Wednesday, 17 August 2011
MAHUKAN DEGUPAN JANTUNG BERMANFAAT KEPADA ROH DAN JASADKU
Ya Allah …
Baru kini aku tahu
betapa besarnya kuasaMU
menjadikan setiap jantung
manusia berdegup sebanyak
seratus ribu kali degupan sehari.
Masya-Allah naifnya aku
tentang kejadian ini.
Aku terkesima dalam
ketaksupan aku tentang
KebesaranMu ini
aku meratapi diriku
tentang berapa kali pula
aku bertasbih pada setiap
helaan nafasku padaMu
jika hendak dibandingkan dengan
seratus ribu kali degupan jantungku ini.
Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri
kerana adakah aku tergolong hambaMU
yang mengucapkan syukur setiap nikmat
kehidupan yang Kau limpahkan padaku?
Tolonglah aku Ya Allah jadikanlah hambaMu
terpilih untuk mengucapkan syukur
dengan berzikir padaMu di sebilang masa
dan seketika selagi nafasku Kau pinjamkan!
Biar Degupan jantungku ini bermanfaat
untuk roh dan jasadku ini selagi hayat
di kandung badan.
Amin Ya Rabbal A’ lamin
Karya : Rha NS
13 Mac 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment