Friday, 6 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (110) PEJUANG-PEJUANG SASTERA YANG DIKAGUMI PUTRI RIMBA NIAGARA




SYAIR PENGEMBARA BAHASA

Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.

Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.

Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.

Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.

Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.

Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.

Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.

Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.

Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.

Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.

Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.

Budi bahasa indah penenang jiwa,
Mengungkap kata sepenuh rasa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.

Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti di luar jangkau,
Indah berbahasa mereka terpaku.

Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.

Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.

Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.

Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.

Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.

Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.

Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.

Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.

Bahasa kita warisan kita,
Warisan Seni yang perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.

Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.

Karya: Putri Rimba Niagara
3 Julai 2012
(SYAIR DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YBHG. DR. HAJI AWANG BIN SARIYAN
KETUA PENGARAH DBP)
 ·  ·  · Wednesday at 10:51pm
  • 4 people like this.
  • (PETIKAN DARIPADA GRUP WALL MEMBACA KARYA PN)
    7 Julai 2012

      • PEJUANG SASTRA MELAYU NAGA PAMUNGKAS

        Terima kasih saudara Naga Pamungkas
        kau seorang Pejuang Sastra Kukagumi
        tak kira berpenat
        berlelah
        tak kira masa
        dan
        waktu
        perjuanganmu di medan
        Sastra Melayu tak pernah jemu
        menyokong
        menghargai bakat setiap penulis
        tak kira siapa pun mereka
        dan tak pernah kau kenali pun mereka
        tapi kau tetap ingin mengenali mereka
        dan membawa karya-karya mereka bersama impian mereka
        ke puncak jaya tanpa memikirkan keuntungan untukmu

        Aduhai!
        mulia dan sucinya hatimu Pejuang Sastraku
        moga perjuanganmu yang suci ikhlas ini
        dibalas Allah dengan sepenuh bumi kebaikan
        yang akan dikira di akhirat nanti.
        Amin Ya Rabbal A'Lamin.

        Karya: Putri Rimba Niagara
        6 Julai 2012
         ·  ·  · 19 hours ago

      • PERMATA SASTERA MELAYU JAYA RAMBA WULAN

        Sahabatku Jaya Ramba Wulan...
        Selagi kau bersangka baik
        Dengan semua manusia dan Tuhan
        Insya-Allah doamu termakbul
        Moga Tuhanku memberikan
        Sinar Nur Hidayah KasihNya padamu
        Duhai sahabatku Jaya Ramba Wulan!

        Jaya Ramba Wulan...
        Kau adalah Permata Sastera Melayu...
        Nilai karyamu bak permata berharga
        Berkarya bukan mencipta nama
        Tapi mahu karyamu dihayati
        Difahami apa yang tersirat
        Dikalbumu yang sarat
        Dengan cinta kasih sayang
        Pada yang hidup di muka bumi ini...

        Moga berbahagialah hidupmu
        Dengan bunga-bunga cinta
        Sebagai balasan
        Jiwa murnimu
        Seharum kasturi
        Semerbak mewangi
        Memenuhi segenap
        Pelosok bumi
        Yang mengerti
        Karyamu!
        Perjuanganmu!

        Kau Antara Pejuang Sastera Melayu
        Yang kukagumi!

        Karya Putri Rimba Niagara
        6 Julai 2012
         ·  ·  · 19 hours ago
      • PAHLAWAN SASTERA MELAYU POUL NANGGANG

        Poul Nanggang sahabatku,
        Kukagumi semangat mu;
        Di medan seni Sastera Nelayu,
        Kau bertarung tanpa jemu.

        Kau bertarung tanpa jemu,
        Kaulah Pahlawan Sastera di mataku;
        Biarpun orang lain tak tahu,
        Tapi aku tahu siapa dirimu.

        Bangkitlah Pahlawan Sasteraku,
        Bangkitlah dengan semangat juang;
        Membela kami rakyat sasteramu,
        Kerana kami telah mati semangat juang.

        Telah lama kami mati semangat juang,
        Dalam serba kepayahan kami ingin berjuang juga;
        Berjuang bersama kamu dan pahlawan-pahlawan yang lainnya,
        Maafkan kami kerana tak dapat ikut serta kerana apalah daya.

        Di kejauhan ini biar pun tak dapat bersama kamu berjuang,
        Janganlah dipedulikan apa jua dugaan yang datang;
        Kau tempuhilah dengan gagah kerana kekuatan mu ada di pedang,
        Di pedang pena mu yang lebih bisa daripada mata pedang.

        Bilamana kemenangan berada di pihakmu,
        Tiada siapa yang dapat menafikan keperkasaanmu;
        Dan kami warga seni sastera yang kerdil ini akan berbangga padamu,
        Kepahlawananmu terbilang dan namamu sentiasa harum di hatiku.

        Karya Putri Rimba Niagara
        4 Julai 2012
         ·  ·  · Wednesday at 10:53pm
        • 3 people like this.
          • Poul Nanggang Jgnlah terlalu memuja muji saya setinggi langit. Sy hanya biasa-biasa berbakti kpd manusia melalui bahasa, sasteta dan budaya. Slm, tkasih di atad dedikasi itu.
            20 hours ago via mobile ·  · 2
          • Rabeah Mohd Ali Duhai sahabat sasteraku....
            Semua yang bergelar penulis yang bersungguh-sungguh dalam kerjayanya....amatlah aku kagumi...sahabatku...tengok tu...pakaian pun sudah mencerminkan dirimu itu sebagai seorang pahlawan....kayak Pahlawan Hang Tuah gitu....huhuhu
            20 hours ago · 
      • YB PAKAR BAHASA ABANG PATDELI ABANG MUHI

        Yang Berhormat
        Yang Disanjungi YB Pakar Bahasa
        Ku hormatimu sejak dulu lagi
        Kuyakin dengan bakat pemimpinanmu yang ada
        Di jiwamu
        Semangatmu membela rakyat 1Malaysia tak pernah
        Terkubur di hatimu
        Kau memperjuangkan tanpa mengira siapa mereka
        Asalkan rakyat Malaysia
        Bara kata-kata yang kau ucapkan
        Di khalayak ramai
        Penuh semangat
        Berkobar-kobar
        Hingga naik semangat
        Sesiapa yang mendengarnya

        Kau melontarkan setiap hujah
        Penuh fakta dan bernas
        Hingga pihak lawan tak berani
        Nak cantas
        Sebelum mereka cantas
        Sudah kau cantas dari awal

        Dengan kelebihanmu berbahasa Melayu
        Lagilah memantapkan setiap hujahanmu
        Kau terus berhujah membela rakyat Malaysia
        Hingga rakyat rasa dihargai
        Kerana mereka dibela semampu dayamu
        Dan hasil pembelaanmu itu
        Mereka melafazkan
        Syukur sebanyak-Nya kerana mereka dilahirkan
        Di bumi Malaysia yang bertuah ini

        Dengan mencalonkanmu sebagai YB
        Tak sia-sialah rakyat menobatkan kau
        Sebagai YB Pakar Bahasa

        Kutabik hormat padamu duhai YB Pakar Bahasa
        YB ABANG PATDELI ABANG MUHI
        Moga kau beroleh kejayaan dunia dan akhirat
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        23 Mei 2012
        Yesterday at 8:42pm ·  ·  3

      PAHLAWAN SASTERA AWANG KARIM KADIR


      Pahlawan Sasteraku
      Awang Karim Kadir
      Kaulah Pahlawan Sasteraku
      merangkap guruku
      merangkap idolaku
      merangkap lambang inspirasiku.

      Jangan kau harapkan mereka,
      bangunlah dengan kudrat mata penamu sendiri
      jadilah kau pahlawan
      menghunus mata penamu
      bertarung di gelanggang alam maya
      bertarunglah semahumu
      membela penulis dan sastera
      menepis musuh
      dengan berpandukan minda akalmu
      membela penulis
      membela sastera
      berlandaskan keikhlasanmu mempertahannya.

      Dengan ketajaman mata pena
      dengan kebijaksaan mindamu
      bisa kau menakluki
      dunia sasteramu!
      dunia sasteraku!
      dan
      dunia pecinta sastera.

      Namamu mewangi
      sewangi jiwa kepahlawananmu
      membela kami pecinta sastera
      sudah lama kami nantikan
      akan berlaku revolusi sastera itu
      adalah kau Pahlawan Sasteraku.

      Kepahlawananmu membela kami
      tidaklah kami terpencil sendiri
      dalam dunia sastera yang diminati
      hilang bersama pena unik tapi
      masih berdakwat untuk
      berkarya dan terus berkarya
      hingga terhenti nafas
      justeru tanpamu Pahlawan Sasteraku
      siapalah kami
      peminat sastera hingga ke mati!

      Karya Putri Rimba Niagara
      7 Julai 2011
    CERIA DAN DUKA DIGABUNGKAN MENJADI PELANGI CINTA

    Duhai Kanjeng Gusti...
    Duhai Laksamana Mas ...
    Duhai anak bangsa Rumpun Melayu
    Berpisah dengan kalian aku nggak tega
    Kalian adalah sebahagian daripada hidupku
    Ceriamu cerialah aku
    Dukamu dukalah aku
    Adakalanya ceria menjadi penawar
    Setelah adanya duka
    Ceria...ceria...ceria...bak pelangi hati
    Duka...duka...duka.. bak gerhana hati
    Ceria dan duka digabungkan menjadi pelangi cinta
    Cinta demi negara dan
    Demi senyuman anak cucu Rumpun Melayu

    Karya Putri Rimba Niagara
    30 Mac 2012

    Like · · Unfollow Post · 2 hours ago near Kuala Lumpur

    Laksamana Mas and 3 others like this.

    Laksamana Mas Tersanjung sangat aku duhai Pahlawan sastra melayu, mudah2an semua yang menjadi cita2 mu mendapatkan ridho dariNYa,..amin.
    30 minutes ago · Like

    Putri Rimba Niagara:

    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    Sanjung menyanjungi adat melayu,
    Budi bahasa budaya melayu;
    Pusaka bangsa junjungan melayu,
    Sama berjuang demi anak cucu rumpun melayu.

    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS)
    7 Julai 2012
     ·  · a few seconds ago · 
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & GRUP MEMBACA KARYA PN)
    7 Julai 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;