Friday, 6 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (108) - KAMI SEMUA MENYUKAI POST ANDA!!!


  •  ·  ·  · 3 hours ago
    • Zetty Endless Love and 4 others like this.
      • Rimba Bara pengalaman mendewasakan...
        3 hours ago ·  · 1
      • Zetty Endless Love pengalamana juga mengajar kita utk mnjadi lebih matang
        2 hours ago ·  · 1
      • Rimba Bara biar matang pd akal bukan rupa dri...
        2 hours ago ·  · 1
      • Zetty Endless Love agree
        2 hours ago ·  · 1
      • Rimba Bara erkkkk...
        2 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali CINTAKU TAK PERNAH PADAM UNTUKMU KASIH

        Kasih...
        Sememangnya kita saling cinta mencintai
        Cinta kita tiada bersyarat
        Siapapun kamu
        Kuterima dalam redha
        Kerana bukan harta yang menjadi nilaian cintaku
        Kuterimamu apa adanya kamu

        Kasih...
        Tiga tahun kita bercinta
        Tanpa pernah berjumpa di alam realiti denganmu
        Alam maya menyatukan cinta kita...

        Kasih...
        Kita saling cinta
        Kita saling sayang
        Perasaan cinta ini
        Hingga sekarang masih ada lagi kasih
        Biarpun ombak tak pernah kenal
        Apa itu cinta
        Dia akan terus membadai...dan membadai...
        Selagi mampu kupertahankan cinta suci kita

        Kasih...
        Bahagia...memang bahagia
        Biarpun kau jauh di sana
        Tapi sikapmu yang selalu mengambil berat
        Ke atas diriku...membuatkan hatiku bertambah kasih padamu

        Kasih...
        Sehingga aku terlantar sakit
        Untuk menjalani pembedahan
        Menentukan antara hidup dan mati
        Kau tak jemu-jemu mendoakan
        Agar aku selamat dari menjalani pembedahan
        Berkat doamu yang tulus ikhlas aku selamat
        Syukur Alhamdulillah Tuhan masih panjangkan
        Nyawaku untuk meneruskan percintaan kita

        Kasih...
        Tak tidur malam aku pabila kita
        Merancang untuk mengikat percintaan kita
        Dengan tali perkahwinan
        Rasanya bagaikan mimpi saja
        Yang kau dan aku akan disatukan
        Dua hati yang terpisah selama ini
        Terlalu amat membahagiakan aku
        Di kala itu
        Terbayang kau menyarungkan
        Cinta bertahtakan permata dari Syurga...
        Subhanalah kebahagiaan yang tak dapat
        Hendak kubayangkan...

        Kasih...
        Dalam asyik kita merancang
        Tiba-tiba badai datang membadai...
        Menghalang percintaan kita
        Kedua orang tuamu menghalang sekeras-kerasnya

        Kasih...
        Berita keengganan kedua orang tuamu
        Menerima aku menjadi menantu mereka
        Bagaikan petir menyambar tangkai jantungku
        Mahu rasanya jantungku berhenti berdegup
        Berhari-hari aku menangis
        Mengurungkan diri di kamar sepi....
        Sambil membuka jendela
        Memerhatikan ombak memukul pantai
        Lagi hatiku pilu bagaikan disayat-sayat
        Makan tak lalu tidur tak lena
        Asyik terkenangkanmu

        Kasih...
        Kau tak jemu merawat lukaku
        Meyakinkan aku bahawa
        Cintamu hanya untukku
        Dan kau sanggup menerimaku
        Walaupun di tentang oleh keluargamu

        Kasih...
        Maafkan aku kerana tak dapat menerimamu
        Bukan aku tak cinta dan sayang padamu lagi
        Tapi aku tak mahu keranaku
        Kasih sayang antara ibu dan anak terpisah
        Dan aku tak mahu kau menderhaka kepada kedua orang tuamu
        Makanya aku rela lepaskan cinta...

        Kasih...
        Maafkan aku
        Sejujurnya hati ini masih mencintaimu
        Sampai kapan pun!
        Kasihku padmu hanya maut yang memisahkan kita
        Biarpun kita tak dapat hidup bersama
        Tapi di hatiku cintamu sentiasa ada untukku

        Kasih...
        Andaikata ada jodoh kita...
        Kan kukatakan pada diri
        Takkan kulepaskan cinta kali ini
        Kerana kutahu
        Ketentuan Takdir Cinta-Nya adalah milikku dan dirimu
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya: Putri Rimba Niagara
        6 Julai 2012
        about an hour ago ·  · 1
      • Zetty Endless Love terbaikkk,syabas kanda ku Rabeah Mohd Ali,,,,, terharu je bila membacanya, seolah luka lama berdarah kembali
        about an hour ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Selepas ni lagi jiwang-jiwang hehehe...
        about an hour ago ·  · 1
      • Zetty Endless Love hehheehhe
        about an hour ago ·  · 1
      • Kasturi Ptt Saya dgn seluruh ahli keluarga
        saya ............ ............... ............ .......
        serta ............... Perdana Menteri
        Timbalan Perdana
        Menteri ......................... Menteri Agama
        Menteri Badan Usaha Milik Negara
        Menteri Pertahanan Menteri Dalam
        Negeri Menteri Hukum dan Hak Asasi
        Manusia Menteri Kebudayaan dan
        kesenian Menteri Kehutanan Menteri
        sumber manusia Menteri Kelautan dan
        Perikanan Menteri Kesihatan Menteri
        Kewangan Menteri Komunikasi
        Menteri Koperasi Menteri Luar Negeri
        Menteri Tenaga kerja Menteri
        Pembangunan Daerah Desa Menteri
        kebudayaan dan kesenian Menteri
        Belia Dan Sukan Menteri Pendidikan
        Menteri Perdagangan Menteri
        Ekonomi Kepala Badan Perencanaan
        Pembangunan Nasional Menteri
        Perhubungan Menteri Perindustrian
        Menteri Pertahanan Menteri Pertanian
        Menteri Perumahan Rakyat Menteri
        Teknologi Menteri sastera Negara
        Menteri Sosial Menteri Tenaga
        pengetua guru besar cikgu kanan
        cikgu hem cikgu seni cikgu sejarah
        cikgu math cikgu pjk pembantu kerani
        cleaner mat dispet mat pet mat lima
        suku mat rempit mat belia pemilik
        facebook pekerja facebook chef
        tukang basuh pinggan pelayan
        Doktor nurse pesakit pelawat pesakit
        kerani hospital Manager Hotel
        Manager Restoran Manager Sea food
        Manager Supermarket pekerja hotel
        pekerja angkat barang hotel
        pembawak lori encik Mark Zuckerberg
        encik abu encik hassan encik anuar cik
        siti cik joyah cik minah abg manan abg
        mior abg sepul ah Long ah Chai
        mutusamy Karupiah ranjit singh tok
        mudim tok ketua tog guru pak imam
        bilal ketua daerah penjawat awam
        penjawat swasta kaki lepak budak
        skola budak skola perempuan pekerja
        mydin pekerja the store budak emall
        budak skim cepat kaya budak siber
        kaki anta virus kaki cilok cips poker
        org orang gila Pengemis dan Seluruh
        Kampung Syarikat PLUS berhad Juru2
        tol seluroh Malaysia ............ MEREKA
        SEMUA MENYUKAI POST ANDA!!!
        about an hour ago via mobile ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali BIARKAN KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU

        Oh kekasihku...
        Jika teramat parah lukamu
        Terlalu mendalam dek kerana kekasihmu itu
        Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku
        Agar boleh kulihat senyumanmu.

        Jika air matamu tidak berhenti merinduinya
        Aku tak boleh menghentikan
        Kecuali terhenti sendiri atas kemahuanmu.

        Aku yang jauh di sini
        Mendoakan kau tidak bermuram durja
        Selalu tersenyum
        Menjadi penyeri di laman cinta
        Sentiasa mewangi
        Di waktu pagi petang dan malam
        Teman-teman di sekelilingmu pasti bahagia
        Melihatmu sentiasa ceria menghadapi hari-hari mendatang.

        Jika kau terasa rindu padaku
        Pandanglah bulan purnama
        Di situ aku melemparkan senyuman sayang untukmu.

        Jika kau tak sudi membalas senyumanku itu
        Bermimpilah tentang aku
        Aku sedia mendengar rintihan kalbumu
        Kerana aku teramat menyayangimu
        Tanpa jemu menyintaimu seumur hidupku.

        Karya: Putri Rimba Niagara
        6 Julai 2012
        53 minutes ago ·  · 2
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Kasturi Ptt kerana sudi memberi sokonga kepada karya hamba dan terima kasih kepada semuanya. Kata-kata sokongan kalian sentiasa disanjung dalam lubuk hati yang dalam sebagai kata-kata semangat untuk hamba berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena. Insya-Allah Aamiin.
        2 minutes ago · 

0 comments:

Post a Comment

 
;