Saturday, 20 August 2011
KUMENGERTI PERASAAN KASIHMU ITU SAHABATKU MAHABBAH EL-AHMEAD
KUMENGERTI PERASAAN KASIHMU ITU
SAHABATKU MAHABBAH EL-AHMEAD
Subhanallah...3 jam kebahagiaan berkumpul dengan anak yatim dan dhuafa
BUKA BERSAMA YATIM DAN DHUAFA
By: Mahabbah El-ahMead
Photos: 4
4 hours ago · Unlike · · Share
You, Haidi Yan and 13 others like this.
Rabeah Mohd Ali:
Moga Allah membalas segala kebaikkanmu sahabatku...
aku amat memahami apa yang kamu rasai tika berbuka dengan anak yatim...
kerana aku pernah mengalami saat manis itu...
masih segar dalam ingatanku tika mereka merasai masakan dariku...
kuberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yatim dan mereka
membalasnya dengan setulusnya. Dirasakan tika itu kami tidak boleh
berpisah lagi...tapi apa kan daya keadaan tidak mengizinkan tika itu...
justru aku ada menyimpan impian andai satu masa di izinkan Allah aku
mahu mengulangi saat indah bersama mereka...InsyaAllah...
3 hours ago · Like · 1 person
Mahabbah El-ahMead Aamiin, terima kasih mb.
37 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Pengalamanku bersama mereka kuabadikan didalam sebuah cerpenku dan
yang terkini dalam sebuah puisi pantun tajuk sahabat dunia akhirat.
Dalam sebuah cerita kanak-kanak tajuknya kehilangan. Nanti kucuba cari
di failku dan kusiarkan khas untukmu sahabatku.
29 minutes ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
PANTUN SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Kata ibu aku anak yang nakal,
Pening kepala ibu melayani kerenahku;
Bukan niatku menjadi nakal,
Sudah lumrah kanak-kanak begitu.
Kesusahan keluarga tidak kupeduli,
Kerana ibu dan ayah terpisah sudah;
Aku bersedih kenapa nasibku begini,
Kebahagiaan keluarga semuanya musnah.
Biarpun ibu dan ayah tidak sehaluan,
Namun kumasih harap mereka bersatu;
Kuberjauahan setiasa rindu-rinduan,
Demi kasih dan sayang rasa tak jemu.
Rasa bahagia tinggal di sini,
Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa;
Hidup kami saling sayang menyayangi,
Azam kami menjadi hamba bertaqwa.
Abang Zaid baik budi,
Kami dilayan seperti keluarga sendiri;
Hari-hari bebunga kasih suci,
Hingga ke mati tidak akan kulupai.
Kami bergurau senda setiap hari,
Bersenda gurau tidak terguris hati;
Bersahabat saling hormat menghormati,
Demi kerana Allah DiCintai.
Setiap hari membaca Kalam Allah,
Memejam mata menghafal Al-Quran;
Ayat dibaca hafallah sudah,
Gembiranya hati dalam kesyukuran.
Baca Al-Quran berjubah dan berserban putih,
Berwangi-wangian setiap hari;
Hafalan Al-Quran menjadi mudah,
Gembiranya hati tidak terperi.
Setiap waktu solat berjemaah,
Setiap seorang diberi peluang menjadi imam;
Gembiranya kami apabila sampai waktu,
Syahdu sungguh mendengar suara imam.
Waktu Maghrib aku mengalunkan azan,
Penghuni bumi dan langit syahdu mendengar;
Gembiranya aku mengalunkan azan,
Doa penghuni bumi dan langit aku bersyukur.
Ustaz mengajar penuh kasih sayang,
Kami dianggap seperti anak sendiri;
Dunia akhirat kami ingin cemerlang,
Belajar berlumba-lumba setiap hari.
Kusayang abang dan adik-adik,
Di rumah Anak Yatim dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa;
Hidup kami seperti adik beradik,
Moga kami menjadi insan bertaqwa.
Suatu hari Amizan menelefon bapa,
Minta belikan beg sandang;
Setiap hari menunggu bapa,
Redha Amizan bapa tak datang.
Bilik kami dihias indah,
Dipenuhi dengan kad ucapan Hari Ibu;
Kata-kata maaf dan sayang penuh bermadah,
Hingga ke Syurga kami sayangkan ibu.
Kusayang adikku Iman sepenuh hati,
Iman mahukan jam dan minyak wangi;
Kuhadiahkan Iman sukanya hati,
Dipakai Iman setiap hari.
Sukanya hati kami dapat perhatian,
Daripada Finas untuk raikan kami;
Kami gembira dalam kesyukuran,
Kerana ada yang sudi mengingati kami.
Berqiamulail kami di malam itu,
Syahdu sungguh abang Zaid membaca Al-Quran;
Menangis kami semua tersedu-sedu,
Menghayati Kalam Allah dalam keinsafan.
Selepas solat kami berzikir,
Sambil berzikir menangis hiba;
Hal dunia kami tak fikir,
Melainkan Allah yang dipuja.
Habis berzikir kami bermaaf-maafkan,
Sambil bermaafan berpelukan dalam tangisan;
Serasa kami tidak mahu dipisahkan,
Kalau sudah takdir kami redhakan.
Hari itu kami bersiap menyambut tetamu,
Tetamu yang dihormati lagi disayangi;
Sikap penyayang mereka sudahlah tentu,
Bertuahnya kami hidup disayangi.
Kemeriahan menyambut tetamu bertukar duka,
Kami berpelukan sesama sendiri;
Berzikir kami penuh hiba,
Rela kami sehidup semati.
Sahabatku separuh badan ditelan bumi,
Menyuruhku selamatkan diri;
Aku menangis melihat sahabatku mati,
Moga dirimu Syurga menanti.
Sahabatku ditelan bumi bersama adikku,
Kusempat mencapai tangan adikku Iman,
Tapi apa nak buat cepatnya berlaku,
Pergi adikku Iman kulaungkan azan.
Duhai sahabat-sahabat dan adikku sayang,
Kalian dikebumikan dalam liang yang sama;
Kenangan bersama terbayang-bayang,
Tunggulah kedatangan ku ingin bersama.
Pemergian kalian kutangisi dalam redha,
Kenangan bersama kuabadikan hingga ke mati;
Gembiralah kalian menikmati Syurga,
Sesungguhnya Allah memberimu darjat yang tinggi.
Karya: Rha NS
24 Mei 2011
(Pengalamanku ketika menjadi sukarelawan di rumah anak yatim
kumasukan dalam puisi tersebut. Antara pengalaman dan realiti
trajedi yang berlaku baru-baru ini di negara ku kejadian tanah runtuh)
23 minutes ago · Like · 1 person
Mahabbah El-ahMead:
Terima kasih banyak mb, dengan senang hati saya terima, semoga Allah
tetap eratkan tali persahabatan ini hingga mataku tak bisa membuka
kembali, walau kita belum sempat betatap muka dan senyum manis bersama.
23 minutes ago · Like
Mahabbah El-ahMead bagus banget mb...terima kasihnya...
18 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
KEHILANGAN
Karya: Rha NS
Nama saya Intan Baidura.
Saya dilahirkan 1 juta tahun dahulu.
Saya merupakan anak tunggal.
Saya adalah anak emas kepada ibu dan ayah saya.
Walaupun saya mendapat kasih sayang
sepenuhnya namun saya tetap menghormati
mereka berdua. Ah! Bahagianya hidup ini
dipenuhi dengan kasih sayang.
Setiap hari ibu dan ayah saya pergi ke hutan
mencari makanan untuk mengalas perut
kami sekeluarga.
Kami sentiasa bersyukur di atas rezeki yang
diberikan Tuhan kepada kami.
Pada suatu petang kedua orang tua saya
masih tidak pulang . Saya berasa bimbang
atas keselamatan mereka berdua kerana
cuaca amat buruk. Petir sambung-
menyambung , disertai dengan ribut
hujan yang amat dahsyat sekali.
Keesokkan harinya saya saya pergi ke
hutan mencari ibu dan ayah saya.
Alangkah terperanjatnya saya apabila
Saya dapati ibu dan ayah saya telah
mati dihempap pokok besar.
Saya rasakan dunia ini gelap gelita.
Langit bagaikan menghempap saya.
Saya menangis semahunya.
kematian ibu dan ayah saya
benar-benar menghiris hati saya.
Pada siapalah tempat saya mencurahkan
kasih sayang? Mungkinkah kepada anda
semua? Saya berterima kasih kepada
anda yang benar-benar memahami erti
sebuah kasih sayang.
Karya: Rha NS
1 Januari 1998
( Moga cerita pendek di atas dapat mengubat luka di hati
anak-anak yatim semua dan dapat membuka kasih sayang mereka
yang bernasib baik dan sudi memberi kasih sayang setulusnya
kepada anak-anak anak-anak yatim tak kira di mana berada di
muka bumi Allah ini)
33 minutes ago · Like
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
(DISIARKAN JUGA DI DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
& blog: sasterakuduniaku.blogspot.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment