Friday, 6 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (114) - ANDAI KATA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIR BAGIKU HIDUP DI MUKA BUMI INI




ANDAI KATA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIR KITA BERHIDUP DI BUMI INI

Duhai rakanku semua...
Biar siapa pun kita
Kita akan bergelar moyang
Kita akan dijemput pulang bila sampai masanya
Bila ajal sudah sampai
Tidak dicepatkan tidak dilewatkan...
Malaikat maut mematuhi perintah Tuhan yang Mencipta kita
Kerana sudah sampai waktu Tuhan mahu bertemu dengan kita
Adakah kita sudah bersedia?
Bersedia atau tidak
Allah SWT sudah bersedia untuk berjumpa kita
Tika di dunia kita berjumpa Tuhan pabila kita solat
Tapi kalau kita bukan ahli solat dan lalaikan solat gimana?
Adakah kita layak bertemuNya apabila sudah bergelar roh?

Di masa alam kandungan ibu... tika roh ditiupkan pada kita
Kita telah bersumpah setia untuk menjadi hambaNya yang patuh
Kerana kita mengaku kita hambaNya
Makanya kita ditiupkan roh dan lahirlah kita ke dunia ini
Untuk menjadi seorang khalifah yang akan memikul tanggungjawab
Dan akan membawa pulang tanggungjawab itu untuk dipertanggungjawabkan
Makanya adakah kita sudah bersedia bertemu Pencipta kita?

Allahu Akhbar
Aku yakin semuanya tak sabar bertemu denganNya
Tapi aku yakin kita akan malu dan tak mahu bertemuNya
Selagi tidak membawa apa-apa amalan agar Allah SWT redho pada kita
Pastinya kita mahu bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah redho pada kita

Andaikata hari ini adalah hari terakhir kita berhidup di dunia ini
Apakah kata-kata terakhir yang mahu kamu ucapkan kepada
Penghuni dunia ini?
Mana tahu kata-katamu itu akan dikenang oleh anak cucu
Mana tahu kata-katamu itu membuatkan anak cucu mendoakan moyang mereka
Mana tahu kata-katamu itu mengundang Nur Rahmat KasihNya padamu

Andai kata hari ini adalah hari terkahirku bernafas di bumi ini
Aku memohon agar Allah SWT ampunkan atas segala kesalahanku
Aku memohon maaf kepada semua orang yang kukenali di alam realiti atau
di alam maya di atas segala kesalahanku samada sengaja atau tidak
Aku memohon maaf kepada semua pembaca yang membaca karya-karyaku
jika ada yang tidak berkenan di hati mereka makanya maafkanlah aku kerana
aku adalah insan yang tidak sempurna bagi memuaskan hati semua pembaca.
Aku memohon maaf kepada anak cucuku jika ada karyaku yang menyinggung
hati mereka samada secara sengaja atau tidak.

Kepada anak cucu cicitku
Inilah moyangmu
Biarpun moyang tidak mengenalimu
Percayalah moyang sayang padamu
Sayang sangat-sangat
Sudilah baca karya-karya moyangmu
Sudilah hargai karya-karya moyangmu
Khazanah sastra moyang ini untuk kalian semua
Tanda moyang kasih dan sayang pada kalian
Biarpun semasa hayat moyang karya moyang tidak dihargai
Tidak mengapa...tapi demi kalian
Moyang tidak kisah itu semua
Kerana moyang menulis adalah keranaNYa
Kerana moyang sayangkan kalian
Jika kalian juga tidak mahu menghargainya
Tapi tolong hargai apa mesej yang hendak moyang sampaikan
Dalam semua karya-karya moyang
Tapi moyang yakin kalian akan menjaganya sebaik mungkin
Sepertimana moyang sanggup pertaruhkan darah dan airmata moyang sebagai tinta
Begitulah juga kalian menjaga karya moyang agar tidak disepikan...

Moyang merayu pada semua anak cucu cicit moyang
Jagailah khazanah sastra karya-karya moyangmu ini
Sebaik-baiknya ....
Moyang wariskan pada kalian

Tiada apa yang moyang harapkan pada kalian
Jika sudi membalas kasih sayang moyang
Kirimkan sepotong ayat Fatehah pun sudah memadai

Senyuman anak cucu
Adalah senyuman moyangmu

Karya Putri Rimba Niagara
6 Julai 2012
.
SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA KEPADA
SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK MEMBERI SOKONGAN
PADA SASTERAKU DUNIAKU:

SEMUA KESATRIA DI MALAYSIA & DI INDONESIA
SEMUA PAHLAWAN SASTRA MALAYSIA & INDONESIA
RAKAN FB DAN MEREKA YANG MENY0KONG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM PERJUANGAN SASTERA DUNIAKU.

SEMUA GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI:

1. PUISI CINTA ILAHI
2. KEDATON KRAT0N WAHYU UTAMA
3. KRATON KERAJAANSURGA PESONA DUNIA MAYA
4. PERSATUAN KERABAT DIRAJA DAN KELUARGA BESAR JAMBI
5. KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA
6. MELAYU ISLAM BERSATU
7. KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
8. PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
9. MASYARAKAT ADAT MATARAM
10. DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
11. MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA
12. BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI
13. MEMBACA KARYA PN
14. MELA AYU RADIO ONLINE
15. SSL. fm
16. OMBAK RINDU
17. LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG
18. PUISI LOVERS - INDONESIA

DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:

KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PENCINTA BAHASA MELAYU
PENCINTA SASTRA MELAYU
PENCINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA

RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...

MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.

SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,

RABEAH MOHD ALI
PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA
6 Julai 2012
 ·  ·  · Yesterday at 10:01am

  • Tengku Zubir and 4 others like this.


    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA)
    7 Julai 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;