Sunday, 1 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (77) - GELARAN YANG TERBAIK ADALAH MENJADI HAMBA-NYA YANG ADA NILAIAN DI SISI-NYA


  • ‎~ DI PEMATANG WAKTU ~

    seharian mencabuti rumput jiwa
    menyiangi gulma-gulma
    tanpa terasa anak-anak tumbuh dewasa
    diasuh mentari kemarin

    hari ini masih tersisa
    mimpi manis dari bunga musim
    yang berseliweran di kuntum senyum
    dan matahari masih mengantarkan tawanya;
    sementara anak-anak di jalan menikam pagi dengan tanya;
    kemanakah perginya
    bayang-bayang kemarin yang jatuh di pematang senja ?

    waktu merangkak malam
    anak-anak petang berkemas,
    pulang membenahi kelam.

    -------------
    Sintang Kalbar, 20 Juni 2012
    Werdys Kalbary
     — with Hamizar Bazarvio Ridwan and 3 others.
     ·  ·  · June 20 at 5:57pm

      • DI MATAMU ADA PELANGI CINTA
        SETULUS IKHLAS KERANA-NYA

        di matamu ada pelangi cinta
        setulus ikhlas kerana-Nya

        di hatimu ingin
        membersihkan kebekuan
        hati yang bercelaru
        jiwa tak menentu
        agar tak buntu

        bunga-bunga Syurga
        jangan sekali dilepaskan
        kerana akan dipersoalkan
        cuma penyelesaian
        cara berhikmah
        penuh bijaksana
        agar tiada
        yang terluka dilukai
        biarpun hatimu remuk redam
        biarkan...
        asalkan Allah tahu
        segala niat murnimu
        mahu pulang ke pangkuan Ilahi
        dalam tenang
        setenang air di kali Syurga

        moga Syurga balasan
        padamu dan pada semua
        yang kau cintai
        setulus ikhlas kerana-Nya

        percayalah Allah sentiasa
        bersama hamba-Nya
        selagi hamba-Nya
        bersangka baik terhadap-Nya

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        20 Jun 2012
        June 20 at 10:35pm ·  · 1
      • Werdys Kalbary ‎@dinda Rabeah:
        dalam remuk redam hati,
        ku pulangkan jua pada ilahi Rabbi
        dimana diri yang secuil ini
        senantiasa damba akan cintaNYA
        akan rinduNYA
        yang merangkum semesta...
        ---terima kasih ya dinda---
        June 20 at 10:58pm via mobile ·  · 1
      • Dalam proses ingin pulang ke pangkuan-Nya
        pasti diuji dan terus diuji
        hanya keimanan tauhid saja
        yang dapat meraih cinta-Nya
        moga cinta-Nya
        sama dapat diraih
        berkat dambaan cinta kita pada-Nya
        June 20 at 11:04pm ·  · 2
      • Setiap bait-bait puisi yang indah
        Hasil dari setiap kalbu suci
        Semuanya datang dari-Nya
        Makanya jangan menjadi
        Kegalauan di hatimu
        Allah pasti tahu
        Niat sucimu
        Dia sentiasa bersamamu
        Memakbulkan segala niat sucimu
        Itulah bukti cinta-Nya
        Karena DIA tak pernah memungkiri janji
        Janji-Nya pasti
        Asalkan kau ikhlas dalam setiap ibadahmu
        June 20 at 11:18pm ·  · 2
      • Jika kita yakin
        Hidup dan mati kita
        Adalah urusan-Nya
        Apa nak dikesahkan
        Remeh temeh masalah dunia
        Tapi bila sudah melangkah ke alam
        Barzah semuanya sudah terlambat
        Untuk diperbetulkan mana yang silap
        Selagi hayat dikandung badan
        Usahalah memperbaiki diri
        Muhasabah diri
        Ke mana kita sesudah mati
        Kerana kita yang menentukan
        Tiket ke Syurga atau ke neraka
        Moga kita sentiasa mahu menempah tiket ke Syurga-Nya
        Aamiin Ya Rabal A'Lamin
        June 20 at 11:32pm ·  · 1
      • Werdys Kalbary ‎@dinda Rabeah:
        pesan tiket satu ya..
        June 20 at 11:48pm via mobile ·  · 1
      • Siapa nak tiket Ke Syurga kena usaha sendiri... karna di Mahsyar nanti berjawab sendiri lepas segala hitungan...barulah tahu ke mana selepas itu...moga kita semua terpilih mendapat tiket ke Syurga-NYa. Aamiin.
        June 20 at 11:50pm ·  · 1
      • Werdys Kalbary Aamiin ya Rabbul alamin...
        June 20 at 11:56pm via mobile ·  · 1
      • Gelaran terbaik adalah menjadi hamba-Nya yang ada nilaian di sisi-Nya
        Jika itu tidak dicita-citakan dan diusahakan makanya amatlah rugi hidup dunia dan akhirat duhai ayahanda Kembara Sirua....
        June 22 at 11:23am ·  · 1
      • INDAHNYA CINTA BAYANGAN

