Thursday, 18 August 2011
SAMA-SAMALAH KITA BERSABAR DEMINYA
Ermmmm..pening nak mengingat apa tugas telah
di buat sebelum ni...gara-gara ambil gambar
sekejap aje buku catatan ku dah lesap di tempat
duduk d hospital kelamarin..pelik juga orang tu
buku catatan pun dia nak curi...dunia..dunia..
Sabarlah...sahabatku...ini merupakan dugaan
kecil buatmu...fikirkan ada hikmah di sebalik
kehilangan buku catatan mu itu ye...
ku lihat bulan nampak wajahmu senyum padaku..
Sahabatku...kata-kata tu cukup tenang dan damai
sekarang ini..terima kasih
Hati damai berkat sabar,
Hati bergelora tak mahu sabar;
Bulan puasa mendidik sabar,
Selepas ini hatimu tenteram kerana amalan sabar.
Manisnya iman kerana bersabar,
Hidup dirasakan tenang dan damai,
Biarpun bersusah terus bersabar,
Agar hidup sentiasa diredhai.
Terima kasih sahabatku.
Sama-sama kita bersabar demiNya .
Karya: Rha NS
18 Ramadhan 1432H
18 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment