersama

    Jika sudah terbuka belenggumu dik...
    Bolehlah kita berdansa bersama ye...
    Tapi janganlah yang bermuzik rancak ye...
    hehehehe

    Lisa Arif:

    salam bahagia kakakku Rabeah Mohd Ali
    lisa minta diri
    untuk kukuakkan jendela kamarku
    ♥ hadirmu

    Putri Rimba Niagara:

    Jika kau kuakkan jendela kamarmu
    Aku bersyukur kerana Allah memakbulkan doaku
    Agar kau dan aku terus dapat berpuisi nan indah-indah
    Seindah dan seharum bunga mawar di jambangan kasih

    KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012

    KAU ADALAH MAWAR

    Hati Mereka

    pasti lega
    hadirku tiada warna
    tiada harum
    tiada rasa
    gembiranya
    hati mereka

    By Lisa Arif
    5 Julai 2012

    BIAR AKU YANG MENGHARGAIMU

    aku tak akan bahagia
    jika hadirmu tiada warna
    tiada harum
    tiada rasa
    kerana kau adalah mawar
    sentiasa cantik dan wangi di mana kau berada
    jika tiada siapa yang mahu menghargaimu
    biar aku yang menghargaimu
    mencium baumu yang harum itu
    mendamaikan imanku sayang....

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012

    Andai Terhakis Sekalipun

    Lisa Arif setia hadirmu kakakku
    andai terhakis sekalipun
    pudar dan luluh diriku
    ke dakapanmu
    itulah tempatku

    By: Lisa Arif
    5 Julai 2012

    Jika Dunia Tahu

    Duhai adikku
    Jika dunia tahu
    Betapa indahnya bahasamu
    Mahu mereka akan
    Sentiasa berbahasa indah
    Setiap masa dan ketika
    Kerana cantikmu seharum hatimu
    Kaulah Permata Syurga
    Yang berkemilauan
    Dan aku terpana betapa indah-Nya Dzat-Nya

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012

    KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012
    31 minutes ago · Like

    KITA BERDANGSA MENGIKUT RENTAK

    aku punya
    aku suka
    peduli apa
    tarianku baru bermula
    muzikku sedang ke udara
    kakiku mengikut rentaknya
    saksikan dansaku
    tercarut apaapa sahaja
    tersenggol maaf dipinta
    jika suka
    ayuh turut tarikan bersama
    radioku bebas siarannya

    By: :Lisa Ariff
    5 Julai 2012

    KUSAKSIKAN DANGSAMU

    Aku ingin berdangsa bersamamu
    Tapi tak selincahmu
    Muzikmu mengikut rentak
    Kusaksikan dansamu
    Penuh minat
    Tapi bila kau tercarut
    Keningku mula berkerut
    Aku pun berhenti berdangsa bersamamu
    Kerana kakiku terus terhenti sendiri...

    Jika kau mahu aku terus
    Menghayati siaran radiomu
    Pastikan suaramu selunak
    Bahasa-bahasamu nan indah-indah...ye sayang...
    Biar aku dapat berdangsa denganmu
    Tanpa terhenti lagi....
    Dan kita bahagia berdansa bersama
    Dalam rentak dan irama bahasa
    Angin sepoi-sepoi bahasa....

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012

    HARI INI IRAMANY DISKO

    kakakku sayang
    hari ini iramanya disko
    rancak mancho
    keras sikit
    tapi seninya tetap ada
    salam peluk cium kakakku

    insyaAllah
    siaran radioku
    akzn trus berputar
    irama mendayunya akan tiba
    setelah tekakku kembali nyaman
    salam rindu kakakku

    By: Lisa Arif
    5 Julai 2012

    IRAMANYA MENDAYU-DAYU DI CORONG RADIO HATIKU

    Salam rindu dan sayang untukmu sayang...
    Wajahmu nan ayu senyumanmu mempersona kalbuku
    Iramamu mendayu-dayu di corong radio hatiku
    Lalu kuterbayangkan wajahmu
    Di sudut jendela kamar Istana Rimba Niagara

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012

    KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012
    14 minutes ago · Like

    MINUMANMU TELAH MENGHILANGKAN DAHAGAKU 1000 TAHUN

    dahaga

    aku hidangkan airnya
    silakan nikmati percuma

    tiada selera

    teguklah sedikit
    penawarnya
    aku setia persembahkan

    jijik

    maaf
    itulah sahaja
    ala kadarku

    maaflah

    aku tidak faham seleramu
    hidanganku
    cukup sederhana

    By: Lisa Arif
    5 Julai 2012

    Terima kasih Sahabat Akhiratku

    Terima kasih atas
    Minuman air yang kau hidangkan
    Biarpun sekadar air kosong
    Tapi telah mengilangkan dahagaku seribu tahun
    Telah menjadi penawar imanku yang tandus

