Wednesday, 4 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (101) - PUTRI RIMBA NIAGARA BERPUISI BERSAMA LISA ARIF




PUTRI RIMBA BERPUISI BERSAMA LISA ARIF

Bicara Hati Dibelenggu

bicara kaku beku
lakaran kontang
kemarau
tekakkan sakit
hati dibelenggu

By: Lisa Arif
5 Julai 2012

Sedingin Salju Di Himalaya

Bicaramu tak kaku
Bicara selalu segar
Hingga tekakku sentiasa dingin
Sedingin salju di Himalaya
Menghilangkan dahaga seribu tahun
Hatiku tak terbelenggu dengan kata-kata indahmu
Hingga terbawa-bawa di alam mimpi...
Terima kasih sayang... bahasamu
Selalu mendamaikan jiwaku yang tandus
Dengan kerohanian jiwa yang perlu dipujuk selalu...

Putri Rimba Niagara
5 Julai 2012

Tekakku Kian Lega

Lisa Arif tekakku kian lega
hadirmu membawa sribu penawarnya
kian terbuka belengguku

By: Lisa Arif
5 Julai 2012

Berdangsa Bersama

Jika sudah terbuka belenggumu dik...
Bolehlah kita berdansa bersama ye...
Tapi janganlah yang bermuzik rancak ye...
hehehehe

Lisa Arif:

salam bahagia kakakku Rabeah Mohd Ali
lisa minta diri
untuk kukuakkan jendela kamarku
♥ hadirmu

Putri Rimba Niagara:

Jika kau kuakkan jendela kamarmu
Aku bersyukur kerana Allah memakbulkan doaku
Agar kau dan aku terus dapat berpuisi nan indah-indah
Seindah dan seharum bunga mawar di jambangan kasih

KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Julai 2012
 ·  ·  · 43 minutes ago · 


  • You and Laksamana Mas like this.

    • KAU ADALAH MAWAR

      Hati Mereka

      pasti lega
      hadirku tiada warna
      tiada harum
      tiada rasa
      gembiranya
      hati mereka

      By Lisa Arif
      5 Julai 2012

      BIAR AKU YANG MENGHARGAIMU

      aku tak akan bahagia
      jika hadirmu tiada warna
      tiada harum
      tiada rasa
      kerana kau adalah mawar
      sentiasa cantik dan wangi di mana kau berada
      jika tiada siapa yang mahu menghargaimu
      biar aku yang menghargaimu
      mencium baumu yang harum itu
      mendamaikan imanku sayang....

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      5 Julai 2012

      Andai Terhakis Sekalipun

      Lisa Arif setia hadirmu kakakku
      andai terhakis sekalipun
      pudar dan luluh diriku
      ke dakapanmu
      itulah tempatku

      By: Lisa Arif
      5 Julai 2012

      Jika Dunia Tahu

      Duhai adikku
      Jika dunia tahu
      Betapa indahnya bahasamu
      Mahu mereka akan
      Sentiasa berbahasa indah
      Setiap masa dan ketika
      Kerana cantikmu seharum hatimu
      Kaulah Permata Syurga
      Yang berkemilauan
      Dan aku terpana betapa indah-Nya Dzat-Nya

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      5 Julai 2012

      KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
      5 Julai 2012

      31 minutes ago · 

    • KITA BERDANGSA MENGIKUT RENTAK

      aku punya
      aku suka
      peduli apa
      tarianku baru bermula
      muzikku sedang ke udara
      kakiku mengikut rentaknya
      saksikan dansaku
      tercarut apaapa sahaja
      tersenggol maaf dipinta
      jika suka
      ayuh turut tarikan bersama
      radioku bebas siarannya

      By: :Lisa Ariff
      5 Julai 2012

      KUSAKSIKAN DANGSAMU

      Aku ingin berdangsa bersamamu
      Tapi tak selincahmu
      Muzikmu mengikut rentak
      Kusaksikan dansamu
      Penuh minat
      Tapi bila kau tercarut
      Keningku mula berkerut
      Aku pun berhenti berdangsa bersamamu
      Kerana kakiku terus terhenti sendiri...

      Jika kau mahu aku terus
      Menghayati siaran radiomu
      Pastikan suaramu selunak
      Bahasa-bahasamu nan indah-indah...ye sayang...
      Biar aku dapat berdangsa denganmu
      Tanpa terhenti lagi....
      Dan kita bahagia berdansa bersama
      Dalam rentak dan irama bahasa
      Angin sepoi-sepoi bahasa....

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      5 Julai 2012

      HARI INI IRAMANY DISKO

      kakakku sayang
      hari ini iramanya disko
      rancak mancho
      keras sikit
      tapi seninya tetap ada
      salam peluk cium kakakku

      insyaAllah
      siaran radioku
      akzn trus berputar
      irama mendayunya akan tiba
      setelah tekakku kembali nyaman
      salam rindu kakakku

      By: Lisa Arif
      5 Julai 2012

      IRAMANYA MENDAYU-DAYU DI CORONG RADIO HATIKU

      Salam rindu dan sayang untukmu sayang...
      Wajahmu nan ayu senyumanmu mempersona kalbuku
      Iramamu mendayu-dayu di corong radio hatiku
      Lalu kuterbayangkan wajahmu
      Di sudut jendela kamar Istana Rimba Niagara

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      5 Julai 2012

      KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
      5 Julai 2012

      14 minutes ago · 

    • MINUMANMU TELAH MENGHILANGKAN DAHAGAKU 1000 TAHUN

      dahaga

      aku hidangkan airnya
      silakan nikmati percuma

      tiada selera

      teguklah sedikit
      penawarnya
      aku setia persembahkan

      jijik

      maaf
      itulah sahaja
      ala kadarku

      maaflah

      aku tidak faham seleramu
      hidanganku
      cukup sederhana

      By: Lisa Arif
      5 Julai 2012

      Terima kasih Sahabat Akhiratku

      Terima kasih atas
      Minuman air yang kau hidangkan
      Biarpun sekadar air kosong
      Tapi telah mengilangkan dahagaku seribu tahun
      Telah menjadi penawar imanku yang tandus

      Terima kasih sahabat akhiratku
      Hadirmu membahagiakan dunia akhiratku
      Moga kita menjadi sahabat di Syurga kelak
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      5 Julai 2012

      KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
      5 Julai 2012

      8 minutes ago · 

    • SEHINGGA AKHIR KALAM MENYEBUT KALIMAH SYURGA-MU

      nafas cintaku

      tiada kekal
      sampai masanya
      akan layu
      melainkan
      cinta yang Satu
      harum
      walau matiku

      By: Lisa Arif
      Parit Buntar Perak Malaysia

      NAFAS CINTA-MU

      Nafas cinta-Mu
      Sentiasa hidup di setiap
      Semua hamba-Mu
      Yang mahu pulang ke Pangkuan-Mu
      Dalam redha lagi diredhai
      Maka terimalah cinta kami ini
      Duhai Kekasih roh dan jasad

      Limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
      Sehingga akhir kalam kami
      Menyebut kalimah Syurga-Mu
      LAAILLAHAILLAHMUHAMMADARRASULLALLAH
      Kerana itu Ya Allah kami mahu berhidup di muka bumi dengan menggunakan bahasa-bahasa Syurga yang mengundang Rahmat Kasih-Mu
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      1 Julai 2012

      Lisa Arif amin:
      segalanya pasti dalam rencana dan pengetahuan-Nya
      miliknya hakiki
      moga bahasaku
      ilhamku
      matiku
      dalam pandangan-Nya

      Putri Rimba Niagara:

      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
      about an hour ago · Like · 1

      Lisa Arif amin ♥
      about an hour ago · Like

      MENGUNDANG RINDU MENGUNDANG CINTA

      Menyebut Nama-Mu saja
      Hatiku rasa terharu
      Bagaikan disayat-sayat sembilu pilu
      Air mataku mengalir merindui-Mu selalu
      Meratapi diri yang leka dengan pesona cinta duniawi
      Yang belum pasti bukan milikku kerana cinta ATAS KETENTUAN-MU

      Yang kuburu cinta-Mu
      Yang pasti Kau balas
      Kiranya aku ikhlas mencintai-Mu
      Kau membalas-Nya tanpa syarat
      Tanpa mengira aku siapa
      Tanpa mengira betapa timbunan dosaku pada-Mu
      Semua-NYa Kau ampunkan
      Asalkan aku mahu pulang ke pangkuan-Mu
      Maha Penyayang-Mu Ya Allah
      Maha Pengasih-Mu Ya Allah

      Amalanku yang sedikit ini
      Kau balas dengan cinta-Mu
      Tanpa had tanpa batas
      Hinggakan aku kelu
      Untuk mengingati dunia
      Yang mempesonakan
      Tapi cumalah sementara
      Yang pastinya tiada kekal

      Macam mana kayanya aku
      Macam mana cantiknya aku
      Macam mana cintanya aku pada dia

      Semuanya itu pasti akan
      Aku tinggalkan

      Yang aku bawa pergi
      Hanyalah cinta-Mu duhai Kekasih
      Itulah yang kudambakan
      Pagi petang siang dan malam
      Makanya Kau temukanlah aku
      Dengan para hamba-Mu
      Yang mahu pulang ke jalan-jalan-Mu
      Agar kami sama-sama Menga-Agungkan-Mu
      Di setiap masa dan seketika
      Menggunakan bahasa-bahasa Syurga
      Mengundang Nur Hidayah Kasih-Mu
      Pada kami dan kepada sesiapa yang membaca karya kami
      Serasa hidup di dunia ini
      Hanya-lah yang ada di hati dan di jiwa
      Adalah Kekasih kepada semua kekakasih-Mu
      Yang ada di muka bumi ini

      Ya Allah...
      Izinkanlah kami mengungkapkan
      Bahasa-bahasa nan indah-indah
      Seperti ahli Syurga
      Mengundang rindu
      Mengundang cinta
      Hanyalah untuk-Mu
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      1 Julai 2012
      about an hour ago · Edited · Like · 1

      Lisa Arif amin
      cantik sekali
      juntaian puisimu
      semakin mencapai klimaksku
      best (Y)
      about an hour ago · Unlike · 1

      Putri Rimba Niagara:

      Duhai Lisa Arif
      Bahasa-bahasamu nan indah
      Mendamaikan roh dan jasadku
      Makanya lahirlah bahasa nan indah jua

      Moga kau senitiasalah
      Berbahasa indah Lisa...
      Agar aku pun dapat berbahasa indah

      Anggaplah dirimu bulan
      Kerana aku suka bersahabat dengan bulan
      Semakin aku melihatnya
      Semakin aku memuji
      Betapa Agung-Nya Kekuasaan
      Penciptanya Penciptaku jua
      ALLAHU AKHBAR
      Indahnya Lisa...
      Di setiap waktu
      Menga-Agungkan cinta-Nya
      Sehingga terhenti nafas
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
      about an hour ago · Like

      KAWAN SEJATI...

      Kawan sejati...
      Dia takkan pernah biarkan kawannya
      Diinjak-injak sesuka hati

      Kawan sejati...
      Dia sentiasa
      Mengerti ...dia terlalu berharga pada kawannya
      Dan sentiasa berkomunikasi...membantu selagi daya..
      Dan nyawa menjadi taruhan kasih sayang demi-Nya

      Kawan sejati sentiasa berbahasa
      Nan indah-indah
      Bahasa Syurga
      Bahasa akhirat
      Mengajak ke Syurga
      Tanpa mahu melukai hati kawan sejati
      Yang ada kasih dan sayang demi-Nya

      Dan jika itu ada padamu duhai kawan-kawanku
      Aku sudi menjadi kawan sejatimu
      Sampai kapanpun!
      Jika tiada maafkan aku
      Bukan aku tak sudi
      Karena aku tak tega disepikan
      Aku wujud seperti tak wujud

      Yang kumahu bukanmu
      Yang kumahu hatimu
      Sesuci embunan pagi
      Yang tetesannya
      Mewangikan imankan
      Agar sempurna
      Sebelum pulang
      Ke Pangkuan Ilahi

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      22 Jun 2012
      3 hours ago · Like · 2
      49 minutes ago · Like

      BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA

      Kekasihku...

      Kekasihku Allah SWT Tuhanku
      Kekasihku Nabi Muhammad SAW
      Kekasihku amal penemanku di kuburan
      Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
      Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya

      Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
      Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
      Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya

      Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
      Beramal ikhlas semata kerana-Nya
      Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya

      Kekasih segala kekasih
      DIA lah Tuhanku
      Yang setia
      Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas

      Janji-Nya pasti benar
      Sesungguh-Nya
      DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
      Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
      Biarpun sedetik
      Terlalu hampir
      Kemana kita berada DIA berada
      Tak pernah tidur dan lalai
      Bersama kita
      Sejak Azali Lagi
      Hingga nafas terhenti
      Syurga adalah balasan
      Yang terindah buat para kekasih-Nya
      Yang Dicintai
      Selagi berdetak jantung
      Yang tiada penghujung-Nya
      Biarpun sudah bergelar roh

      Begitulah
      Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
      Maka berlumba-lumbalah kita untuk
      Menjadi kekasih-Nya
      Kerana
      DIA Maha
      Penyayang
      Memahami
      Setia
      Memakbulkan doa
      Janji-Nya pasti ditepati

      Kita tak akan dikecewakan
      Selagi mana kita beramal
      Ikhlas kerana-Nya

      Andainya semua hamba-Nya
      Masuk ke Syurga
      Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
      Menghuni Syurga
      Kerana Syurga itu
      Luas seluas -luas-NYa

      Begitulah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Nya Kekasih
      Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
      Yang hidup di muka bumi
      Dari wujudnya Nabi Adam as
      Hinggalah bumi ini qiamat

      SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
      KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
      KEKASIH-NYA

      Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
      Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      22 Jun 2012

      KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
      1 Julai 2012
      Like · · Unfollow Post · 18 hours ago
      Naga Pamungkas and Mohd Adid Ab Rahman like this.
      (PETIKAN DARIPADA GRUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA)
      5 Julai 2012

      2 minutes ago · 
HASIL KARYA  LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA)
5 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;