Monday, 2 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (84) - SI KUNTA SI KUNTE DIGALASKAN TANGUNGJAWAB MENCARI PEMBELI UKIRAN DAUNAN KASIH UNTUK DITUKARKAN KEPADA MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA



  • Putri Rimba Niagara shared Home Based Business Program's photo.
    Creative Idea
     ·  ·  · 2 hours ago · 


    • You like this.

      • RAKYAT RIMBA NIAGARA MENGUCAPKAN TAHNIAH!
        SEMPENA MENDAPAT GELARAN RATU DUNIA SANG PUJANGGA!

        Apa yang semerbak mewangi ini kunta kunte...
        Entah... Tuan Putri nanti hamba pergi tengok

        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
        Rakyat jelata sedang menanti untuk mengucapkan
        tahniah kepada Tuan Putri dengan membawa jambangan bunga-
        bungaan yang cantik sekali...

        Tuan putri terasa terharu yang amat sangat
        kerana tanpa duganya begitu cepat sekali
        seluruh penghuni rimba datang mengucapkan tahniah
        dan mereka menyatakan akan melantik tuan putri rimba
        sebagai Ratu Istana Rimba Niagara yang memerintah
        Rimba Niagara.

        Si kunta si kunte di amanahkan untuk mendapatkan mahkota di hari pertabalan Ratu Rimba Niagara nanti.

        Kerana kepercayaan seluruh penghuni rimba kepadanya Tuan Putri
        Rimba terima dengan rela hati dan ingin mencurahkan bakti pada seluruh penghuni rimba dan seluruh penghuni bumi.

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        2 Julai 2012

        about an hour ago · Edited · 

      • MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA DIBELI DENGAN UKIRAN DAUNAN KASIH

        Tuan Putri semasa Tuan Putri ditabalkan menjadi Puteri Rimba Niagara
        kami penghuni rimba telah bermuzakarah untuk melantik tuan puteri
        sebagai ketua yang memerintah seluruh Rimba Niagara ini.

        Kami ingin membuat sendiri mahkota tuan putri yang tiada tandingannya dengan buatan manusia tapi memandangkan asal usul tuan putri manusia makanya kami hormat tuan putri agar kami juga mahu menyokong institusi diRaja yang akan dihidupkan semula oleh mereka yang faham betapa pentingnya Institusi diRaja pada rakyat sekalian....seperti kami ...biarpun kami haiwan dan boleh melantik di kalangan haiwan....tapi kerana semangat kami untuk
        menghidupkan institusi diRaja di kalangan manusia makanya kami lantik
        Tuan Putri.

        Makanya kami arahkan si kunta si kunte menggalas tanggungjawab untuk membeli mahkota Tuan Putri Rimba berbekalkan ukiran daunan kasih hasil karya tuan Putri.

        Sudah serata pelosok dunia dijaja ukiran daunan kasih Putri Rimba
        masih lagi tiada yang sudi membelinya ....malah mereka mengejek
        dan mentertawakan si kunta si kunte....

