Saturday, 20 August 2011

BICARA PENYAIR TERNAMA DENGAN PENULIS TAK BERNAMA



Si penyair ternama berkata
kepada penulis tak bernama.

"Kalau kamu mahu pembaca
faham, baiklah jangan jadi
penulis sajak. Jadilah penulis
duduk di bawah payung di tepi pokok
di bahu lorong tepi longkang!
Penyair sebenar apabila berkarya
mesti ada metafora, personafikasi
dan rhima."

Penulis tak bernama membisu
kerana dia tidak sehebat si penyair
ternama itu.  Sementelah penulis
tak bernama menulis bukanlah untuk
mencipta nama tapi mahukan
karyanya ternama.

"Si penyair ternama berbicara lagi,
simpanlah angan-anganmu itu yang
mahukan karyamu ternama kerana
sajak-sajak itu tidak setaraf
dengan karya-karya penyair
yang sudah ternama.


"Tak apalah si penyair ternama...
berkaryalah...!Berpuisilah...!
untuk mengekalkan namamu
di persada seni... biarlah aku
di sini bersendirian berjuang
di medan seni dengan harapan
karyaku dibaca pembaca di alam
maya yang tidak kukenali hingga ke matiku.
Moga mereka faham semua karyaku yang tidak
sehebat karya ternama!


Biarpun karyaku tidak ternama seperti karya
ternama sepertimu tak apalah cuma yang kuharapkan
karyaku ada di hati pembaca di alam maya itupun
sudah memadai buatku kerana aku menulis tanda
kasih sayangku kepada pembaca yang sudi membaca
karyaku dan yang paling penting aku menghargai
bakat Kurniaan dariNya untukku ... mana tahu karyaku
ada nilaian di sisiNya itulah harapanku pada
Tuhanku Tuhanmu jua.

Karya:  Rha NS
14 Jun 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;