        Cinta itu indah
        Seindah pelangi di malam hari

        Cinta itu murni
        Semurni hati yang dibajai
        Dengan keselarian cinta pada-Nya

        Cinta tak pernah mengenal siapa
        Cinta datang tanpa diduga
        Cinta tak boleh pura-pura
        Cinta bukan hanya pandai menyebut cinta
        Hati menyebut lain mulut berkata lain
        Itu bukan cinta namanya
        Itu cuma cinta sandaran hati terluka
        Sekadar untuk merawat luka cinta lama yang terluka
        Tapi akan terluka juga akhirnya jika pura-pura cinta

        Cinta sejati
        Lahir dari hati
        Nan suci
        Mahu saling cinta mencintai
        Hanya semata mahu meraih cinta redha Ilahi

        Cinta akan terserlah wangiannya
        Seperti apabila kita melihat cermin
        Di situlah bayangan cintanya ada
        Seperti mawar di letakkan di air jernih
        akan terbias bayangannya
        Begitulah indahnya cinta...

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        25 Jun 2012
      • ITULAH CINTA YANG HARUS KAU DAN AKU DAMBAKAN KASIH

        Jika cinta mu tak pernah mati untukku
        Sentiasa membara-bara api asmaramu

        Cintaku sentiasa hidup untukmu
        Aku ingin membalas cintamu

        Tapi malangnya
        Cintamu untuk dunia saja
        Tiada langsung ke arah akhirat

        Cinta sekadar indah dunia
        Sekadar perhiasan cinta

        Bukan...bukan...aku tak mahu begitu kasih...
        Yang kumahu cintamu membawa aku ke Syurga

        Pasti cinta kita saling terarah
        Untuk bersama mencari jalan ke Syurgawi

        Agar cinta kita sentiasa mengundang rahmat kasih-Nya
        Makanya terpatrilah cinta kita hingga ke Syurgawi
        Itulah cinta yang harus kau dan aku dambakan kasih.

        Karya Putri Rimba Niagara
        25 Jun 2012
      •  Duhai kanda werdys
        Terima kasih kerana sudi mencintaiku kerana-Nya
        Moga cinta kita dipatrikan hingga ke Syurga-Nya..Aamiin.
        21 hours ago ·  · 1
      • Jika si gulma itu datang untuk memusnahkan cinta kita
        Anggaplah itu dugaan untuk mengganggu gugat cinta kita
        Percayalah selagi cinta kita suci dan ikhlas kerana-Nya
        KETENTUAN CINTA adalah milik kita
        Insya-Allah Aamiin.
        21 hours ago ·  · 1
      • Duhai hamba Allah...sepatutnya kau ucapkan syukur pabila melihat setiap yang diciptakan Allah SWT...itu kau gelakkan...ini bemakna kau gelakkan kejadian Allah SWT...fikir-fikirkanlah kalau kau hamba-Nya yang mahu muhasabah diri. Jangan jadi seperti gulma ok?
        19 hours ago · 
      • Allahu Akhbar...sama-samalah kita meng-Agungkan-Nya ...dalam suasana berperasangka baik senantiasa. Inilah hikmahnya kenapa kita dipertemukan di grup ini . Kumohon maaf jika ada bahasaku yang tidak sedap kamu mendengarnya....percayalah setiap rakan sastra yang diKurniakan padaku adalah seperti permata dari Syurga.Aamiin.
        19 hours ago ·  · 1


      •  Duhai hamba Allah...
      • Terima kasih untuk berdamai denganku
        Aku tak kisahkan sangat cinta dari seorang Adam
        Jika cinta itu milikku aku syukur
        Jika bukan aku redha atas Ketentuan-NYa
        Makanya janganlah kau ungkit-ungkit lagi kisah cinta kami
        Biarlah Allah saja yang menentukan-Nya
        Jika kau orang ungkit juga bererti kalian yang tak faham apa itu
        Erti Cinta Atas Ketentuan-Nya

        Sepanjang perkenalan kita walaupun
        Cuma sesingkat tetapi memberi kesan
        Yang amat mendalam di fikiranku
        Nak katakan luka memang luka
        Kerana memikirkan hidup ini tak lama
        Makanya aku sanggup berdamai dengan kalian
        Dan kalian juga sudilah memaafkan aku jika
        Aku juga ada menyakitkan hati kalian...

        Tapi selepas ini aku pohon pada kalian berdua
        Jangan cuba dan ada niat sebesar zahrahpun
        Untuk sengaja menyakitkan hatiku
        Jika ada beritahu aku apa perkataan yang aku
        Keluarkan hingga kalian berdua sakit hati...
        Senang aku tampal mulut aku dari berbicara
        Yang kalian tak suka itu....
        Jangan simpan dalam hati nanti makan hati...