        "Hei...kamu gila ke apa?"
        "Kenapa kamu kata kami gila ya....?"
        "Nak beli mahkota yang harga berjuta ringgit ini dengan ukiran daunan kasih?
        takkan gila namanya itu?"
        "Dunia kami daunan ukiran kasih ini amat berharga daripada wang ringgit...."
        "Dunia kamu lain? Dunia kami lain...dunia kamu penuh fantasi dan anggan-angan manakan sama dengan dunia kami yang realiti? Hahahaha dunia angan...angan..."
        Mereka gelakkan si kunta si kunte semahunya.
        "Duhai manusia ....begitu sekali kamu hina dunia kami yang mengagungkan kasih suci kerana-Nya...biarpun kamu rasa kamu berada di dunia realiti tapi pada kami dunia kamu penuh kepalsuan, kebencian, dendam membara, berkata-kata saling hina menghina serasa diri sempurna semuanya...makanya kami tak ingin sama sekali berurusan manusia seperti kamu yang berhati busuk...kalau kami bercampur dengan kamu kami berhati busuk juga...dan kami tak akan izinkan sama sekali tuan puteri kami berkawan dengan kamu dan kami yakin jika tuan puteri kami
        mendengar setiap butiran kata-katamu ini pasti jantungnya akan berhenti berdetak!
        Makanya kami akan jauhkan tuan puteri kami dari kamu...namanya manusia yang diberi akal untuk mengungkapkan kata-kata indah tapi tetap juga memilih kata-kata yang mengundang sakit hati manusia....jika manusia sakit hati lantas bergaduh pasti Tuhan akan murka....kamu tak tahu ke....jika kamu rasa kamu ini sudah sempurna segalanya teruskan saja kata-katamu ini hingga ke mati , cuma aku nak pesan sama kamu setiap kata-katamu ada malaikat mencatatnya dan catatan ini akan menjadi saksi di akhirat nanti...berwaspadalah dalam berkata-kata duhai manusia jika kamu mahu selamat dunia akhirat."
        "Kamu ini siapa nak menasihatkan kami....sekadar haiwan yang tiada nilaipun pada kami...hahahaha"
        "Duhai manusia....biarpun kami haiwan...tapi bila kami mati...di akhirat nanti ..kami tak dihitung dosa pahala....dan kami yakin jika kami berbuat baik pada manusia dan manusia menyayangi kami dan jika dia masuk Syurga dan mereka mendoakan kami untuk datang kepadanya ...kami akan ada di sisinya seperti kami berada di dunia kerana di Syurga apa saja kemahuan ahli Syurga sepantas kilat akan wujud...dan di Syurga bukan fantasi atau angan-angan....itulah sebenarnya alam realiti yang abadi selamanya....tidak seperti di dunia....kalau masih ragu lagi....tunggulah maut menjemputmu baru kamu tahu benar atau tidak kataku ini duhai manusia...."
        "Marilah kita pergi tinggalkan manusia begini...kita cakap macam mana pun dia tetap menghina kita...biarlah Tuhan saja yang menyedarkannya."

        Sudah sepurnama si kunta si kunte mencari siapakah yang sanggup membeli ukiran daunan kasih Tuan Putri Rimba....Untuk menghilangkan penat mereka singgah di sebuah pantai nan indah permai....terlihat dia seorang jejaka yang sejak tadi memerhatikan mereka....

        "Kalian dari mana?"
        "Rimba Niagara?"
        "Apa yang kalian bawa itu?"
        "Ukiran daunan kasih...."
        "Boleh hamba tengok..."
        "Silakan tuan hamba..."
        "Suka hamba pada ukiran daunan kasih ini..."
        "Siapakah yang mengarangnya?"
        "Tuan Putri Rimba Niagara kami...."
        "Boleh kah hamba memiliki ukiran daunan kasih ini...hamba amat sukakanya
        membuatkan hati hamba jatuh cinta pada Pencipta hamba ...."
        "Kata tuan putri kami itulah matlamat tuan putri berkarya agar karya yang ditulis
        apabila dibaca mengundang Nur Hidayah Kasih Ilahi."
        "Sejujurnya hamba memang suka ukiran daunan kasih Tuan Putri ..tuan hamba...
        Sekarang ini apa syaratnya agar hamba dapat memiliki daunan ukiran kasih ini."

        "Sudah serata tempat kami mencari pembeli daunan ukiran kasih putri rimba niagara tapi tiada seorangpun yang sanggup membelinya....jika tuan hamba sudi kami mahu sebuah mahkota untuk pertabalan tuan pueri kami sebagai tuan putri rimba niagara. Apakah tuan hamba sudi mencarikan mahkota tersebut sebagai pertukaran ukiran daunan kasih ini."

        "Bisa aje dong...yuk kita pergi sekarang."

        "Kamu rasa mahkota ini cantik tak untuk Tuan Putri Rimba kamu..."
        "Tuan hamba pilih sajalah yang mana satu...tuan hamba suka kami pun suka...."
        "Makanya hamba pilih yang ini....pasti Tuan Putri Rimba kamu sukakannya..."
        "Terima kasih tuan hamba yang baik budi....moga Allah SWT saja yang dapat
        membalas segala kebaikan tuan hamba kepada kami seluruh penghuni rimba Niagara..."
        "Apa nama tempat ini tuan hamba....?"
        "Sintang, Kalimantan Barat Indonesia ."

        BERSAMBUNG


0 comments:

Post a Comment

 
;