Tuesday, 16 August 2011

MENANGIS DALAM SENDU MENANGIS DALAM SYAHDU



Anakandaku...
Janganlah anakanda keluh kesah
kerana masalah dunia ini tidaklah
sehebat keluh kesah di alam kubur dan di Mahsyar
yang tak ada akan siapa dapat menolong kita kecuali amalan kita yang diterimaNya...
inilah keluh kesah yang bonda fikirkan di kalbu bonda...
Oleh yang demikian bonda amat memerlukan sahabat-sahabat
yang memahami keluh kesah bonda ini
dan sentiasa bersangka baik demi mengundang Nur Hidayah Kasih DariNya

Anakanda...
Andai kata ditakdirkan Allah satu masa nanti kita dapat bertemu...
Insya-Allah kita akan bincangkan keluh kesah agar dapat dileraikan dan masa
tu tentu kita berdua akan menangis dalam sendu menangis dalam syahdu...
kalbu terharu...mungkin kita menjadi sahabat yang tak dapat dipisahkan
lagi kecuali kematian.


Karya:  Rha NS
17 Ramadhan 1432H
17 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;