    Terima kasih sahabat akhiratku
    Hadirmu membahagiakan dunia akhiratku
    Moga kita menjadi sahabat di Syurga kelak
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012

    KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Julai 2012

    SEHINGGA AKHIR KALAM MENYEBUT KALIMAH SYURGA-MU

    nafas cintaku

    tiada kekal
    sampai masanya
    akan layu
    melainkan
    cinta yang Satu
    harum
    walau matiku

    By: Lisa Arif
    Parit Buntar Perak Malaysia

    NAFAS CINTA-MU

    Nafas cinta-Mu
    Sentiasa hidup di setiap
    Semua hamba-Mu
    Yang mahu pulang ke Pangkuan-Mu
    Dalam redha lagi diredhai
    Maka terimalah cinta kami ini
    Duhai Kekasih roh dan jasad

    Limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
    Sehingga akhir kalam kami
    Menyebut kalimah Syurga-Mu
    LAAILLAHAILLAHMUHAMMADARRASULLALLAH
    Kerana itu Ya Allah kami mahu berhidup di muka bumi dengan menggunakan bahasa-bahasa Syurga yang mengundang Rahmat Kasih-Mu
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    1 Julai 2012

    Lisa Arif amin:
    segalanya pasti dalam rencana dan pengetahuan-Nya
    miliknya hakiki
    moga bahasaku
    ilhamku
    matiku
    dalam pandangan-Nya

    Putri Rimba Niagara:

    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    Lisa Arif amin ♥
    about an hour ago · Like

    MENGUNDANG RINDU MENGUNDANG CINTA

    Menyebut Nama-Mu saja
    Hatiku rasa terharu
    Bagaikan disayat-sayat sembilu pilu
    Air mataku mengalir merindui-Mu selalu
    Meratapi diri yang leka dengan pesona cinta duniawi
    Yang belum pasti bukan milikku kerana cinta ATAS KETENTUAN-MU

    Yang kuburu cinta-Mu
    Yang pasti Kau balas
    Kiranya aku ikhlas mencintai-Mu
    Kau membalas-Nya tanpa syarat
    Tanpa mengira aku siapa
    Tanpa mengira betapa timbunan dosaku pada-Mu
    Semua-NYa Kau ampunkan
    Asalkan aku mahu pulang ke pangkuan-Mu
    Maha Penyayang-Mu Ya Allah
    Maha Pengasih-Mu Ya Allah

    Amalanku yang sedikit ini
    Kau balas dengan cinta-Mu
    Tanpa had tanpa batas
    Hinggakan aku kelu
    Untuk mengingati dunia
    Yang mempesonakan
    Tapi cumalah sementara
    Yang pastinya tiada kekal

    Macam mana kayanya aku
    Macam mana cantiknya aku
    Macam mana cintanya aku pada dia

    Semuanya itu pasti akan
    Aku tinggalkan

    Yang aku bawa pergi
    Hanyalah cinta-Mu duhai Kekasih
    Itulah yang kudambakan
    Pagi petang siang dan malam
    Makanya Kau temukanlah aku
    Dengan para hamba-Mu
    Yang mahu pulang ke jalan-jalan-Mu
    Agar kami sama-sama Menga-Agungkan-Mu
    Di setiap masa dan seketika
    Menggunakan bahasa-bahasa Syurga
    Mengundang Nur Hidayah Kasih-Mu
    Pada kami dan kepada sesiapa yang membaca karya kami
    Serasa hidup di dunia ini
    Hanya-lah yang ada di hati dan di jiwa
    Adalah Kekasih kepada semua kekakasih-Mu
    Yang ada di muka bumi ini

    Ya Allah...
    Izinkanlah kami mengungkapkan
    Bahasa-bahasa nan indah-indah
    Seperti ahli Syurga
    Mengundang rindu
    Mengundang cinta
    Hanyalah untuk-Mu
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    1 Julai 2012

    Lisa Arif amin
    cantik sekali
    juntaian puisimu
    semakin mencapai klimaksku
    best (Y)

    Putri Rimba Niagara:

    ANGGAPLAH DIRIMU BULAN

    Duhai Lisa Arif
    Bahasa-bahasamu nan indah
    Mendamaikan roh dan jasadku
    Makanya lahirlah bahasa nan indah jua

    Moga kau senitiasalah
    Berbahasa indah Lisa...
    Agar aku pun dapat berbahasa indah

    Anggaplah dirimu bulan
    Kerana aku suka bersahabat dengan bulan
    Semakin aku melihatnya
    Semakin aku memuji
    Betapa Agung-Nya Kekuasaan
    Penciptanya Penciptaku jua
    ALLAHU AKHBAR
    Indahnya Lisa...
    Di setiap waktu
    Menga-Agungkan cinta-Nya
    Sehingga terhenti nafas
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Putri Rimba NIagara
    1 Julai 2012

    KAWAN SEJATI...

    Kawan sejati...
    Dia takkan pernah biarkan kawannya
    Diinjak-injak sesuka hati

    Kawan sejati...
    Dia sentiasa
    Mengerti ...dia terlalu berharga pada kawannya
    Dan sentiasa berkomunikasi...membantu selagi daya..
    Dan nyawa menjadi taruhan kasih sayang demi-Nya

    Kawan sejati sentiasa berbahasa
    Nan indah-indah
    Bahasa Syurga
    Bahasa akhirat
    Mengajak ke Syurga
    Tanpa mahu melukai hati kawan sejati
    Yang ada kasih dan sayang demi-Nya

    Dan jika itu ada padamu duhai kawan-kawanku
    Aku sudi menjadi kawan sejatimu
    Sampai kapanpun!
    Jika tiada maafkan aku
    Bukan aku tak sudi
    Karena aku tak tega disepikan
    Aku wujud seperti tak wujud

    Yang kumahu bukanmu
    Yang kumahu hatimu
    Sesuci embunan pagi
    Yang tetesannya
    Mewangikan imankan
    Agar sempurna
    Sebelum pulang
    Ke Pangkuan Ilahi

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    22 Jun 2012

    BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA

    Kekasihku...

    Kekasihku Allah SWT Tuhanku
    Kekasihku Nabi Muhammad SAW
    Kekasihku amal penemanku di kuburan
    Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
    Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya

    Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
    Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
    Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya

    Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
    Beramal ikhlas semata kerana-Nya
    Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya

    Kekasih segala kekasih
    DIA lah Tuhanku
    Yang setia
    Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas

    Janji-Nya pasti benar
    Sesungguh-Nya
    DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
    Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
    Biarpun sedetik
    Terlalu hampir
    Kemana kita berada DIA berada
    Tak pernah tidur dan lalai
    Bersama kita
    Sejak Azali Lagi
    Hingga nafas terhenti
    Syurga adalah balasan
    Yang terindah buat para kekasih-Nya
    Yang Dicintai
    Selagi berdetak jantung
    Yang tiada penghujung-Nya
    Biarpun sudah bergelar roh

    Begitulah
    Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
    Maka berlumba-lumbalah kita untuk
    Menjadi kekasih-Nya
    Kerana
    DIA Maha
    Penyayang
    Memahami
    Setia
    Memakbulkan doa
    Janji-Nya pasti ditepati

    Kita tak akan dikecewakan
    Selagi mana kita beramal
    Ikhlas kerana-Nya

    Andainya semua hamba-Nya
    Masuk ke Syurga
    Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
    Menghuni Syurga
    Kerana Syurga itu
    Luas seluas -luas-NYa

    Begitulah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Nya Kekasih
    Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
    Yang hidup di muka bumi
    Dari wujudnya Nabi Adam as
    Hinggalah bumi ini qiamat

    SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
    KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
    KEKASIH-NYA

    Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    22 Jun 2012

    KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
    1 Julai 2012
    Like · · Unfollow Post · 18 hours ago
    Naga Pamungkas and Mohd Adid Ab Rahman like this.
    (PETIKAN DARIPADA GRUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA)
    5 Julai 2012
     ·  ·  · 3 hours ago
      •  ·  ·  · 5 hours ago
      • ‎~~~>AUcakkk~SALam seMUA~SMILe^______^,,caiyoOKK3
        Good morning with love! Have a happy friday ♥
         ·  ·  · Tuesday at 11:08am
      • ‎** Cinta Tanpa Aksara **


        melambai
        menggapai aksara
        di bawa angin yang semilir menggoda
        aksara tanpa makna
        katamu...menggoda citra
        dari bibir penggoda
        di bawa angkuhnya yang mencerca

        aku mencintainya
        tak hanya aksara tanpa makna
        aku mengasihinya
        bukan karena hasrat yang tak bertanya

        kerinduanku
        kurajut dengan ceritacerita sunyi
        kerinduanku
        kubelai dengan candacanda mimpi
        indahkah ?

        hanya makna malam yang tak ku mengerti
        tentang cintamu yang kian..?
        ach..
        andai aksara tak lagi jadi utama
        hanya mata
        jendela dari hati yang berkata
        aku mencintainya
        sebuah kata
        dan rasa yang apa adanya
        cinta tanpa aksara



        07 agustus 2011
        Telagajiwaku ( Dion )
         ·  ·  · Monday at 11:44pm
        • You and 6 others like this.
          • Rabeah Mohd Ali Bilamana kau mencintai aku tanpa aksara
            Aku bersyukur pada-Nya
            Kerana itu adalah lebih berharga daripada ribuan aksara palsu
            Cintamu kuyakin sesuci embun pagi
            Titisan embunannya seperti tertiis di kalbu imanku
            Itulah titisan aksara yang lebih bermakna daripada aksara puitis!
            Yesterday at 8:50am ·  · 1
      • Di mana letaknya nilai kejujuran
        Untuk ku jadikan arah hidup
        Mungkin ini hanya menguji ketabahan
        Sebelum ku temui erti kebahagiaan
         ·  ·  · Tuesday at 9:31pm
        • You and 5 others like this.
          • Rabeah Mohd Ali BETAPA INDAHNYA KEJUJURAN

            Kejujuran bukan pada kata-kata manis
            Kejujuran dapat dirasa oleh hati
            Biarpun mulut berkata lain hati berbicara lain
            Akan dapat dirasai kecurigaannya

            Kejujuran hanya yang mengerti
            Betapa indahnya kejujuran
            Akan rasa damai di hati...
            Itulah kebahagiaan yang sebenar

            PUTRI RIMBA NIAGARA
            4 Julai 2012
            Yesterday at 8:00am ·  · 2
      • Sebuah hati...

        Kehitaman menutupi di buritan langit
        bukan siapa memaksa hadirnya
        bukan kita rela menadah gelora
        tiada lagi sinar mentari menikam
        berubah muram wajah pemburu

        Kesiangan merajuk duka
        desiran angin henti menyapa
        dikamar usang menggunung resah
        menanti damai semakin menyepi
        terdiam dalam derita sendiri

        Dimana letak seribu janji
        dilohong mimpi masih terkunci
        bicara tanpa erti tersekat mati
        tika penimbang akal bergelombang
        terlontarlah caci, nista dalam lupa
        kerana berkerak duka lama
        sebuah hati...

        Cheyy....My.
        3.Julai.2012.@
        2026 hrs.
         ·  ·  · Tuesday at 8:45pm
        • You and 6 others like this.
          • Rabeah Mohd Ali SEBUAH HATI YANG LUKA

            Sebuah hati yang luka
            Dipanah petir bertalu-talu
            Terbakar hangus
            Merintih meraung
            Raungan tidak dikasihani

            Dalam sabar
            Mohon pada-Nya
            Digantikan hati baru
            Diserikan dengan sinar iman
            Syukur Alhamdulillah

            PUTRI RIMBA NIAGARA
            4 Julai 2012
      • Kau katakan kau menyayangi diriku
        Ku percaya segala kata-katamu
        Apa saja kau hajati
        Aku cuba memenuhi
        Kerna ingin menjaga hati
         ·  ·  ·  · Tuesday at 8:15pm
        • You and Ana Rohana like this.
          • Mei Burn Mei Aku selalu memikirkan masa depan
            Antara kita berdua hidup bersama
            Setiap kali ku lahirkan hasrat hati
            Kau pintaku memutuskan perhubungan
          • Rabeah Mohd Ali Ku tak pernah minta kau putuskan perhubungan
            Tapi kau yang selalu ada alasan tuk berpisah denganku
            Makanya kubawa hati yang lara
            Agar aku lebih aman dan bahagia...
            Moga kau bahagia duhai kasih yang nggak ngerti hatiku...hehehehe

        • GERIMIS RINDU PELANGI CINTA

          Biarpun gerimis buat hatiku pilu
          Lalu aku menangis penuh hiba
          Tiada siapa yang tahu
          Kupujuk diriku sendiri
          Ah! Malangnya aku...
          Ditinggalkan dia
          Dalam rindu bayangan
          Yang kapan bila jadi pasti
          Hanya takdir menentukan

          Ombak rindu masih belum mengerti
          Ombak rindu bilang...
          Badai membadai tak pernah reda
          Sentiasa bergelora
          Menerjang rindu
          Dihayun-hayun lalu dilambung
          Nun...dihumbankan jauh rindu
          Di pulau sepi ...bisu...kaku...

          Dalam sepi....bisu....kaku...
          Gerimis datang bersama bebayang
          Yang dirindui dalam igauan

          Yang sepi...bisu...kaku...
          Terus jadi ceria
          Setelah gerimis reda
          Muncul pelangi nan indah
          Bebayang yang mengekori gerimis
          Menjelma di hadapan yang di rindui
          Yang dirindui bersyukur
          Dalam gerimis
          Dikurniakan cinta yang
          Dinantikan menjadi kenyataan!
          Hebat-Nya gerimis pelangi cinta!

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          3 Julai 2012
           ·  ·  · Yesterday at 6:03am
        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP OMBAK RINDU)
        5 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;