        Kita ditemukan oleh-Nya bukan
        Untuk mengujudkan perselisihan faham
        Daripada masalah yang remeh temeh
        Tapi saling untuk menghayati karya
        Teman-teman dengan
        Aman roh dan jasad

        Sejujur aku katakan pada kalian
        Dalam usia yang tersisa ini
        Aku tiada masa memikirkan
        Masalah yang akan membuatkan
        Aku celaru tak menentu
        Pasti akan memakan diriku sendiri
        Makanya tak jadi ahli grup pun tak apa
        Asalkan fikiranku tenang dari
        Gangguan suara-suara
        Yang tak dikenali
        Sentiasa mencengkam jiwaku

        Harap kalian faham
        Keadaan aku
        Kerana pemikiranku
        Hanyalah
        Karya...karya...karya...
        Kerana karya adalah duniaku
        Makanya setiap apa kau tuturkan
        Samada baik atau tak
        Akan memberi impak
        Kepada dunia karyaku...
        Jika impaknya positif aku amat suka
        Tapi jika impaknya negatif
        Bertentangan dengan kehendak karyaku
        Makanya aku tak suka....
        Bila bertentangan akan memakan diriku sendiri
        Makanya aku tak mahu hidup memakan diri sendiri
        Makanya berdamailah denganku
        Berdamailah dengan pemikiranku
        JIka kau faham kemahuanku
        Makanya akan damailah pertemanan kita di grup ini...

        Jika sesuatu itu yang ingin kau lahir padaku
        Kau tanya pada dirimu...adakah
        Kau sengaja mahu menyakitkan hatiku
        Kalau sengaja kau fahamlah sendiri
        Kalau tak sengaja aku maafkan
        Kerana siapalah kita
        Insan yang sentiasa tak sempurna.....
        Itu saja pesananaku untuk kalian...
        Harap sudi memahami aku
        Harap memaafkan aku
        Agar masalah sekecil ini tidak
        Dibawa di akhirat

        Aku insan yang kerdil menyusun sepuluh jari
        Pada kalian berdua Dang Merdu & Raisya...

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        1 Julai 2012
        15 hours ago ·  · 1
      • Jiwaku akan tenang melihat wajah sebenarmu duhai dang merdu...itupun jika kau sudi...kerana aku tak suka berkawan dengan pepatung nampak cantik tapi apalah maknanya jika hanya penyamaran manusia yang dijadikan Allah cantik tapi tak mahu menjelmakan diri seolah-olah tak redha dengan kurniaan Ilahi. Makanya jelmakan dirimu jika mahu terus berkomunikasi denganku...selagi kau menjadi pepatung aku tak dapat berkomunikasi denganmu....tolong fahami daku itu salah satu syaratnya jika kau mahu menjadi rakan sastraku ok...kalau faham-faham...kalau tak faham...faham sendiri ajelah ye....maafkan aku buat kali terakhirnya.
        13 hours ago · 
      • Cubalah kamu tengok wajah bidadaraku itu...tenang saja melihat wajahnya...tenang setenang air di Kali Syurga...itu yang membuatkan aku jatuh cinta kerana ketenangan yang ada di wajahnya...kalaulah dia itu patung lelaki...sah-sah...aku tak jatuh cinta padanya...kerana dia alim macam mana pun dia tetap tidak redha dengan kejadian asal usulnya manusia...aku paling tak suka manusia yang menyamar kerana pasti dia akan berkata-kata mengikut hati dan perasan...sebab itu suka menyamar objek lain...makanya dang kalau mahu jiwa mu tenang...berubahlah menjadi dirimu yang sebenar...
        13 hours ago · 
      • Ye lah aku salut hati kamu berdualah yang baik...kamu berdualah ahli syurga...apa yang kukatakan baik tetap juga tak baik di mata kamu makanya aku tak larat lagi hendak layan kamu berdua...maafkan aku ye orang-orang baik...aku sentiasa sedar insan yang tak sesempurmu...boleh tak kau janji dengan aku jika aku sedang berkomunikasi dengan bidadara aku kamu tak mengganggu...kami sedang berpuisi ...janganlah cuba menghalang..boleh ke? dan jangan tampil lagi maafkan aku dunia akhirat...salam kemaafan selamanya.
        12 hours ago · 
      • Wan Suwandy ‎@_______@
        11 hours ago ·  · 1


      • BUTIR PASIR DI UJUNG KAKIKU

        Senja yang lelah merapat ke barat
        angin lembut memintas langit utara
        pada butiran kerikil dan pasir di ujung kakiku ini
        kubenam beribu sepi beribu mimpi tentangmu
        tak kan pernah hilang sayang
        meski lidah gelombang berulang datang
        menjilat butiran pasir itu hingga jadi kenangan

        butiran kerikil dan pasir di ujung kakiku ini
        menampakkan musim di jantung kemarau
        seperti kudengar nyanyian tentangmu duhai cinta
        berbisik lembut , selembut nafas ciumanmu
        serasa menggerayangi tiap inci denyut leherku
        alunan rindu mengalir di nadiku mesra
        seperti riak sungai ini tiada henti bercerita
        tentang kita sayangku
        ya tentang kita
        yang selalu berharap
        dalam jarak yang tiada terdekap

        Stg, 27062012

        Wan Suwandy
         ·  ·  · Saturday at 5:37am
  • 0 comments:

    Post a Comment

     
    ;