Wednesday, 17 August 2011
SALING BERSYAIR MEMUJI MAHA AGUNG CINTANYA
Saudaraku...
jika kau mengucap 7 kali iaitu ucapan syahadah
akulah orang pertama yang mengucapkan syukur dalam sendu
pada Tuhanku kerana telah dibukakan hidayah khashaf padamu
tapi jika bukan hanya ucapan yang baik-baik untuk sebarluaskan
kepada teman fbmu itu juga telah mengagumkan aku kerana akan
menyubur rasa kemanusiaan di hati teman-teman fbmu. Apapun
terima kasih untuk segalanya atas kesudiaanmu untuk berkongsi
ilmu dan idea padaku.
Kalau sudi boleh tak diketahui apakah dia perkara di sebaliknya
itu sahabatku...
Ya tentang tanah membesar, semalam saya ke sebuah rumah dan
melihat tanah boleh membesar dan memiliki kuasa tersendiri.
malam tadi saya termimpi seakan berbual dengan tanah berkenaan
Maksud yang tersirat dari mimpi tersebut kepada diri saudara
sendiri bagaimana pula ye
Perjuangan yang belum selesai
Moga pejuanganmu sentiasa berjaya dan akan selesai akhirnya.
Assalamualaikum Rabeah. Subhanallah. Anda benar-benar dianugerah
Allah berkebolehan mengungkap bait-biat yang cukup indah dan
menyentuh kalbu. Syair-syairnya sungguh luar biasa. Tahniah.
Pergunakan nikmat Allah ini sebaik mungkin untuk mengajak
manusia ke jalan yang diredhaiNya. Amin.
Waalaikummussalam saudara ku
Terima kasih atas sokonganmu itu. Di kala aku membaca kata-katamu
mengalir deras air mataku kesyahduan pilu bagai ditusuk sembilu...
jantungku bagaikan terhenti seketika...
Alhamdulillah yang tak terucap jika benarlah karya
yang dikarang boleh menyentuh kalbu. Anugerahan Allah itu lebih
berharga daripada segalanya. Itulah yang kuidamkan selama hidupku.
Syukurku dalam sujudku. Mana tahu berkat karya itu memberi manfaat
pada diriku, keluargaku, semua sahabat-sahabatku dan sesiapa saja
yang membaca karyaku di alam maya ketika aku hidup atau setelah matiku.
Jika kutiada di dunia ini nanti hadiahkan sepotong Al-Fatihah pun sudah
berharga daripada alam dan seisinya.
Dari Allah aku datang kepadaNya jugalah aku dikembalikan.
Assalamualaikaum. Insya'allah niat yang baik pasti Allah
akan balaskan dengan yang baik. Cuba kita renungi bersama
hadith Nabi s.a.w yang bernunyi," Bahawanya penuhnya
rongga seseorang di antara kamu dengan nanah sehingga
membusuk adalah lebih baik daripada penuhnya rongga
itu dengan syair."HR.Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira.
Dari Masruq bin Al-Ajda bersabda Nabi s.a.w: " Aku tidak
suka dalam lembaran amalku di hari kiamat nanti terdapat
satu syair. "Yang dimaksudkan di sini ialah syair yang
melalaikan tidak menepati kehendak al-Quran dan as-Sunah.
Tapi syair yang mengandungi nasihat'pujian asma Allah,
salawat pada rasul atau seruan jihad ia digalakan.
Rasulullah s.a.w bersabd, " Sesungguhnya dari sesuatu
syair itu ( boleh melahirkan sesuatu hikmah." Baginda s.a.w
telah menyuruh seorang sahabat Hasan bin Sabit al-Aysara
untuk menggubah beberapa syair bagi menyerang dan mematahkan
syair orang-orang kafir. Wallahua'alam.
Terima kasih kawan... ini semakin memukau..
Walaikummussalam IB moga rahmat Allah sentiasa bersamamu...
kerana naluriku berkata kau hamba yang membesarkan Allah
di sebilang masa dan ketika ...apa yang dilakukan hanya
keranaNya semata ... amal yang kau perbuat bukan untuk
dibangga-banggakan kerana kau tahu amalan baik akan
terbakar hangus dengan amalan riak dan berbangga diri.
Moga kita dijauhkan daripada golongan yang suka berbangga.
Apapun segala sokongan, saranan,pengkongsiaan idea dan ilmu
amatku hargai dan tersanjung dikalbuku. Moga Allah sajalah
yang membalas budi baikmu itu sahabat alam mayaku yang
sentiasaku sanjung segala budi baikmu biarpun sebesar zarah.
Kepada sahabat alam mayaku terima
kasih kerana kehadiran ilmumu telah mencetuskan ilhamku untuk
berkarya biarpun secara tidak langsung. Terima kasih untuk
segalanya. Kuhargai persahabatan ini.
Assalamualaikam. Subhanallah. Wasiat buat diriku dan para
pencinta Allah dan rasulNya. Mari kita sama-sama selalu
berzikir, dan jadikanlah bacaan-bacaan ini sebagai zikir
atau wirid sebagai amalan mengisi waktu luang kita insya'Allah:
" Aku memohon ampun kepada Allah. Mahasuci Allah, dan segala
puji bagi Allah. Allah Mahabesar. Tiada tuhan yang berhak
disembah selain Allah, limpahkan salawat dan salam kepada
Muhammad dan keluarganya. Tiada daya dan kekuatan selain
kerana Allah.
Wahai Dzat Yang Hidup dan Yang Berdiri Sendiri...
Wahai Pemilik kebesaran dan kemuliaan...
Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Mahasuci Allah,
dan dengan memuji-Nya. Mahasuci Allah Yang Maha Agung.
Walhamdulillaahi Rabbil'Aalamin."
Waalaikummussalam. Rangkap syair untukmu teman alam mayaku yang
tersanjung budinya atas pengkongsian ilmu:
Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.
Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.
Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.
Kan kuperbaiki segala yang kurang,
Kulakukan demimu Ya Tuhan:
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Doaku sepenuh kalbu kumohon Kau malbulkan.
Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu,
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang;
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf CintaMu,
Serasa hidupku sentiasa dalam perhatianMu dengan penuh Kasih Sayang.
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf CintaMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.
Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Subhanallah. Cantik dan menyentuh kablu. Terima kasih untuknya
yang bagus bangat! " Cintaku kepadaMu dua: Cinta asmara dan
cinta hak. Hatiku penuh dengan asmara. Hijab terbuka melihat
Dikau. Itu semua aku tak berjasa. Engkaulah sendiri terpuji.
"Syair Robi'ah al Adawiyyah, wanita pencinta Allah.
Syukur kepada Allah atas kurniaanNya mengurniakan aku seorang
sahabat alam maya kerana perkenalan tanpa sengaja ini ...
telah mencetuskan ilhamku untuk mengarang syair ini dan akan
kusiarkan di blogku untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain
di dunia ini. Insya-Allah inilah hadiah untuk pencinta-pecinta Allah
di serata pelosok dunia. HanyaNya lah Dia Yang Maha Tahu Segala Yang Ghaib.
Aku cumalah hamba yang hina ingin mendapat balasan cinta dariNya dan kau
diutuskan untukku mencetuskan ilham bekarya tentang syair ini ...
untuk dikongsi bersama kepada para pecintaNya. Moga Allah membalas
segala kebaikanmu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
25 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment