Saturday, 20 August 2011

BULAN RAMADHAN YANG DINANTI


Ramadhan kutungggumu dengan rindu membara,
Kau hadir hatiku gembira bukan kepalang;
Kedatanganmu adalah hadiah dari Tuhanku Yang Maha Esa,
Betapa Maha AgungNya Tuhanku Yang Maha Penyanyang.

Allah Membuka Semua Pintu SyurgaNya,
Untuk diambil keberkatan oleh hambaNya;
Pintu-pintu neraka ditutup serapatNya,
Semua Syaitan melata disekatNya.

Semua Syaitan melata disekatNya,
Agar tidak mengganggu gugat hamba-hambaNya,
Meraih ibadat sebanyak-banyakNya,
Tanda Kasih Sayang Allah tanpa hadNya,

Tanda kasih sayang Allah tanpa hadNya,
Pada keseluruhan hamba-hambaNya;
Syukurlah kita mendapat payungNya,
Memayungi iman untuk ke jalanNya.

Memayungi iman menuju ke jalanNya,
Amalan dibuat rasa tenang dan damai;
Segala dibuat ikhlas tanpa terpaksa,
Maha AgungNya Allah pada hambaNya Yang diCintai.

Maha AgungNya Alllah pada hambaNya Yang Dicintai,
Dibukakan pintu-pintu Syurga penuh keberkatan ;
Allahu Akhbar ruginya aku jika cintaku tidak Dibalasi,
Menyesal seumur hidupku dalam keghalatan.

Menyesal seumur hidupku dalam keghalatan,
Kerana tidak mensyukuri cinta suci yang Kau berikan;
Kepadaku yang sentiasa dalam kelalaian,
Merana roh dan jasadku sepanjangan.

Sepanjang hari bulan Ramadhan tiada dalam ketenangan,
Membiarkan masa berlalu pergi;
Mengumpat mengeji orang itu yang kuamalkan,
Hinggakan aku lupa Tuhanku mengeji.

Hinggakan aku lupa Tuhanku mengeji,
Kuamalkan dengan rasa tanpa bersalah pada diri;
Teman-temanku melekakan aku lagi mempengaruhi,
Hinggakan aku terpedaya sendiri.

Hinggakan aku terpedaya sendiri,
Kucermin diri malunya aku;
Kulihat rohku turut mengeji,
Kutangisi dalam dukaku.

Kutangisi dalam dukaku,
Kepada Allah ku merayu;
Ampunkan kesalahanku,
Baru tenang roh dan jasadku.

Baru tenang roh dan jasadku,
Memberontak jiwaku jika kuulangi;
Kelalaian sentiasa memburuku,
Kutakuti dimurkai Tuhanku nanti.

Bulan Ramadhan bulan kesabaran,
Menguji iman meningkatkan kesabaran;
Ketakwaan itu yang dimahukan,
Moga Allah segera makbulkan.

Moga Allah segera makbulkan,
Segala permohonan yang diredhaiMU;
Melakukan amalan dalam kesabaran,
Penuh keikhlasan terus-terusan mencintaiMu.

Bulan Ramadhan segala amalan digandakan,
Bergandaan pahala tanpa hitungan;
Hitungan pahala semua dalam pengetahuan,
Pengetahuan Allah terletaknya segala Kekuasaan.

Ya Allah dengan Rahmat dan Kasih SayangMu tanpa batas,
Berilah aku peluang untuk melakukan ibadat dengan seikhlas;
Seikhlas hati seiring iman yang tempatnya di atas,
KasihMu sentiasa kuharapkan moga cintaku Kau balas.

Malulah aku jika cintaku Kau tidak pedulikan,
Rasa hidup sudah tidak bermakna lagi;
Lebih baik aku dimatikan,
Maluku hidup di bumiMu ini.

Malu aku hidup di bumiMu ini,
Kerana iman takku pasakkan;
Keduniaan bertahta di hati,
Diriku sendiri tetap kusalahkan.

Di bulan muliaMu ini aku datang kepadaMU,
Muhasabah diri atas kelalianku;
Tanpa Rahmat dan kasih sayangMu,
Di akhirat nanti akan menyesallah aku.

Membawa bekalan yang tiada nilai di sisiMu,
Menangis aku sepenuh alam pun tiada berguna lagi;
Takkan Kau terima lagi penyesalanku,
Tiada tempatku di SyugaMu menyesallahku sendiri.

Sebelum aku menyesal sendiri,
Di bulan penuh keberkatan ini;
Semua pintu SyugaMu dibukai,
Ampunkan segala kesalahanku ini.

Ampunkanlah segala kesalahanku ini,
Air mataku ini sebagai buktinya,
Tanda penyesalah yang tidak terperi,
Agar di akhirat Kau terimaku nanti.

Pandanglah aku duhai Tuhanku,
Dengan kasih SayangMu Yang Sejati,
Kau tidak pernah memungkiri janjiMu,
Akan Kau tepati bila sampai nanti.

Mana tahu ini Ramadhan terakhirku,
Mahu kulakukan amalan sepenuh hati;
Hanyalah Kau menjadi tumpuanku,
Tiada lain difikirkan hanya Kau sentiasa di hati.

Syukurku dalam sujudku,
MingngatiMu setiap waktu:
Di mana-mana ada WajahMu,
Aku terpana dalam Dzat cintaMU.


Karya: Rha NS
31 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;