PERMATA SASTRA MELAYU!
Sahabatku Jaya Ramba Wulan...
Selagi kau bersangka baik
Dengan semua manusia dan Tuhan
Insya-Allah doamu termakbul
Moga Tuhanku memberikan
Sinar Nur Hidayah KasihNya padamu
Duhai sahabatku Jaya Ramba Wulan!
Jaya Ramba Wulan...
Kau adalah Permata Sastra Melayu...
Nilai karyamu bak permata berharga
Berkarya bukan mencipta nama
Tapi mahu karyamu dihayati
Difahami apa yang tersirat
Dikalbumu yang sarat
Dengan cinta kasih sayang
Pada yang hidup di muka bumi ini...
Moga berbahagialah hidupmu
Dengan bunga-bunga cinta
Sebagai balasan
Jiwa murnimu
Seharum kasturi
Semerbak mewangi
Memenuhi segenap
Pelosok bumi
Yang mengerti
karyamu!
perjuanganmu!
Kau antara pejuang Sastra Melayu
Yang kukagumi!
Karya: Rha NS
1 Ramadhan 1432H
1 Ogos 2011
August 1 at 11:26am · Like · · Unsubscribe
Nadirah Junior likes this.
Rabeah Mohd Ali Biar pun dia gah dia sentiasa merendah hati...
August 1 at 12:16pm · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali Nadirah adik sastraku yang kukagumi ...biarpun
aku tidak mengenalinya apatah lagi membaca karya-karyanya tapi
hati naluriku berkata dia memiliki permata karya yang berharga
yang boleh dibanggakan Malaysia! Dan dia juga seorang pejuang
sastra Melayu yang tak kenal erti putus asa...moga Tuhanku Tuhanmu
memberi sinar hidayah KasihNya pada Jaya Ramba Wulan !
August 1 at 12:44pm · Like
Nadirah Junior Amin Ya Rabbal Al Amin.
August 1 at 1:08pm · Like
Jaya Ramba Wulan besarnya doamu.. jutaan terima kasih puan...
August 1 at 1:08pm · Like · 1 person
Nadirah Junior Khas buatmu sahabat perjuangan. Sememangnya
kau lah permata yang berharga buat tanah air, biarpun masih
dalam kesamaran sesetengah pihak yang masih mencari makna
kestiaanmu dalam memperjuangan Sastera
August 1 at 1:19pm · Like
Rabeah Mohd Ali Kerana ketokohan 5 orang pahlawan sastera
melayu yang kuhargai jasanya... makanya kuabadikan di
kedua-dua blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com &
bukukreatifpatriotik.blogspot.com) itu saja yang kumampu
menghargai jasamu biarlah menjadi legenda kesemua pahlawanku
jasamu mewangi seharum kasturi kepada generasi kini dan akan
datang selamanya bertahta di hati seluruh penghuni bumi ini!
August 1 at 2:03pm · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali Nama Mereka Yang Kuabadikan Di Blogku:
Naga Pamungkas (Pencetus Evolusi Sastra Melayu).
Profesor Kembara Bahasa (Mempertabatkan Bahasa Melayu
Di Persada Dunia.
Awang Karim Kadir Penyair Terkenal Dengan Bahasa Kalbu &
Penggiat Teater Sastera Melayu Di Sabah.
Poul Nanggang Penyair & Penulis Terkenal Di Sarawak.
Jaya Ramba Wulan Penulis & Pejuang Sastera Melayu
Berjiwa Besar.
August 1 at 3:16pm · Like
Naga Pamungkas wah terima kasih tak terhingga saudaraku
Rabeah Mohd Ali, yang memiliki karya-karya terbaik.
Malaysia bangga denganmu.
August 1 at 5:36pm · Like
Naga Pamungkas teman-teman di Indonesia dan Brunai akan
kagum dengan karya-karyamu, setelah melayari blogmu
Rabeah Mohd Ali.
August 1 at 5:38pm · Like
Rabeah Mohd Ali Terima kasih saudara Naga Pamungkas...
sebenarnya kaulah pencetus inspirasku menghasilkan
karya Pahlawan Sastera Melayu agar dihargai oleh penghuni
dunia!Allah mengilhamkan aku tanpaNya aku kegersangan idea.
Syukur Ya Allah.
August 1 at 7:25pm · Like
(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
1 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment