Friday, 19 August 2011

ILMU KEMANISAN IMAN DISUKAI OLEH RAKAN RUMAH SASTRA BORNEO

AKU SI JAHIL MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

Aku cemburu
orang yang solat
sebab aku tak solat

aku cemburukan
orang yang berqiamulail
sebab aku tak tahu apa itu qiamulail

aku cemburukan
orang yang pandai mengaji
sebab aku tak pandai

aku cemburukan
orang yang berpuasa
sebab aku tak pernah berpuasa

aku cemburukan
orang yang pergi haji
sebab aku belum pergi

aku cemburukan
mereka yang bersedekah
sebab aku bakhil

aku cemburukan
mereka yang berzakat
sebab aku tak berzakat
biarpun harta melimpah ruah

aku cemburukan
mereka yang suka berbuat baik
sebab aku anti kebaikan
sukakan kejahatan

aku cemburukan
mereka yang suka berkata yang baik
sebab aku suka mengumpat mengeji
menyakiti hati orang
aku rasakan akulah yang kaya
akulah yang berkuasa
akulah yang mempunyai segala yang
manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini

baru aku tahu kini
sebenarnya aku terpedaya dengan
keegoaanku sendiri yang leka dan lalai

salah aku juga
punca aku cemburu kepada mereka
kerana aku tak tahu
apa itu
syahadah
solat
puasa
zakat
menunaikan haji di Mekah
Rukun Islam
yang mesti diamalkan
dan diimani oleh semua
orang Islam selagi
hidup mesti dilakukan
kerana taatkan perintah Allah.

Ya Allah ...aku jahil
aku tak tahu semua ilmu
yang patut kutahu
mulai
detik ini
saat ini
sampai bila-bila pun
aku mahu belajar
ilmu yang patut aku tahu
ilmu kemanisan iman.

Ya Allah...bukakan
hatiku seluasnya
untuk
mencari
dan
memiliki
ilmu kemanisan iman.

Ya Allah...bukakan
hati bakal guru-guruku
mengajarku dengan setulusnya keranaMu
biar ilmu yang dicurahkan
meresap terus ke dalam
roh dan jasadku.

Yang aku tahu
neraka tempat yang mengerikan
dan menakutkan
segala azab sengsara akan
dibalas kepada orang yang lalai
lalai berpunca kerana tak berilmu
jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
rugi dunia akhirat!

Yang aku tahu
Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
orang yang semasa hidup di dunia ini
merasai kemanisan iman.

Ya Allah aku perlukan ilmu Kemanisan Iman
agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.

Ya Allah terimalah taubatku
kerana aku si jahil yang sombong
hidupku selama ini menyeksakan
rohku sendiri
kasihan rohku yang terseksa...
berduka di atas kejahilanku.

Duhai roh maafkan aku
biarkanmu terseksa dan berduka
aku terlalai untuk
menunaikan keperluanmu
iaitu ilmu Kemanisan Iman
akan ku belajar dan memiliki
ilmu Kemanisan Iman
tanpa jemu dan bosan
sehingga terhenti nafasku!

Karya: Rha NS
20 Jun 2011
August 2 at 7:40am · Like · · Unsubscribe

Poul Nanggang, Panggil Dinda Saja and Naga Pamungkas like this.

Rabeah Mohd Ali

Terima kasih Dinda dan Naga Pamungkas,
Kalian sentiasa menyokongku:
Sokongan kalian amat ikhlas,
Bikin hatiku nangis terharu.

August 2 at 8:28pm · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali

Bikin hati nangis terharu,
Rasa semangat untuk berkarya;
Sastramu sastraku,
Moga diminati penghuni dunia.

August 2 at 8:30pm · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali

Moga diminati penghuni dunia,
Tanda kasih sayangku pada mereka;
Jadi kenyataan dunia sastra kita yang punya,
Tersenyum dalam sendu peminat sastra semua.

August 2 at 8:33pm · Like


Rabeah Mohd Ali

Poul Nanggang sahabat sastraku juga,
Kita berkenalan di alam maya;
Kepahlawanan sastramu sungguh terujanya,
Terujanya hingga kusiarkan diblogku penuh sukacita.

August 2 at 8:39pm · Like

(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
2 Ogos 2011                                           

0 comments:

Post a Comment

 
;