Wednesday, 17 August 2011
MOGA SYURGA FIRDAUS SEBAGAI BALASAN
Senyumanmu bagaikan gula ,
Lirikkan senyuman sampai ke telinga;
Semua rakan fb senang dan rasa ceria,
Sikap ramah tamahmu menceriakan suasana.
Semua rakan fb menghargai persahabatan yang terjalin,
Tiada yang ada terguris hati;
Kalau terada bukan disengajakan,
Pasti segera kau hulurkan tangan mohon dimaafi.
Setiap hari ada saja cerita mencuit hati,
Pasti rakan fb tersenyum sendiri;
Pagi-pagi ceria hati,
Bawa ke malam pasti tak susah hati.
Hati gembira tidak terkata,
Kerenah lawakmu hati terhibur;
Bila kau diam mereka pening kepala,
Kerana si pelawak fb sudah tertidur.
Senyuman itu satu sedekah,
Suka mengambil berat masalah masyarakat;
Didoakan murah rezekimu berkat suka bersedekah,
Ya Allah berikan rezeki pada sahabatku ini yang berkat-berkat.
Biarpun dia suka berlawak,
Tapi mempunyai sikap yang tegas;
Idea lawaknya tak luak-luak.
Semua rakan fbmu tersenyum puas.
Hidup matinya kerana Allah,
Justeru dalam hidup dipenuhi amalan;
Amalan soleh ada nilaian di Sisi Allah,
Moga Syurga Firdaus sebagai balasan.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Duhai sahabatku Datu Abdullah Datu Gairullah
Terimalah rangkap pantun yang kukarangkan khas untukmu
Sebagai tanda persahabatan kita yang amat kuhargai ini
Tajuk Pantun,"Moga Syurga Firdaus Sebagai Balasan"
Akan kusiarkan di blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com
Karya: Rha NS
18 Ramadhan 1432H
18 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment