Saturday, 20 August 2011

BONDAKU HAJAH FATIMAH TERSAYANG


Bonda...
sakit bonda
sakit anakanda
ingin ditukarkan
sakit yang bonda deritai
biarlah anakanda
yang tanggung
asalkan bonda sihat.

Anakanda rindukan senyuman bonda
kata-kata bonda yang menghiburkan hati
gembira bonda
gembira anakanda
bumi pun turut gembira
bersama kita menikmati keceriaan
hari-hari yang sentiasa diserikan pelangi cinta.

Bahagia sangat melihat
bonda makan
masakan anakanda
penuh berselera
apa kegemaran bonda
anakanda masak dengan penuh kasih sayang
dan cinta setulusnya pada bonda...
hinggakan semua kanda dan dinda
cemburukan anakanda kerana
hanya masakan anakanda
menjadi pembuka selera bonda.

Melihatkan bonda
tak seceria dulu
asyik mengeluh menahan sakit...
anakanda pun rasa sakit juga bonda
sabarlah bonda...
anakanda doakan
bonda tercinta segera sembuh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin


Karya:  Rha NS
        12 Jun 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;