KEKASIHKU
(Puisi Yang Ditujukan Pahlawan Sastera Melayu Kepada Kekasihnya)
Senyumanmu yang manis itu
Membuatkan aku tertawan
Hatiku telah terikat
Dengan tali jerami cinta
Tersimpul mati
Tak akan ada siapa yang berani merungkainya
Kecuali Tuhanku Yang Maha Esa
Kekasihku
Kau adalah sumber kekuatanku
Kau menyokong perjuanganku
Membela Warga Sastera Melayu
Tanpa jemu
Biarpun kau kesepian kerana
Selalu kutinggalkan berjauhan
Kau tetap sabar menunggu
Dengan kerinduanmu yang tak penah pudar
Kesungguhanmu membuatkan aku
Separuh mati mencintaimu sayangku
Siang dan malam aku
tak dapat melelapkan mata
Teringatkan betapa sucinya cintamu padaku
Dengan cintamu itulah aku besemangat
Berkobar-kobar untuk bangun dari
Lenaku yang panjang
Roh semangat cintamu itu
membuatkan aku membara-bara
meniupkan roh semangat
kepada seluruh warga Sastera Melayu
untuk bangun dari lena yang panjang
Mahu aku perjuangkan karya-karya
mereka agar dihargai bukan
untuk dinobatkan sebagai 'Sasterawan Terkenal'
tapi memadailah karya-karyanya ternama
di hati setiap lapisan masyarakat
di negaranya atau seluruh penghuni bumi ini!
Itulah:
Azamku!
Tekadku!
Janjiku!
Sumpahku!
Padamu Kekasihku Yang Kucinta Seumur Hidupku!
Karya: Rha NS
30 Julai 2011
July 30 at 4:28pm · Like · · Unsubscribe
Mahabbah El-ahMead, Desinta Mahadewi and 2 others like this.
Rabeah Mohd Ali:
Ratu Dewiku merah bibirmu menawan kalbu,
Terima kasih kerana sudi menjadi temanku:
Semua sahabat sastra adalah permata hatiku,
Cinta mereka semuanya bertahta di hatiku selalu.
July 30 at 8:29pm · Like · 1 person
Desinta Mahadewi Ya Rabeah Mohd Ali ... penyair wanita terbaik asal
Malaysia di abad ini. Syair-syiarnya akan menjadi legenda,
terutama di Malaysia
July 30 at 8:31pm · Like
Rabeah Mohd Ali:
Aku tak layak menerima kata-kata ini sayangku,
Di negara sendiri aku tak memunculkan diri,
Aku berkarya kerana minatku,
Tapi di alam maya ini tidak sangka pula aku.
July 30 at 8:44pm · Like
Desinta Mahadewi berapa banyak sudah buku yang kau buat saudaraku
July 30 at 8:47pm · Like
Rabeah Mohd Ali
Atas dasar minat yang terlalu mendalam dengan dunia penulisan karya
yang diterbitkan oleh penerbit adalah dua tiga...selebihnya dalam
simpanan aku...kalau ditakdirkan Allah dikirimkan hambaNya untuk
melamar semua karya-karyaku...barulah dunia sastera itu duniaku
yang realiti...aku sudah tak kisah dari dunia mana hamba Allah itu...
asalkan matlamatnya sama dengan matlamatku iaitu ingin menyebar
luaskan karyaku kerana dalam usia yang sebegini ku kuatiri aku
tiada kesempatan....apapun aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
kerana Dia Yang Maha Tahu Segala Yang Ghaib.
Aku hambaNya cuma usaha doa dan tawakal.
July 30 at 8:55pm · Like
Panggil Dinda Saja lumayan banyak yang sudah diterbitkan penerbit
dua tiga buku, dan masih ada yang disimpan
July 30 at 9:42pm · Like
Rabeah Mohd Ali:
Kalau ku beritahu padamu teramat takutku pada Tuhanku dikuatiri
berbangga diri tapi percayalah sejak usiaku belasan tahun lagi
kumenulis...kujaga dengan rapi...ada juga yang termusnah dan hilang...
tapi Tuhan itu Maha Kaya...menyelamatkan karyaku dari termusnah...
jadi untuk agar terpelihara kusimpan di teratak galeriku di situlah
segala karya tersimpan...aku rasakan itulah duniaku bekarya dan
terus berkarya tak sangka banyak pula...kalau diIzinkan Allah karyaku
dilamar oleh hambaNya yang terpilih...itulah dunia sasteraku InsyaAllah
menjadi realiti seperti mana yang kuangan-angankan memiliki sebuah
kota buku hasil karyaku sendiri . Kalau kau sudi baca
lah cerpenku bertajuk: Karyaku duniaku! Ada di blogku. Kalau dinda sudi
bacalah setidak-tidaknya boleh aku berkongsi impianku denganmu dindaku ye.
July 30 at 9:58pm · Like
Panggil Dinda Saja kalau yang cerpen, judulnya apa? aku ingin baca
July 30 at 10:08pm · Like
Rabeah Mohd Ali Blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com (Bahagian Tajuk:
Cerpen Karyaku Duniaku , Sasteraku Duniaku ,& Skrip Pengantin Raja Rimba
& Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang ) Cuba Hayati tajuk tersebut
kemudian ulaskan beritahu samaku...andai kata ada kesilapan ejaan atau
bahasa mungkin aku terlepas pandang...maklumlah tiada editor...hehehe
July 30 at 10:15pm · Like
Rabeah Mohd Ali:
Dindaku yang baik budi,
Kuucapkan terima kasih padamu,
Kerana sudi blogku kau layari,
Kudoakan Tuhan membalas budi baikmu.
July 30 at 10:18pm · Like
(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
30 Julai 2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment